Tuesday, December 30, 2008

Maal Hijrah 1430

Maal Hijrah 1430 baru sahaja membuka tirainya semalam. Memulakan edisi baru untuk semua umat Islam. Meninggalkan tahun sebelum ini yang entahkan terisi dengan perkara2 yang diredhai Allah atau masih sendat dengan kelalaian. Setiap tahun ada sahaja azam untuk memperbaiki diri, mempertingkatkan iman atau mendalami ilmu tetapi adakah setiap tahun juga semuanya hanya tinggal sekadar lafaz .

Dalam usia 36 tahun ini, masih banyak kelemahan2 dan kekurangan dalam diri saya yang perlu diperbaiki serta ditambahnilai. Iman yang masih setipis kulit bawang, ilmu yang hanya setebal buku tulis sekolah anak2 atau perlaksanaan tanggungjawab sebagai anak, isteri dan ibu yang masih jauh dari sempurna. Itu baru skop dalaman yang hanya melibatkan diri sendiri dan keluarga belum lagi yang membabitkan hal jiran dan masyarakat.

Semoga kehadiran hijrah kali ini membawa sekali semangat dan keikhlasan yg sebenar2nya utk saya memperbaiki mana2 yang telah rosak, menampal mana2 yang telah bocor dan mengubati mana2 penyakit hati yang jika dibiarkan boleh ketularan.

Semoga Allah mempermudahkan segala2nya. Lebih memberkati...menyayangi dan melindungi saya sekeluarga. Insyaallah...

But on top of those...I want to be a better mother. A mother with more sabar..sabar..dan sabar!!!
Payah betul nak sabar ngan kerenah anak2...lagi2 le cuti2 sekolah ni. Nasib baik le next week dah start sekolah. Kurang le dok terjerit2. Tapi hubby pun cakap...cerewet sangat...rigid sangat..always create unneccessary tension..hihihi...

Monday, December 8, 2008

Tetamu Istimewa...

Ahad sehari sebelum Aidil Adha saya menerima kunjungan sahabat yang sudah lebih 10 tahun tak jumpa. Kali terakhir kami jumpa kalau tak silap tahun 1997..lama tu. Gembira betul rasa sebab memang nak sangat jumpa sahabat yg seorang ni. Kami kawan sekelas sewaktu form 4 & 5. Masih bertukar2 berita sekali sekala semasa beliau menyambung pelajaran di US dan Australia..tetapi selepas tu...kami terputus hubungan. Almaklum le masing2 sibuk..tambah2 lagi she was a working mum. Actually she lost my number....huwaaaa..!!!!

Alhamdulillah...sungguh tak di duga, awal tahun ni saya menerima panggilan darinya. Sahabat saya ni kata dia terjumpa semula no telephone saya semasa sedang mengemas. Allah itu Maha Kaya kan. Maka bertukar2 cerita lah kami tentang khabar2 terbaru masing masing. Bila dia kata dia dah lain dari yang dulu...teringinnnn nak jumpa dia. Rindu sebab lama tak jumpa pun ye gak.

So...Ahad tengahari tu, sahabat saya tiba dengan keluarganya. Allah sahaja yang tahu gembiranya saya waktu tu. Gembira melihat perubahan barunya pun ye gak. Perubahan yang sepatutnya saya contohi. Perubahan yang menuju ke jalan Allah. So...chit chat chit chat le kita orang...ingat2 zaman2 sekolah dulu. Dulu kami sama2 menuntut di Sek Men Sains Muar. Now ni masing2 sudah ada empat anak, masing2 dah jadi fulltime housewife.

Saya terkilan sedikit sebab tak dapat meyediakan hidangan yang sepatutnya semasa kunjungan sahabat saya sekeluarga. Ala kadar sahaja apa yang dapat saya sediakan. Insyaallah lain kali jika sahabat saya berkunjung lagi, saya akan sediakan yang lebih baik.

Walaupun kami jumpa tak lama tetapi saya sungguh puas. Moga2 satu hari nanti kami dapat berkumpul lagi, bertukar2 cerita lagi, berkongsi pengalaman dan berkongsi ilmu. Saya mendoakan semoga sahabat saya dan keluarganya sentiasa dilindungi Allah dan di dalam RahmatNya. Insyaallah.

Tuesday, November 25, 2008

OnDeH2 anak-anak











Actually, saya tak de intention nak masukkan entry ni..tapi anak dara saya beria2 suruh post. This young lady nak sgt saya post ondeh2 hasil air tgn dia, adik dia Iwani n of course yg palinggg kecik si Honey. Menjerit2 nak godeh sama.

Tak berapa menjadi sangat ondeh2 yg we all buat ni. Rasanye ni 2nd time buat after more then ten years. Keledek saya terlebih..so ada a bit bitter the taste..terlebih air daun pandan pun ye gak kot. Pas tu saiz ondeh2 ni ada saiz S, M dan L..XXL pun ada. Yang dasat bentuk dumplings pun ada. Kerja anak dara saya Izzati lah ni. Sesi masak dah jd sesi main2 pulak.

The best part is tasting moment.. Hmm...sedap lah gak wlu pun kurenggg..Lupa letak gula dalam keledek...so ada pahit2. Bila ayah they all balik, mulalah suruh ayah dia test. Siap suapkan dalam mulut ayah dia lagi. Ayah they all cakap....sedappppppnyeeeeeee...!!!! that's my hubby..always positive.

