Monday, April 27, 2009

ADUHAI HONEY!!




Pagi tadi sebelum Mr Fix-a-lot gi kerja, dia ada tinggalkan RM300 atas bedside table untuk bayaran service auto gate. Tak terfikir pulak nak simpan duit tu kat tempat yg selamat. Terus saja saya all out kemas umah, pas tu sidai baju. Tengah2 sidai baju, HONEY terjenggul depan pintu..senyum2..ketawa2. Heran gak saya. Selalunya klu bangun tidur mesti menangis klu tengok saya tak de. Wahh..ini sudah bagus!

Pas sidai baju, terus masuk bilik nak kemas katil. Tup..tup..terperasaan duit yg Mr Fix-a-lot tinggalkan dah hilang. Alamak!!!berderau darah saya. Di curi orang kah..?? Sebab tingkap bilik memang terbuka luas. Manalah tau kalau2 orang dok kait duit tu ke..??Tp rasanya tak mungkin sebab saya ada di luar, klu ada orang mesti saya perasan.

Saya terus tanya honey mana dia letak duit tu. Hihihi...tanya macam le honey faham kan. Tapi saya tau mesti dia yang main duit tu. Saya cari bawah katil, dalam laci bedside table, dalam chestdrawer, dalam robok baju, celah2 Ogawa smart chair, bawah treadmill. Semua saya selongkar. Tapi tak de..adoiii..dah nak geram dah ni. Tanya lagi si honey, minah tu just sengih2 je le. Lagi pun apa la yang dia paham. 22 months, what do you expect! Saya siap cek dlm kabinet bilik study, kabinet dapur, ruang makan, even ruang tamu. Pun tak jumpa!

I said to myself...relaxxxxx!!!bertenang dulu.. jgn kelam kabut. Saya fikir baik saya kemas dulu bilik, then cari semula mana honey letak duit tu. Sambil2 tu saya terus tanya mana dia letak duit tu. Saya yakin dia faham apa yg saya tanya.

Lepas tu saya mandikan honey, lepas mandi pakaikan dia pampers, pas tu bersihkan telinga dia dengan cotton bud. Masa nak buang cotton bud dlm tong sampah tu lah saya jumpa duit RM300 tu. Ya Allah dibuang dek minah ni dalam tong sampah rupanya. Siap dironyok ronyokkan lagi. Aduhai honeyyyy!!! tu duit la sayang bukan sampah. Mesti dia ingat benda tu sampah sebab style saya atas bedside table, there will be no other thing accept nite stand.hihi..klu ada benda bukan2 saya akan terus buang. Rupanya she observes apa yg saya buat. Alahai sayanggg!!!!

Alhamdulillah akhirnya jumpa gak duit tu. Terfikir sejenak betapa anak2 menjadikan kita sebagai contoh dalam proses pembelajarannya. Moga2 saya lebih banyak memberi contoh yang baik dari yang tidak baik.
Pas tu saya terus cium, peluk, gomol honey kerana geram dengan keletahnya. Mendengar gelak tawanya hati saya jadi bahagia sekali. Sungguh BAHAGIA!!!!

Sunday, April 26, 2009

TQ CARD DARIPADA NEKPP


TQ card diterima daripada Nek PP nun di Dubai sana
untuk Nekpp...tima kasihhhhhh!!!!

TAG DARI MAMAMYA PULAK!

Ni pulak tag dari mamamya dari QUEFAMILY DOT COM. Ingat nak peram sebln dua...dh kena warning ngan empunya tag suruh buat..kelam kabut le saya mengopy paste tag ni.hihi

1. APAKAH NAMA BLOG ANDA DAN KENAPA ANDA MEMILIH NAMA ITU?

  • nama blog BETTER HOMES AND GARDEN
  • sebab memilih nama itu.. sebab saya suka baca magazine better homes n garden

2. APAKAH LINK BLOG ANDA SEKARANG DAN BAGAIMANA BOLEH TIMBUL IDEA UNTUK MENAMAKANNYA SEPERTI ITU?

3. APAKAH ‘METHOD’ PENULISAN DALAM BLOG ANDA?

  • apa apa aje

4. PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG ANDA? SEBABNYA?

  • tak pernah...dah penat2 set up..tak kan le nak dihapuskan..x ke kejam!!

