Tuesday, December 30, 2008

Maal Hijrah 1430

Maal Hijrah 1430 baru sahaja membuka tirainya semalam. Memulakan edisi baru untuk semua umat Islam. Meninggalkan tahun sebelum ini yang entahkan terisi dengan perkara2 yang diredhai Allah atau masih sendat dengan kelalaian. Setiap tahun ada sahaja azam untuk memperbaiki diri, mempertingkatkan iman atau mendalami ilmu tetapi adakah setiap tahun juga semuanya hanya tinggal sekadar lafaz .

Dalam usia 36 tahun ini, masih banyak kelemahan2 dan kekurangan dalam diri saya yang perlu diperbaiki serta ditambahnilai. Iman yang masih setipis kulit bawang, ilmu yang hanya setebal buku tulis sekolah anak2 atau perlaksanaan tanggungjawab sebagai anak, isteri dan ibu yang masih jauh dari sempurna. Itu baru skop dalaman yang hanya melibatkan diri sendiri dan keluarga belum lagi yang membabitkan hal jiran dan masyarakat.

Semoga kehadiran hijrah kali ini membawa sekali semangat dan keikhlasan yg sebenar2nya utk saya memperbaiki mana2 yang telah rosak, menampal mana2 yang telah bocor dan mengubati mana2 penyakit hati yang jika dibiarkan boleh ketularan.

Semoga Allah mempermudahkan segala2nya. Lebih memberkati...menyayangi dan melindungi saya sekeluarga. Insyaallah...

But on top of those...I want to be a better mother. A mother with more sabar..sabar..dan sabar!!!
Payah betul nak sabar ngan kerenah anak2...lagi2 le cuti2 sekolah ni. Nasib baik le next week dah start sekolah. Kurang le dok terjerit2. Tapi hubby pun cakap...cerewet sangat...rigid sangat..always create unneccessary tension..hihihi...

Monday, December 8, 2008

Tetamu Istimewa...

Ahad sehari sebelum Aidil Adha saya menerima kunjungan sahabat yang sudah lebih 10 tahun tak jumpa. Kali terakhir kami jumpa kalau tak silap tahun 1997..lama tu. Gembira betul rasa sebab memang nak sangat jumpa sahabat yg seorang ni. Kami kawan sekelas sewaktu form 4 & 5. Masih bertukar2 berita sekali sekala semasa beliau menyambung pelajaran di US dan Australia..tetapi selepas tu...kami terputus hubungan. Almaklum le masing2 sibuk..tambah2 lagi she was a working mum. Actually she lost my number....huwaaaa..!!!!

Alhamdulillah...sungguh tak di duga, awal tahun ni saya menerima panggilan darinya. Sahabat saya ni kata dia terjumpa semula no telephone saya semasa sedang mengemas. Allah itu Maha Kaya kan. Maka bertukar2 cerita lah kami tentang khabar2 terbaru masing masing. Bila dia kata dia dah lain dari yang dulu...teringinnnn nak jumpa dia. Rindu sebab lama tak jumpa pun ye gak.

So...Ahad tengahari tu, sahabat saya tiba dengan keluarganya. Allah sahaja yang tahu gembiranya saya waktu tu. Gembira melihat perubahan barunya pun ye gak. Perubahan yang sepatutnya saya contohi. Perubahan yang menuju ke jalan Allah. So...chit chat chit chat le kita orang...ingat2 zaman2 sekolah dulu. Dulu kami sama2 menuntut di Sek Men Sains Muar. Now ni masing2 sudah ada empat anak, masing2 dah jadi fulltime housewife.

Saya terkilan sedikit sebab tak dapat meyediakan hidangan yang sepatutnya semasa kunjungan sahabat saya sekeluarga. Ala kadar sahaja apa yang dapat saya sediakan. Insyaallah lain kali jika sahabat saya berkunjung lagi, saya akan sediakan yang lebih baik.

Walaupun kami jumpa tak lama tetapi saya sungguh puas. Moga2 satu hari nanti kami dapat berkumpul lagi, bertukar2 cerita lagi, berkongsi pengalaman dan berkongsi ilmu. Saya mendoakan semoga sahabat saya dan keluarganya sentiasa dilindungi Allah dan di dalam RahmatNya. Insyaallah.