Well...nxt time kalau buat lagi, gtee sedap punya..baik rupa dan rasa. You'll become perfect when you learn from mistakes. Hehe....

Friday, November 21, 2008

TaG, Cerita cuti sekolah






Got this lovely tag form lovely fren Suzi in Adelaide. Mucho gracias. Suka baca blog suzi, banyak resipi..pas tu saya boleh link to other blogs melalui blog dia.
Award tu pun dr suzy...thanx ye suzi. As usual very sorry..x dpt le nak award to other seven. Akak bukan serious blogger, so x de follower..hihihi.

Cuti sekolah ni, saya agak sibuk dari biasa. Malah bertambah sibuk sebenarnya. Sibuk kat dapur pun ye gak..cooking..cooking and cooking..breakfast to lunch to tea to dinner. Even simple coooking make me soooo tireddd..ye lah sebab jiwa bukan jiwa dapur..hihihi. Sibuk ngan nak memastikan bdk2 tak lupa mengulangkaji pun ye gak.


Plan nak bawak budak2 bercuti pun masih KIV lg. Hubby tengah sibuk sakan. Cannot promise his fantastic four anything. Even Sunday..dok gi keje. Senang citer sampai june 2009 le ayah depa2 sibuk memanjang. Kalau jadi pergi holiday, ingat nak pergi Cameron Highland lagi. Kalau tak pun gi Genting je.


Now ni saya tengah 'patah kaki' sebenarnya. Kereta tak de..hubby hantar Wish saya untuk repaint. After ten days baru siap. Aduss...tension gak tak dapat nak merayap. hehe....


Apa yg pasti...cuti sekolah ni macam tak cukup kaki , tangan dan masa menguruskan hal2 harian. Lagi satu mcm tak cukup mulut bebelkan kerenah budak2 ni. Hihihii...

Sunday, November 16, 2008

Mammogram

Petang tadi (ahad) bawa Honey jap utk chicken pox immunisation. Melalak2 le minah tu bila kena cucuk. Hihi.. Waktu nak menunggu turn ambil dan bayar ubat, terrrbaca artikel tentang breast cancer and mammogram. So tanya ngan hubby boleh tak kalau saya nak buat ujian mammogram. Ye lah.. dah alang2 ada kat hospital kan. Bila tanya procedure mammogram tak le lama sgt..about 20 minutes je.

But before proceed with the test, I met my gynae. Tanya her opinion. Since saya belum masuk 40...ultrasound sahaja dah mencukupi..tak perlu buat mammogram. So ingat nak buat ultrasound je le. Tp bila sampai kat xray room, the radiologist suggested me to do mammogram. For the peace of mind, I agreed with him. The procedure is very simple, painless and the result is almost 100% accurate.

But..lps buat mammogram...I was asked to do an ultrasound. Alamakkkk..!!!la ni la saya dah mula gelabah...dah nak menangis. Hubby suruh relax. Tanya gak kenapa nak buat ultrasound.. kata mammogram 100% accurate. Awek2 bilik x ray kata..doktor nak buat double cek. Ya Allah...takutnyaaaaaa!!! Jauhkanlah dari penyakit yg boleh membunuh tu. Tuhan je tau betapa paniknye saya masa tu.

Ultrasound ni mcm cara doktor scan baby. The doctor will apply some gel on our breast, then scan them. Malu gak sbb the doctor is a man. But the room was quite dark, they purposely dont switch on the lights so that I wont feel embarrass. Tanya gak ngan doktor why ultrasound after mammogram. He said just another procedure, nothing to worry about.

After 10 minutes, I was given the result. Alhamdulillah....syukur ke hadrat Allah everything is fine. Hubby siap perli2 kegelabahan saya sebelum tu. Tanya gak, bila kena buat lg, awek2 xray ckp lg 2 tahun. Charge utk mammogram pun x le mahal sgt..RM200 je, tak semhl vaksin utk pelvic cancer, mencecah almost RM400 hingga RM500.

Saturday, November 15, 2008

Mini Cyber Cafe


Cuti sekolah just started. Meaning...bdk2 ada kat umah 24 jam. Adusss....time ni le kepala saya pening. Pening ngan 1001 macam kerenah anak2. My eldest pun dah balik. We picked her up yesterday. She brought me her laundry as year end souvenier.




Satu perkara yg memang x leh nak dielakkan bila bdk2 ni ada kat umah ialah melayari internet. Bilik study yg sekangkang kera tu dah jd mini cyber cafe. Yg tua sure ngan her own notebook, yg bujang uses his father's. Iwani pulak bila tengok akak ngan abg pakai notebook, dia pun kecek guna saya punya pulak. Dah tak main desktop lg dah.




Well...I will let them enjoy with this internet thing for a while only. A week may be. After that, everything will be as per my time table, my way..hehe. Ada waktu main dan ada waktu mengulangkaji pelajaran. Tambah2 lg thn dpn Izzati PMR, Ikram pulak UPSR. Huwaaaaa..!!!!




For all my cyber frens...happy holidayyyyyy!!!!!

Thursday, November 13, 2008

MY WORKSTATION..