5. APAKAH PENDAPAT ANDA MENGENAI BLOG KEPADA PEMILIK BLOG YANG TAG ANDA INI?

  • mamaya ??? melalui blognya saya rasalah mamamya seorang yg happy go lucky!

okay mamamya...dah siap tag k. jgn tag lg tau..buat2 x kenal akak je klu dpt tag..hehe

Friday, April 24, 2009

TAG DR KAK NIK



Majalah Muslimah ni KAK NIK dari KEMBARA SEORANG PENULIS yang beri
dapat melaui pos tengahari tadi
Kak Nik ni salah seorang wartawan untuk majalah muslimah
Terima kasih banyak baaanyakkkkkk sebab beri saya majalah free..hihihi
nanti sat saya baca ekh...semoga ada cerita yg boleh memberi pengajaran kepada saya



*****************************************************


Tag datang dari KAK NIK KEMBARA SEORANG PENULIS. Kak Nik ni suara dia punya lah merdu...terpegun saya mendengarnya. Mesti hubby kak Nik jatuh cinta pada suaranya.hihi


1. Nama timangan/family
along

2. Anda seorang yang
happy

3. Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa
suami, anak2, ibu bapa dan rakan2 kerana mereka ini lah buat hidup saya penuh warna

4. Lagu kesukaan sekarang
saya suka 80's songs dari dulu kini dan selamanya

5. Warna kegemaran
pastel colour

6. Benda wajib dalam handbag
Handphone, purse, pampers honey, baju spare honey, pen, panadol, lipstic, compact powder, wet tissue, camera

7. Kali terakhir menangis?
ntah ye...tak ingat pulak!

Dah siap....leganyaaaaaa!!!!

Thursday, April 23, 2009

TAG dan KAD DARI SUZI



kad yang comel2 ni dapat dari SU kat Adelaide
terima kasih su..cayang dia!
semoga pershabatan ini berkekalan hingga akhir hayat



***************************************************************************


TAG NI DAPAT DARI SUZI...KENA BUAT CEPAT2 SBB BYK LAGI TAG YG TAK BUAT LAGI..ADOIII!!!!

1. When was your engagement?
DEC 1992

2. When is your marriage anniversary?
12 JUNE 1993

3. How long have you known your spouse?
6 MONTHS

4. How long you got engaged?
6 MONTHS

5. Where did you meet your spouse?
MAYBANK

7. Do you have any children?
OF COURSE

8. How many?
4 KIDS, 3 GIRLS..1 BOY

9. Do you have any pets?
NEVER

10. Do you own or rent?
OWN

11. Do you live in the country, city/town?
PINGGIR BANDAR

12. What is your favorite activity you do together?
WINDOW SHOPPING

13. Do you have a favorite vacation spot?
NOT REALLY...KENA IKUT TASTE BDK2

14. How many siblings do you have including in-laws?
SAYA 4 ORG.... HUBBY 7 ORG

15. What mosque do you attend?
MASJID TAK PERNAH...SURAU YE LA

16. Is this the mosque you got marrried in?
NOPE..NIKAH KAT RUMAH JE

17. What town is your current address?
JOHOR BAHRU

18. Do you work or stay home?
FULLY HOUSEWIFE

19. Where did you go for your honeymoon?
CAMERON HIGHLAND

20. Leave a piece of marriage advice
TERIMA PASANGAN SEADANYA...

Wednesday, April 22, 2009

HaPPy BiRThDaY NeKPP




HaPpY BiRtHdAy !!
hari ni 23 april adalah bday sahabat baik saya nekpp
saya doakan segala yg terbaik untuk dirinya dan keluarganya
semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati nekpp hingga akhir hayat
juga semoga persahabatan ini kekal selamanya
thnx again for being such a bestest fren all these years and thnx for everything
thanx for always being there too!!



