Frust betul saya bila anak lelaki saya bawa balik kertas Bhs Msia peperiksaan akhir tahun minggu lepas. Berderet-deret salah, geramnya saya...aarrghhhhh!!!!!!Susah sangat ke subject Bhs Msia sampai simple2 question pun tak boleh nak jawab. Maka seperti yang telah dipersetujui bersama antara saya dan anak lelaki saya, dia kena satu das rotan untuk setiap satu stupid mistake. There were 6 stupid mistakes, so he got 6 rotan on his palm.
Kejam ke saya..???Entah le yek...jujurnya suami tak berapa setuju cara saya mengajar anak2. Dia kata terlampau keras. Ye ke..???Kdg2 marah gak bila hubby complaint the way I am teaching my children. So saya suruh dia take over tanggungjawab yang satu ni. Tak nak pulak. Alasannya....dia tak boleh sekomited saya . Tau pulak.
Saya ni agak popular di kalangan guru2 di sekolah bila masuk bab jumpa2 cikgu pasal kertas2 peperiksaan. Ops...bukannya saya gi dok serang2 cikgu cikgi. Takkkk....tak profesional langsung. Selalunya saya pergi untuk berbincang tentang kertas2 ujian atau peperiksaan. Tapi sebelum pergi tu, saya dah buat preparation la. Kena study betul2 perkara2 yang nak saya hujahkan dengan cikgu cikgi ni. Tak boleh main larung je. Hmm...siap bawa bahan rujukan atau print outs lagi. Saya kena jaga kredibiliti saya sebagai seorang ibu yang berilmu.Hahahaha...!!!
Dari mula sekolah anak saya dibuka sehingga ke hari ini, masalah utama selalu berkaitan dengan kesungguhan cikgu cikgi mendidik anak2 murid. Kebanyakan cikgu cikgi mengajar hanya untuk mendapat gaji sahaja. Ops....kebanyakkannya ye...bukan semua. Jarang saya jumpa cikgu yang betul betul komited dan ikhlas mendidik anak murid sehingga betul2 berjaya. Dan saya terpaksa akui kejayaan anak pertama saya dalam UPSR sehingga tersenarai antara pelajar terbaik peringkat kebangsaan adalah atas usaha gigih anak saya sendiri. Dan tentunya lah saya pun terbabit. Hihi
Tahun depan anak lelaki saya akan mengambil Upsr. Dan kertas bahasa malaysia anak saya sangat2 lah menyedihkan hati saya seorang ibu. Lebih membuat saya kecewa, guru untuk subjek bhs msia selalu tiada. pergi kursus lah...sambung belajar lah and bla..bla..bla. Guru gantian pun kadang2 malas nak mengajar. Bawa budak2 pergi perpustakaan and "murid2... buat kerja sendiri ye.."Alahaii....
Yang sangat saya peningkan bila bab bahasa msia ni ye tang hukum tatabahasanye tu. Ya Allah...payahnyeeee!!!totally out from our daily bahasa. Penggunaan setiap patah perkataan lari sungguh dari yang dituturkan dirumah. Setiap kali nak mengajar anak2, saya kena buat rujukan dulu, sediakan penerangan untuk setiap jawapan2. Kamus je ada sampai dua tiga. Tu pun kadang2 bengang gak.
Satu masalah lagi, anak lelaki saya ni lain benar dari yang perempuan. Susah sangat nak disuruh fokus bila bab belajar ni. Dia bukan tak pandai...cuma terrrrrlalu cuai. Cuai yang selalu mengundang kemarahan saya. Umur dah 11 tahun tapi mainnya mengalahkan budak umur 7, 8 tahun. Kalau bab2 naruto ke, Ben 10 ke, Gundam ke, Power Rangers ke, tanya lah apa saja, gerenti dia tahu segala. Siap boleh surf internet kalau nak cari info pasal benda2 ni. Tapi bila bab belajar, semuanya kena sediakan depan mata, nak cari sendiri...bye bye. Gerammmnyeeee!!!!
Nasib baik lah subjek2 lain seperti Maths, Sains dan English tak de masalah.