Tag psl workstation ni saya dapat dr suzi 3 hari yg lepas. Well...la ni baru nak reply tag. Kelam kabut gak snap gambo. Actually saya tak de spesific workstation. Mana2 tempat jd workstation saya. Selalunya spot favourite atas katil la. Then kat dapur sambil masak2.

Note-book tu anak saya yg punya. Saya cuma pakai net-book je. Comel dan senang diangkut ke sana ke mari. Mulai esok, workstation di atas akan buzy sbb empunya note-book dah balik cuti sekolah.

Kalau ikutkan rules, kena tag another seven. Hmmm...I dont feel like tagging anyone. Tapi sapa2 yg sudi...sila2 kan lah ye. The rules are very simple...



rules:

snap work station anda
then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
tengok contoh yang dibuat nih...
begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..

Tuesday, November 11, 2008

Bread Pudding & Frittata




Alhamdulillah menjadi gak resipi yg saya try buat ni. Bread pudding n frittata. Mula2 nmpak frittata tu kat umah Qistina..pas tu suzi pulak buat. bila scroll resipi..mcm senang je. bhn2 pun mmg ada dlm fridge..so merajin le semlm.




Alhamdulillah anak2 suka...hubby pun suka. Cuma hubby pesan...make sure bila saya buat2 bnda ni...saya pun sama2 makan..ni tak...buat tapi x makan..hehehe..saya ni bukan le pemakan sgt..sbb tu malas bab2 masak.

Friday, November 7, 2008

My First Brownie



Saya ni bukanlah rajin ke dapur. Automatically, saya jarang memasak. Parents saya kata dapur saya just for display only..hehehe. Suami pulak, faham sangat dengan kekurangan saya. Kalau weekend memang wajib dapur saya tutup.




Nak kata saya malas memasak...hmmmm...adalah kot..hehehe. Memasak ni cerewet kerjanye. Ambil masa pun ye gak. Apa yg saya fikir...penatnya asyik nak dok kat dapur je, nak kemas lagi..ditambah lagi saya ni kalau masuk bab masak2..memang surrender. Parents n adik beradik saya dah lali sgt dgn kemalasan saya. So everytime klu hari raya, they all akan beri saya tugas kemas menghias rumah sbb tu lah minat saya.




Nasib baik suami dan anak2 tak pemakan sgt. Tapi cam ne lah nak pemakan ekh sbb ibunya tak rajin memasak. Alhamdulillah suami pun bukan la jenis cerewet. Tak kisah apa yg saya masak dan tak pernah tanya kenapa kalau saya tak memasak. Thanx honey.




Saya jarang masak menu2 yg cerewet apatah lg yang memerlukan pelbagai bahan dan ambil masa untuk disiapkan. Saya lebih suka memasak makanan yg ringkas tetapi menyelerakan. Senang citer saya lbh suka western style. They are easy to pepare, only take minutes to cook but tasty when get into your mouth.




Saya salute dengan mereka2 yg rajin dan pandai memasak. Contohnye macam Suzi, rakan blogging saya. Frankly speaking saya suka baca her n3 about cooking. Berangan gak, kalau lah saya boleh serajin Suzi. Soooo...hari ni saya telah merajinkan diri mencuba satu resipi dari blog suzi iaitu "best brownie with creamy frosting". Aduss!!!kelam kabut gak saya. Time2 ni lah selongkar kabinet cari segala barang2 membuat kek. Sampai tak sempat salam dan cium suami yg nak pergi kerja semula selps solat jumaat.




At lasssstttt...siap le gak my first brownie. Bolehlah untuk 1st timer mcm saya ni. Banyak yg boleh diperbaiki. Anak2 saya pulak kata sedappp..hehehe. Iwani siap minta saya buatkan sebiji untuk majlis jamuan akhir tahun kelasnya minggu depan. Haaaaa!!!!!




Well...hopefully from this time on, I will slowly develope myself into cooking. Kalau tak sebulan dua ni, may be lg setahun dua ke...hihihi. Untuk Suzi...thanx for sharing the recipee. Gambar di atas tu lah hasilnya.








Tuesday, November 4, 2008

Si kecil honey


The cute picture above is my youngest child. Saya dan suami menamakan anak kami yg terakhir ini Nur Ismahani. Kenapa yg terakhir ye..??Memandangkan ke empat2 anak saya ini lahir melalui kaedah caeserian..maka doktor menasihati saya tidak melahirkan lagi. So, they cut away my fallopian tube . Sebelum di simpan pihak hospital, saya sempat melihat spesimen tersebut. Alahai..ngeri gak.


It was a kind of experience during this last pregnancy. From the very beginning untill she was born. Antara empat2 permata hati kami, Honey lah yg paling sukar sekali. Sukar dari segi mengandungkannya, membawanya semasa di dlm perut dan melahirkannya. Kalau setakat mabuk2 di awal pregnancy tu kira normal lah, yg paling saya tak larat asyik nak meludah je. Dari mula celik mata sampai le nak tutup mata untuk tido. Sampai nak ke mana-mana pun saya kena bawa botol untuk meludah even ke shopping complex...hehe...Yarkkk!! Hubby pulak alter sikit aluminium can untuk memudahkan urusan saya...at the same time no one can see my dot..dot.dot..