HAPPY BELATED BIRTHDAY!!



This birthday wish also goes to another good fren of mine whose birthday was on 21st April
Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan hidupnya bersama anak2 dan suami
Thnx for being such a lovely fren and tq for always being there for me.

Sunday, April 19, 2009

PROJEK HUJUNG MINGGU

Ahad semalam, we all tak keluar kemana-mana. Anak yang no 2, Ikram ada pertandingan perarakan sempena sambutan maulidul Rasul di masjid. Mr Fix-a-lot pulak lepas jengah office sekejap terus kepenatan. Minda dia kepenatan sangat, so dia nak relax2 kat umah sambil dengar stereo dia. Petang baru we all keluar pergi lepak2 kat taman riadah Pasir Gudang.

So, bila dah dok umah tu, mula la saya belek pokok2 yang kat luar tu. Ternampak watering can yg saya beli kat Ikea, macam dah tak berseri pulak. Tup..tup..datang idea nak buat face lift ngan watering can ni. Decoupage!!Yeah...lamanya tak buat hobi yang satu ni. Saya ni minat decoupage. Masa rajin2 dulu..mcm2 benda saya decoupagekan, tray la, cutting board la, frame la. May be tak la sehalus atau secantik artis, but I am very proud of my own!




minta tolong Mr Fix-a-lot spray kan warna putih


bahan2 yang saya gunakan untuk projek decoupage saya


taraaaaaa!!!!

ni le hasil setelah siap di spray sealer


Ini antara projek saya yang sudah2


Well...puas hati sungguh dengan hasil projek semalam. Kembang kuncup montot saya bila Mr Fix-a-lot puji2. Pas solat Isya' semalam Mr Fix-a-lot buat joke beritau Portmeirion called..nak saman saya! hehehe

AWARD FORM MY BUDDY!



these 2 special awards received from my very good frenz NekPP
now ni beliau sudah pun menceburkan diri dan masa dlm arena blogging ni
dengan resipi2 mengancamnya itu!!
Thank u so much dear for these lovely awards
and thanx for being such a wonderful frenz
luv ya!

Friday, April 17, 2009

HADIAH DR SHIELA



2 ekor unta rock ni saya terima dari adik shiela (MOTHER OF TWO)
yg dok kat dubai sana tu
shiela beri kat saya sebab saya jadi pengkritik tetap blog dia yg kiut miut tu
untung kan...
pada shiela akak ucapkan terima kasih kerana sudi kasi akak hadiah
nxt year jgn lupa kasi lagi ekh..ekeke!!

Thursday, April 16, 2009

AWARD LAGI...THANK YOU!!

WAHH...BANYAK BETUL SAYA DAPAT AWARD MGGU NI
ARTIS PUN KALAH..HIHI



PADA YANG TELAH SUDI MENGHULURKAN AWARD KEPADA SAYA
TIADA APA YG DAPAT SAYA UCAPKAN SELAIN TERIMA KASIH DARI SUDUT HATI YG IKHLAS
TERIMA KASIH JUGA KERANA MENERIMA SAYA SEBAGAI RAKAN MAYA
SEMOGA PERSAHABATAN INI KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT
SALAM SAYANG DARI SAYA UNTUK SEMUA
MUAH..MUAAH..MUAAAHHH!!


DARI KAK INAHAR DAN FAZEMY




AWARD DR KAK INAHAR



AWARD DARI KAK TIRANA , SHASHA DAN NEKPP




AWARD DARI KAK INAHAR DAN KAK ZAI


OLEH YG DEMIKIAN...SAYA DENGAN BESAR HATI INGIN MENGANUGERAHKAN AWARD2 YG DI ATAS KEPADA SEMUA RAKAN2 BLOG SAYA
SUDILAH MENERIMANYA SEBAGAI TANDA SAYA SGT BERTERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN RAKAN2 SEKELIAN

sapa2 yg tak nak amik, tak nak kawan lagi..hihihi
GURAU AJE






Tuesday, April 14, 2009

WANIII!!!!!