Nak hantar tution, hubby tak berapa setuju. Pun lagi saya rasa guru terbaik adalah ibu bapa tu sendiri. Lainlah kalau saya boleh dapat one to one tutor which is so hard to get a good one nowadays. Cerewet..???mungkin..almaklum la sekarang ni fee untuk tution je boleh jejak ratus2. So pelaburan tu mesti la berbaloi. Confidence tu belum ada lagi to hand over my son to any tutor.
For now, saya sedang merangka satu pelan yang lebih mesra belajar untuk anak lelaki saya. Apa dia..??Dont know yet. But I have to come out with the solution very soon because time is running out. No more to waste.
Any tips form anyone out there..???
Tuesday, October 28, 2008
Monday, October 13, 2008
memori syawal
My fantastic four.....
lepas makan2...lepak2 sambil belek2 magazine
abg ipar saya yg no 1 ngan no 2 tengah peluk2....
My 3 dara pingitan...masa ni kat umah pak anjang dia orang. Pas tu baru umah saya..
Sessi berebutkan pizza yg terlambat sampai....
abg ipa yg no 4 ngan fmly...last sekali sampai umah saya
Anak perempuan saya dengan dua pupunya .....
My son with his uncle playing the chess kat garden ...
Sedar tak sedar dah masuk minggu ke 3 kita menyambut syawal. How time flies. Raya kali ni betul2 mcm charlie chaplin. terkejar sana..terkejar sini. Aduhhh...penattt..!!!! Tak pernah lagi diari raya saya seperti tahun ini, kelam kabut.And never in my life, i only had the chance to spend this eid with my parents less than 24 hours. Bayangkan, saya hanya sampai rumah mak pada malam raya dan kemudian bergegas balik ke rumah sendiri the next afternoon. Dan sampai ke hari ini, saya belum berkesempatan lagi untuk pulang ke kampung semula. For sure not for another two weeks. Really pack with programmes. Betul kata abah saya dulu2....katanya, mula2 saya akan balik seminggu sekali, lepas tu sebulan sekali dan seterusnya sekali sekali.
Seperti tahun sudah2...raya ke dua, keluarga belah suami akan bertandang ke rumah . And as usual, I MUST welcome them with my handmade cooking.huwaaa...!!!!I dont enjoy cooking really. Tapi dpt gak buat mee siam kuah, then hubby ordered pizza. Yang kesiannye, mamat pizza tu accident, nak dekat 1 jam baru sampai. My hubby yg mula2 dah hilang sabar jadi kasihan pulak, siap kasi duit raya lagi..hihi.
Berakhir malam semalam sejak 3 hari yg lepas, annual programme beraya ke rumah jiran tetangga completed. Ianya macam mini marhaban gitu. There are ten families in our neborhood row, purata anak 3 orang. Well, you can imagine how many of them, how havoc it could be. So we split it into 3 nites, 3 houses per nite, maximum one hour time spending only, tapi selalunye ended up more than an hour, kaum2 ibu sampai kena signal kat kaum2 bapa untuk ke rumah seterusnya. And still, in the next house, they spent talking n laughing more than limit. Ni pasal politik la ni. Alahaiii....
Next week, marhaban untuk seluruh taman akan bermula. Starts on saturday nite, then the next morning. Normally there are about 100 of them including children will join the marhaban. Inilah satu2nye acara tahunan yg masih terpelihara walaupun tidak mesra sesama tetangga setaman. Tuntutan kerja, kesibukan harian dan kekurangan waktu seperti memudarkan keakraban kami.
Raya kali ini juga amat singkat untuk anak perempuan kesayangan saya yang bersekolah di Kolej Tunku Kurshiah. Baru nak enjoy2 ngan family, dah nak kena hantar balik. Kesian pulak bila tengok muka sedih dia yang keberatan nak balik asrama. Dan yang paling saya kesalkan ialah saya tak sempat nak buatkan dia honey cornflakes untuk dibawa balik. She loves it so very much. Alahai.....ibu apalah saya ni ya. I have promised her, I will do the cornflakes and post it to her but till now I still dont have the time. Oh masaa...masaaaaa....!!!!!
Soon, everything will be back to it was before. Back to daily routine. New task awaiting, to prepare my two kids for the final exam. It is next week actually. Arrgghhh...!!!!Cukup ke masa nak siapkan dia org for the battle??Well....kalau saya fokus dan uruskan masa betul2, Insyaallah cukup walau pun x banyak.
Subscribe to:
Posts (Atom)