Masuk bulan ke 2 mabuk ni la, hubby kena buat engineering design for his Qatar Oil Project kat Perth for 3 months. Aduhhhh...!!!tension saya selama ketiadaan suami. Masa ni anak sulung saya yg baru je masuk TKC dok calling2 suruh saya dtg. She was homesick. Laaa...takkan saya nak drive ke N9. I've never driven to any long distance alone before. Tp disebabkan anak...saya drive gak ke N9 dengan perasan gelabah...dengan mabuk2 dannnnnn dengan dok meludah2 sambil memandu. Honey...honey...


Masuk bulan ke enam, the real problem muncul. Honey dah nak keluarrrrrr!!!!Oh no..takkan lah. Baruuu 6 bulan..please dont lah sayang!!!.. Sian ibu tau....Masa ni saya dah rasa contraction.

Mula2 tak sangka pun it was realy a contraction sbb baru 6 bulan. Tapi it kept coming back after every 1 hour. Alamakkkk...!!!saya dah cuak dah. Hubby pulak kat KL...sambung buat design kat sana lps balik dr Peth. Kebetulan hari tu hari jumaat, so mlm tu hubby akan balik. Did tell him about it, he was so panic siap call abg dia mintak tlg hantarkan saya ke hospital. Tp saya degil, saya nak tunggu dia gak. Alhamdulillah the contraction stopped after sometimes.


The next morning, saya dan hubby gi la ke hospital. Macam biasa..buat check-up ngan our gynae. Masa ni ada lah contraction tp tak sekuat semlmnya. Doktor dpt detect contraction dan cadangkan saya buat CTG scan. Bila dapat result...mmg betul baby dah nak keluar. And of course doktor kata tak boleh. Honey was so little, only 2kg. Dont thing she can survive kalau keluar pun. Maka saya kena stay kat hospital for one night. They all beri ubat supaya no more contraction n ubat utk kuatkan paru2 honey. The next day, saya balik umah sbb semua okay. No more contraction. Tp kena dtg every week to do CTG scan again dan jgn lupa mkn ubat.


Tapi selang 2 hari pas tu contraction dtg lagi...boleh tahan kuat gak. Alamakkk..saya siap cakap2 ngan honey supaya bertahan. Jgn keluar dulu. Hubby kat KL pulak tu...Cam ne ni ekh. So saya cuba perlahankan rentak saya dlm menguruskan rumahtangga dan anak2 sbb doktor kata kalau saya byk bergerak, keadaan akan lagi worse. Bila next CTG scan, saya kena tahan lagi sbb baby dah nak keluar gak tp belum boleh. Berat baby tak cukup berat untuk dikeluarkan. Adusss... warded lagi. Kali ni doktor strict sikit ngan saya, saya tak dibenarkan drive jauh2 dan kurangkan buat kerja rumah. Dia suruh saya byk berehat so that berat baby akan bertambah cepat. Aduhhh...saya ni dah la jenis yg tak blh dok diam. Ada je yg nak di buat. Tapi sbb anak, saya ikut gak nasihat doktor.


The next week, bila buat CTG scan, contraction tetap ada. Kali ni doktor dah risau sebab dia takut bekas jahitan lama saya akan tetas. Ya Allah...ngerinya saya dengar. Tapi masih belum blh buat operation sbb baby masih kecil. Kalau keluar kena dok dlm incubator for quite sometimes, so selagi boleh, doktor tak nak baby keluar. Dok hospital lagiiii...inject lagii...Hospital dah mcm umah weekend saya ngan hubby...Kali ni saya dilarang sama sekali memandu dan membuat kerja rumah. So anak2 naik bas dan saya panggil orang untuk buat segala kerja rumah. Kerja saya hanya baring atas katil.Kerja hubby pulak call saya every hour memastikan saya atas katil. Hehe...


Then, here is the end. It was the last CTG scan for me. Doctor got to perform operation on that particular day sbb sekarang ni yg dibimbangkan adalah nyawa saya. Doktor dapat rasa yg bekas jahitan saya yg di dalam sudah terbuka. Punyalah takut saya padahal dah kena belah 3 kali dah sebelum ni. Kali ni rasa macam lain je...siap mintak ampun maaf ngan suami beriya iya. Ye lah, manalah tau, kalau saya tak dpt diselamatkan. Dan yg paling kelako, saya sempat btau suami kalau boleh jgn kawin lain jika apa2 berlaku kat saya. Ya Allah...teruknyaaaa!!!!


So...selps 4 kali masuk ward...lahirlah buah hati saya, a baby girl, weigh 2.4kg. Alhamdulillah semuanya okay. At the end saya tau gak apa masaalah saya sebenarnya. Kata doktor ovari ngan perut saya melekat. So bila ovari membesar, dia menolak perut saya sekali. Sebab tu bekas jahitan saya terbuka di sana sini. Aduhhh...ngerinya....nasib baik yg last. Rupanya masalah ni saya hadapi sejak dari anak yg ke 3 lg. Patut le Iwani keluar sebln lebih awal. Cuma saya tak de maalah contraction se awal honey. Yang bestnya...saya dapat merasa dok VIP room selama 4 kali saya masuk hospital. Thanx hubby.

Tuesday, October 28, 2008

Ikram...Ikram!!