Geram betul saya dengan minah yang sorang ni la. Berpuluh2 kali cakap jangan buat lagi, berpuluh2 kali gak le dia dok repeat the same thing. Memang le nak kena...dah kena pun. 2 das rotan kat tapak tangan dia. Meraung2 menangis...saya buat dek je sebab saya tau gimik je lebih, konon2 tunjuk menyesal le tu, dengan harapan saya tak report ngan ayah dia. Sorry le...report tetap report. Wlupun nanti ayah dia hanya..'wani...kenapa buat lagi..kan dah kena rotan dgn ibu, siannnnn ayahhh!!'. tu je le modal Mr fix-a-lot.

Semalam saya all out membersihkan rumah especially bilik bdk2 n family hall kat atas. Dah menjadi routine, setiap Isnin saya akan operasi habis2an satu rumah. Bukak2 tong sampah je saya jumpa sisa gula2 getah. Adoiii makkk!!!pantang betul la saya tengok gula2 getah ni, memang angin satu badan. CHEWING GUM IS A BIG NO NO. Baik kat luar rumah apatah lg dlm rumah. Dan hanya minah tu je le yang saya tahu suka break the rules. Padahal dia tahu hukuman yg akan dia terima jika saya dpt tangkap dia mkn gula2 getah. Dulu pernah sekali dia buat, dah kena dah. Ekh..buat lagi!

Tu satu...saya dah dok membebel2 dah. Bila buka je laci meja study, saya jumpa banyak kertas2 yg saya hanya panggil sampah je biarpun terlipat kemas. Saya buka lagi laci sebelah..ekh..ada sampah lagi, buka laci no 3..pun ada sampah lagi. Wah..telinga saya dah berasap kepanasan dah.
Memang nk kena minah ni. Saya cek bawah katil..pun ada jugak.Arrgghhhhhh!!!!sah..memang nak kena!!!!

Wani ni suka koyakkan kertas, pas tu ditulisnya ntah aper2..pas tu dilipat pulak kertas tu, pas tu dimasukkan dlm kertas lain yg dibuat seperti envelope..pas tu ditulis nama kawan2 dia atas 'envelope' tu. pas tu dia 'pos' le dalam laci meja study, bawah katil, dalam laci bedside table, laci dressing table dan segala jenis laci yg ada kat umah atas tu. Paling yang saya tak boleh tahan bila dia dok 'pos' surat tu kat celah2 sofa kat family hall tu. Meeemmaaanggg tensen!!! Bukan sekali dua buat cam ni...banyak kali dah. Banyak kali gak kena jerit..marah..cubit, tapi tetap dia buat gak. Memang tak makan saman betul lah.

Semalam je, saya berjaya mengumpulkan satu beg plastik kecil 'surat2' @ sampah hasil nukilan Nur Iwani. Tu baru seminggu tak operasi...kalau sebulan agaknya, mau meroyan saya. Tak tau lah kenapa minah ni suuukaaaaa sgt ngan aktiviti ni. Bila masa dia buat pun saya tak pasti..yang paling logik sebelum dia tidur la kot sebab every nite bila dia salam saya sebelum naik tido, kat tangan dia mesti ada buku2 yg tak dipakai lagi atau diari2 lama. Dan mungkin minggu lepas dia begitu menjadi2 sebab kakak dia balik cuti.

Adoiii...penat sungguh semalam. Penat sebab tensen ngan minah tu bukan penat buat kerja. Ni lah kan peel anak2. Yang sorang cam ni...yang sorang lagi cam tu. Pening!!!!!

Tuesday, April 7, 2009

ABOUT TAKEN MAN!!!

Dalam perjalanan menghantar zati ke programme 'Easy learning' di Sime Darby Convention Centre pada cuti sek yg lepas, kami mendengar radio. Tak berapa ingat pula dari siaran mana ye tetapi topik yg dibincangkan pagi itu memang hot giler. "SINGLE WOMEN ARE MORE ATTRACTIVE TO TAKEN MAN" atau perempuan lebih tertarik dengan lelaki yg sudah berkahwin.