Frust betul saya bila anak lelaki saya bawa balik kertas Bhs Msia peperiksaan akhir tahun minggu lepas. Berderet-deret salah, geramnya saya...aarrghhhhh!!!!!!Susah sangat ke subject Bhs Msia sampai simple2 question pun tak boleh nak jawab. Maka seperti yang telah dipersetujui bersama antara saya dan anak lelaki saya, dia kena satu das rotan untuk setiap satu stupid mistake. There were 6 stupid mistakes, so he got 6 rotan on his palm.

Kejam ke saya..???Entah le yek...jujurnya suami tak berapa setuju cara saya mengajar anak2. Dia kata terlampau keras. Ye ke..???Kdg2 marah gak bila hubby complaint the way I am teaching my children. So saya suruh dia take over tanggungjawab yang satu ni. Tak nak pulak. Alasannya....dia tak boleh sekomited saya . Tau pulak.

Saya ni agak popular di kalangan guru2 di sekolah bila masuk bab jumpa2 cikgu pasal kertas2 peperiksaan. Ops...bukannya saya gi dok serang2 cikgu cikgi. Takkkk....tak profesional langsung. Selalunya saya pergi untuk berbincang tentang kertas2 ujian atau peperiksaan. Tapi sebelum pergi tu, saya dah buat preparation la. Kena study betul2 perkara2 yang nak saya hujahkan dengan cikgu cikgi ni. Tak boleh main larung je. Hmm...siap bawa bahan rujukan atau print outs lagi. Saya kena jaga kredibiliti saya sebagai seorang ibu yang berilmu.Hahahaha...!!!

Dari mula sekolah anak saya dibuka sehingga ke hari ini, masalah utama selalu berkaitan dengan kesungguhan cikgu cikgi mendidik anak2 murid. Kebanyakan cikgu cikgi mengajar hanya untuk mendapat gaji sahaja. Ops....kebanyakkannya ye...bukan semua. Jarang saya jumpa cikgu yang betul betul komited dan ikhlas mendidik anak murid sehingga betul2 berjaya. Dan saya terpaksa akui kejayaan anak pertama saya dalam UPSR sehingga tersenarai antara pelajar terbaik peringkat kebangsaan adalah atas usaha gigih anak saya sendiri. Dan tentunya lah saya pun terbabit. Hihi

Tahun depan anak lelaki saya akan mengambil Upsr. Dan kertas bahasa malaysia anak saya sangat2 lah menyedihkan hati saya seorang ibu. Lebih membuat saya kecewa, guru untuk subjek bhs msia selalu tiada. pergi kursus lah...sambung belajar lah and bla..bla..bla. Guru gantian pun kadang2 malas nak mengajar. Bawa budak2 pergi perpustakaan and "murid2... buat kerja sendiri ye.."Alahaii....

Yang sangat saya peningkan bila bab bahasa msia ni ye tang hukum tatabahasanye tu. Ya Allah...payahnyeeee!!!totally out from our daily bahasa. Penggunaan setiap patah perkataan lari sungguh dari yang dituturkan dirumah. Setiap kali nak mengajar anak2, saya kena buat rujukan dulu, sediakan penerangan untuk setiap jawapan2. Kamus je ada sampai dua tiga. Tu pun kadang2 bengang gak.

Satu masalah lagi, anak lelaki saya ni lain benar dari yang perempuan. Susah sangat nak disuruh fokus bila bab belajar ni. Dia bukan tak pandai...cuma terrrrrlalu cuai. Cuai yang selalu mengundang kemarahan saya. Umur dah 11 tahun tapi mainnya mengalahkan budak umur 7, 8 tahun. Kalau bab2 naruto ke, Ben 10 ke, Gundam ke, Power Rangers ke, tanya lah apa saja, gerenti dia tahu segala. Siap boleh surf internet kalau nak cari info pasal benda2 ni. Tapi bila bab belajar, semuanya kena sediakan depan mata, nak cari sendiri...bye bye. Gerammmnyeeee!!!!
Nasib baik lah subjek2 lain seperti Maths, Sains dan English tak de masalah.

Nak hantar tution, hubby tak berapa setuju. Pun lagi saya rasa guru terbaik adalah ibu bapa tu sendiri. Lainlah kalau saya boleh dapat one to one tutor which is so hard to get a good one nowadays. Cerewet..???mungkin..almaklum la sekarang ni fee untuk tution je boleh jejak ratus2. So pelaburan tu mesti la berbaloi. Confidence tu belum ada lagi to hand over my son to any tutor.

For now, saya sedang merangka satu pelan yang lebih mesra belajar untuk anak lelaki saya. Apa dia..??Dont know yet. But I have to come out with the solution very soon because time is running out. No more to waste.

Any tips form anyone out there..???

Monday, October 13, 2008

memori syawal

My fantastic four.....



lepas makan2...lepak2 sambil belek2 magazine


abg ipar saya yg no 1 ngan no 2 tengah peluk2....

My 3 dara pingitan...masa ni kat umah pak anjang dia orang. Pas tu baru umah saya..


Sessi berebutkan pizza yg terlambat sampai....


abg ipa yg no 4 ngan fmly...last sekali sampai umah saya


Anak perempuan saya dengan dua pupunya .....


My son with his uncle playing the chess kat garden ...

Sedar tak sedar dah masuk minggu ke 3 kita menyambut syawal. How time flies. Raya kali ni betul2 mcm charlie chaplin. terkejar sana..terkejar sini. Aduhhh...penattt..!!!! Tak pernah lagi diari raya saya seperti tahun ini, kelam kabut.And never in my life, i only had the chance to spend this eid with my parents less than 24 hours. Bayangkan, saya hanya sampai rumah mak pada malam raya dan kemudian bergegas balik ke rumah sendiri the next afternoon. Dan sampai ke hari ini, saya belum berkesempatan lagi untuk pulang ke kampung semula. For sure not for another two weeks. Really pack with programmes. Betul kata abah saya dulu2....katanya, mula2 saya akan balik seminggu sekali, lepas tu sebulan sekali dan seterusnya sekali sekali.


Seperti tahun sudah2...raya ke dua, keluarga belah suami akan bertandang ke rumah . And as usual, I MUST welcome them with my handmade cooking.huwaaa...!!!!I dont enjoy cooking really. Tapi dpt gak buat mee siam kuah, then hubby ordered pizza. Yang kesiannye, mamat pizza tu accident, nak dekat 1 jam baru sampai. My hubby yg mula2 dah hilang sabar jadi kasihan pulak, siap kasi duit raya lagi..hihi.


Berakhir malam semalam sejak 3 hari yg lepas, annual programme beraya ke rumah jiran tetangga completed. Ianya macam mini marhaban gitu. There are ten families in our neborhood row, purata anak 3 orang. Well, you can imagine how many of them, how havoc it could be. So we split it into 3 nites, 3 houses per nite, maximum one hour time spending only, tapi selalunye ended up more than an hour, kaum2 ibu sampai kena signal kat kaum2 bapa untuk ke rumah seterusnya. And still, in the next house, they spent talking n laughing more than limit. Ni pasal politik la ni. Alahaiii....


Next week, marhaban untuk seluruh taman akan bermula. Starts on saturday nite, then the next morning. Normally there are about 100 of them including children will join the marhaban. Inilah satu2nye acara tahunan yg masih terpelihara walaupun tidak mesra sesama tetangga setaman. Tuntutan kerja, kesibukan harian dan kekurangan waktu seperti memudarkan keakraban kami.


Raya kali ini juga amat singkat untuk anak perempuan kesayangan saya yang bersekolah di Kolej Tunku Kurshiah. Baru nak enjoy2 ngan family, dah nak kena hantar balik. Kesian pulak bila tengok muka sedih dia yang keberatan nak balik asrama. Dan yang paling saya kesalkan ialah saya tak sempat nak buatkan dia honey cornflakes untuk dibawa balik. She loves it so very much. Alahai.....ibu apalah saya ni ya. I have promised her, I will do the cornflakes and post it to her but till now I still dont have the time. Oh masaa...masaaaaa....!!!!!
Soon, everything will be back to it was before. Back to daily routine. New task awaiting, to prepare my two kids for the final exam. It is next week actually. Arrgghhh...!!!!Cukup ke masa nak siapkan dia org for the battle??Well....kalau saya fokus dan uruskan masa betul2, Insyaallah cukup walau pun x banyak.

Tuesday, September 23, 2008

Syawal....








Actually dah lama dpt tag ni dari suzi, tp sampai la ni le baru nak post kat blog. Kad raya tu pun dari suzi. Sori ye suzi, akak macam sibuk memanjang. Malas pun ye gak..hihi.

Insyaallah lagi seminggu, kita semua akan menyambut kedatangan syawal setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan yang sarat dan padat dengan keberkatan, nikmat serta pahala yang berlipat kali ganda. Semoga Allah menerima ibadah puasa kita semua.

Tentunya rata2 sekarang ini, semua orang sedang sibuk membuat persiapan menyambut syawal yang akan tiba minggu hadapan. Saya..???Hmmmm....bagi saya dan hubby biasa2 saja. Dari dulu hingga sekarang persiapan menyambut syawal sentiasa sederhana saja. Kalau 6 tahun yang lepas ketika kami berpindah ke rumah yang kami duduki sekarang, langsir pelmet warna kuning lembut corak bunga2 rose besar menghiasi tingkap rumah, sekarang ni pun masih langsir yang sama. Polisi suami, hayat langsir ke, sarung sofa ke paling kurang 5 tahun dan maksimum 10 years. Nasib baik le masa mula2 tempah langsir tu dulu guna material yang baik, kalau tak....mau reput langsir tu kat tingkap...hihi...Tu belum lagi polisi tentang perabut2 dalam rumah, lifetime.....huwaaaaaaaa...!!!!

Bab kuih muih pun tiada apa2 persediaan. Beli pun tidak apatah lagi membuatnya. Saya ni pun bukan lah terer atau rajin bab2 masak ni lagi2 la bab biskut2 ni. Paling2 pun saya pernah buat honey cornflakes dengan choc chips, tu pun dah penat semacam. Alhamdulillah, setiap tahun hubby dapat hamper yang salah satunya penuh dengan kuih raya yang bermutu baik. Hubby kata rezeki saya dan anak2 walaupun dia tidak berapa suka budaya subcontractor memberi hamper2 ni, conflict of interest katanye...hehehe...nasib lah yang ooiii.