Rata2 pendengar yang menghubungi radio berkenaan sangat setuju dengan topik di atas. Jujurnya saya pun terpaksa mengakui yang saya juga setuju sama. Cuma saya berlakon seolah2 pendapat di atas tidak berapa benar sebab saya tak nak la menambah lagi KEPERASAANAN hubby yg ketika itu sudah pasti montotnya kembang kucup merasa bangga. Al-maklum la konon2 sahamnya sebagai taken man sedang dibincangkan dicorong radio. Asyik ehem ehem aje. Nyampah!!

Rata2 pendapat setiap individu yang memberi komentar di radio tersebut hampir sama. Alasan utama ialah lelaki yang terikat ini jauh lebih matang dari segi berfikir ataupun bertindak. Tidak gelojoh dan gentle dengan kaum perempuan. Sentiasa tenang bila berhadapan dengan masalah2, tidak melatah bila wanita disekelilingnya membuat perangai. Lebih berdiplomasi dengan kaum perempuan bila bercakap. Pengalaman berumah tangga diguna pakai dalam memikat hati org perempuan. Tu belum lagi bila membicarakan tentang jawatan dan ekonomi lelaki yg sudah berkahwin ni lebih stabil dan kukuh berbanding yg masih bujang sehingga menjadi lagi satu kelebihan dan rebutan para wanita.

Tapi tu semua bukan alasan untuk membenarkan wanita2 bujang menjalinkan apa2 hubungan dengan suami orang. Samaada hanya sekadar suka2 apatah lagi serius, jangan lah pula menjadi duri kepada kebahagiaan perempuan lain. Ramai lagi lelaki2 bujang yg tidak kurang hebatnya ada diluar sana untuk dipikat. Tak usahlah membina kebahagiaan dan kesenangan di atas penderitaan kaum sejenis. Tak berkat hidup!

Sakitnya mata tengok my Mr fix-a-lot senyum sampai ke telinga hari tu!Perasan la tu!

Thursday, April 2, 2009

Award dari Kak Zai


Award ni saya terima dari Kak Zai dari Teratak Impian
Antara blog2 yg saya suka sbb ada baanyakkk masakan
Terima kasih kak Zai
I LUV YOUR BLOG TOO!!




yang ni pulak baru dapat dari ummi afifah
terima kasih ye ummi sudi kasi akak award
akak pun suka blog ummi




Tag dari Kak Inahar

Tag ni dari kak Inahar. Nasib baik senang..so boleh le buat cepat2. Kalau yg susah2 tu, bercinta sungguh.

5 things in my bag:

1. purse
2. handphone
3. pampers/baju honey
4. wet tissue
5. compact powder n lipstic

5 things in my wallet:
1. Duit
2. kad pengenalan
3. Lesen memandu
4. segala jenis card
5. photocopy surat beranak anak2, kad hospital/klinik/dentist,pocket calendar

5 favourite things in my bedroom:
1. katil (syoknya bila dapat landing2)
2. chestdrawer utk ltk perfume n make-up, music cd player (tv is a big no no..)
3. treadmill (jogging nyer malas gak..)
4. ogawa smartchair (tetap gak suami nk saya urut)
5. deco mags n novel (senang nak berangan seblm tido)

5 things I wish to do :
1. nak buat umrah sekeluarga (klu boleh secepat mungkin)
2. nak melancong sekeluarga (teringin nk pergi New Zealand)
3. nak hantar parents gi haji (bila ye...dah le x kerja)
4. nak renovate umah (gawat pulak sekarang)
5. nak honeymoon (bdk2 tinggal kat kg..hihi)

5 things I’m doing now :
1. tgh jawab tag (tag senang kan..cpt le dok menjawab)
2. tgh tengok anak2 buat homework (tersenggut2 dia org..dh mlm kan)
3. tgh sambil2 layan si honey main (habis semua diselongkarnya)
4. tgh pening sebab honey buat sepah (start le saya nak loktang)
5. tgh pikir esok nak masak aper (ni le yg payah sekali)

leganyaaa bila dh jawab!!!