Menyediakan baju raya untuk anak2 pun sederhana sahaja. Kami juga bukan lah jenis suka mencari dan membeli pakaian anak2 di saat2 akhir. Takut tak de masa dan malasnyeeeee nak bersesak2 ngan orang2 lain. Al maklum le, time ni la semua shopping complex penuh dengan manusia. Semuanya sudah diuruskan sebelum ramadhan lagi. Best part is, this year, saya dan hubby lansung tidak membeli baju baru sebab baju2 tahun2 yang sudah masih elok dan masih lagi baru. Wahhh....dah banyak berjimat ni..!!!Banyak le dapat duit raya nanti..hahaha.

Paling2 pun raya kali ini, saya minta hubby tolong repair fish pond yang tak pernah ada air dan ikannya kat laman rumah tu. Sejak pindah hingga sekarang, kolam tu memang x ada isi. Saya bimbang sebenarnya, takut kalau2 saya terleka dan anak yang masih kecil bermain lalu termasuk ke dalam kolam yang ada air dan tidak disedari, pasti something yang akan membuat saya menyesal seumur hidup akan berlaku. Walaupun sekarang ni pun saya masih ada seorang lagi anak yang masih kecil, saya akan minta hubby isi air cuma 6 inci dalamnya ngam2 untuk ikan bebas berenang. Tapi....cantik ke ekh kolam beso tapi air sikit...???

Bab2 mengemas, mengemop, mengelap semua tu dah jadi daily routine, so rasanya x de masalah. Bab garden pulak, memang setiap bulan saya akan panggil gardener to do the garden. Nak buat sendiri....maaf lah....tak terbuat dan tak larat.


Yang pasti, segalanya serba sederhana. Dan yang pasti lagi, pada hari raya ke 2, rumah saya selalunye menjadi spot untuk makan tengahari semua keluarga belah suami. Bayangkan lah saya kena menyediakan juadah tengahari untuk 7 psg suami isteri dan 27 orang anak2 sedara. Dan yang paling dasat....they all semua tak nak makan juadah2 hari raya. Adussss....kenalah saya memasak menu yang lain dari menu hari raya. This year tak tau nak masak apa pulak. Last year saya buat nasi lemak berlauk, jemput2 udang, jemput2 pisang dan minta hubby order pizza untuk budak2. Tahun ni apa pulak ye...????

Untuk teman yang membaca blog saya ni, saya nak ucapkan selamat menyambut aidilfitri, maaf zahir batin.






Tuesday, September 9, 2008

The Fantastic Four


























These are my children. My fantastic four. 3 beautiful girls and a charming boy. They are my precious..my heart n soul..my laughters n tears..my roller coaster..my universe n my A to Z. These 4 young gifted artists paint my canvas of life with palletes of vibrants colors. They engrave my daily life... sometimes smooth but most of the time rough. They always make me 'sing' ... sometimes nice songs but most of the time bad songs. But on top of that, these four precious shower me with their sweet loves and smile...their million hugs n kisses and I am blessed with these greatest gift.



Well...menggalas tanggungjawab seorang ibu bukanlah satu proses yang mudah apatah lagi untuk di ambil mudah. Amanah dari Allah ini menuntut kesabaran yang tinggi sedangkan inilah satu satunya kelemahan saya yang paling besar..kurang sabar.Kadang kadang perkara yang remeh temeh yang dilakukan anak anak pun boleh buat saya melenting and I dont know why it is so hard to tell myself to have much much more patients when dealing with my precious. Well...kena banyak beristighfar sebenarnya..hihi..



Sebenarnya teori untuk menjadi seorang ibu mithali ada dalam minda..tertanam dalam diri kerana setiap wanita azalinya memang dilahirkan dengan naluri keibuan yang sarat dengan kasih sayang . Cuma bagaimana cara untuk di adaptasikan sahaja yang selalunya seperti menghadapi berbagai rintangan dan alasan. Hmm... dan itulah juga saya...hihi..but I always whisper to my other self that I am a mother with those valueable characteristic. hehehe...



Hubby selalu pesan supaya peluk cium anak cepat cepat kalau rasa nak marah. Tapi cam ne lah nak buat macam tu kalau kerenah they all lah yang buat saya marah..hmm..nak lempang adalah...hehehehe.. He also say "never ever say or do things you gonna regret later". Macam dalam lagu Electric Light Orchestra 'Eye in the Sky'. On the surface susahnya nak agree dengan apa yang hubby cakap but deep down in my heart..he is so true.




These 3 girls n this one boy lah yang menjadikan saya seorang murid tua yang masih berterusan mencari ilmu, menambah pengetahuan, memperbaiki kelemahan dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan dalam proses untuk menjadi ibu mithali mereka. Sekali lagi ianya bukan satu proses pembelajaran yang mudah tetapi Insyaallah dengan adanya keinginan dan dorongan, tiada yang mustahil. Anak anak inilah yang sebenarnya yang membuat hidup kami suami isteri sentiasa penuh tawa dan air mata yang mempunyai nilai dan harga. Kasih sayang mereka juga tidak pernah bersyarat. Radang di siang hari kerana kerenah mereka terus hilang sewaktu anak anak mencium tangan suami dan saya meminta maaf setiap malam sebelum masuk tidur.

So that is another story of my life. Story of my children..my fantastic four. Doa saya agar empat permata hati ini akan menjadi anak anak yang soleh/soleha dan berjaya di dunia dan akhirat.

Tuesday, September 2, 2008

buffday present

Yesterday, 2nd sept 08..was Iwani's seventh buffday. She is my 3rd child.. daddy's little girl. Daddy's little LG(little granny)..but she told us she is the Little Genius..actually..she kept telling us about her coming buffday since a week ago..hmmm..i knew why..??sebenarnya nak ingat kan ayah dia psl hadiah le...so last nite..we had our buka puasa at Kenney Rogers...buffday girl's request..nak makan makaroni cheese katanye..sempat gak i singgah secret recipee beli sepotong strawberry cheese cake for her..and esspresso cheese cake for me...hehehe.



Pas makan, we headed to toys r us...here the drama of negotiation began..my doter eyed on 'jumbo kitchen set' costing RM329.95...gulp!!!terperanjat ayah dia..kelakarnye bila tengok si ayah pujuk si anak to switch to cheaper 'kitchen set'. i did assist my hubby persuading her but minah ni nak gak jumbo set..pas tu my hubby perli..'like mother like doter'..hehehe..ni mesti dia teringat bila i ckp i nak start collect portmeirion.He suggested me other brand but i insisted nak portmeirion gak..makan 45 minit gak kat toys r us ..at last dapat pujuk dia beli set yg lain..murah lah sikit wlu pun terbeliak gak bila tengok harga..



As far as we can remember...the most expensive present we ever bought was a lap top. lap top tu untuk anak i yg pertama sbb dpt 5A upsr n then she was awarded as one of murid cemerlang peringkat kebangsaan that year,2006. people may think it is too much for a 12 year old girl but she deserved it.she had made us proud. of course dia tak boleh nak bawa balik asrama tp bila cuti2 sekolah..she needs her lap top for her portfolio/homeworks etc..desktop yang ada dah kena book ngan adik dia Iwani...jam2 tu lah nak tengok barnie..barbie..wynx club..n macam2 lagi.

Pas ni dah boleh tutup buku pasal buffday.My hubby pun boleh relax sekejap bab hadiah2 ni sampai le June next year.Sebenarnye setiap tahun bermula dari bulan june hingga september, adalah bulan2 istimewa.dari hari jadi mak budak sampai le harijadi budak2 semua dlm bulan2 ni.

Sunday, August 31, 2008

sahur

Alhamdulillah....Ramadhan datang lg..membawa 1001 keberkatan dan 1001 macam ganjaran and of course another 1001 stories.I woke up at 4.30 very early in the morning tdy to prepare sahur for my family..well..so very simple sahur actually...just telur goreng mata lembu n timun... hahahaha....my hubby..he does prefer something simple...easy...n of course quick.. he did remind me days ago not to sacrifice my sleeping time on preparing heavy sahur..nasi n telur is far enough for him n the kids..infact my son did not want to eat his nasi at first..he just wanted roti vanilla but my hubby managed to let him finish a quite small amount of his nasi..alahaiii....



Actually...all my 3 kids are hardly to take plain nasi (of course ngan lauk2 la..) as their main meals..it likes everytime i yell at them to come down and have their lunch..they will take hours to reach the dining table..sometimes i have to preach them couple of minutes about how important is nasi to us...funny rite..??

and last nite my doter called me telling how malas she will be to take her sahur during this ramadhan..and again i told her how important the sahur is..how very important...

kol 10 nanti...ingat nak balik umah mak jap...nak bukak posa ramai2 kat sana...what for buka..??
hehehe...i dont know and i do not ask for anything sbb nanti i pulak yg kena masak... when come to cooking agenda...hmmm....not my thing..x minat sangat la...buttttt...of course i CAN cook...
my hubby luvs my cooking very much especially simple cooking...i did remember one sunny friday.. i cooked ikan goreng tamban n sayur kcg pjg masak asam for the tengahari...he ate as if it tasted like ns beriyani...ask for ns tambah 3 kali...hihihiii...then he complained...why did i cook so tasty....boleh gemuk nanti....and boleh kaya.....hahahaha..

Friday, August 29, 2008

salam perkenalan

Assalammualaikum....



this is my first blog attempt. frankly speaking..dont know what to write...??where to start...??totally blank..!! zero..!!!!and the biggest question now is...who is going to read..??but..hey.. no hal trying kan..klu x de siapa yg nak baca pun..shouldnt be any problem..well..actually it is a kind of therapy though..ye lah kan...dah penat2 seharian melayan anak2...mungin ni lah cara nak release tension...



All this while..i used to read my friends' blogs...frens of my frens' blogs..strangers' blogs..hihihi.. read about their daily life...sharing the happy and sad stories..knowing more infos..more recipeess..(just d recipees only)...more frens and more mores..so hari ni jumaat 29.08.08 mencatat sejarah tersendiri bila saya terbuka hati untuk belajar menulis blog sendiri..hmmm..unsangkarable..!!!klu hubby tau...101% gtee he will laugh at me sampai tergolek2..actually he is totally has no idea about this thing..izin pun x minta lagi..cuma pernah hint dia je..tu pun dah diketawakan....



I luv to share and learn about the perfect ways to raise kids...becoming a better n better mum... learning how to solve problems wisely..and of course sharing things happen in my daily life.. hopefully there are someone out there who luv to share theirs with me..