Tuesday, January 20, 2009

Panjangkanlah Umurnya...

Lebih kurang pukul 6.35 pagi tadi, kami mendapat berita yang mengejutkan. Jiran selang 4 buah rumah kami telah meninggal dunia. Dikhabarkan, Ungku Salleh meninggal dunia di dalam tidur. Isterinya memberitahu, arwah ada mengadu sakit dada sehari dua sebelum kematiannya. Saya belum pernah berbual dengan arwah, sekadar mengangguk dan mengangkat tangan ketika kereta arwah melintasi depan rumah untuk ke tempat kerja manakala saya pula sedang santai2 menyiram pokok bunga. Arwah pergi meninggalkan isteri tersayang dan 8 orang anak.

Sekembali dari melawat jenazah, saya termenung sebentar. Termenung mengenangkan bagaimana nanti isteri arwah Ungku, Kak Nor akan melalui hari2 tanpa suami dan si anak tanpa ayah di sisi. Pasti penuh airmata dan dugaan. Sebetulnya saya cuba meletakkan diri saya ditempat Kak Nor. Cuba merasai sama dugaan dan derita yang akan saya alami jika suami tiada lagi. Bagaimana saya dan anak2 akan menghadapi hari2 mendatang. Tanpa sedar saya menangis kerana teramat pasti yang saya tidak akan terdaya menghadapinya.

Rupa2nya tingkah saya diperhatikan suami. Lantas hubby datang ke arah saya dan berkata, "Come...give me a big hug..". Saya pasti suami boleh mengagak apa yang sedang saya rasa. Untuk seketika, masing2 hanya membisu. Kemudian hubby menyambung.."Jangan risau2 ekh, kalau abang dah tak de nanti, Nor (panggilan suami dirumah) jadi janda kaya..hehe". Papp!!!saya hadiahkan hubby penampar manja2 gitu. Ada ke boleh bergurau macam tu sekali walau pun saya tahu niatnya untuk menceriakan saya.


Saban pagi sambil melihat suami berlalu ke tempat kerja, saya menyelitkan sedikit doa untuk keselamatannya. Mendoakan agar dijauhkan dari kejahatan dan kecelakaan, dipermudahkan segala urusan kerjanya, dipanjangkan/diberkati umur dan dimurahkan/diberkati rezeki. Betapa takutnya saya jika sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Hanya suami tempat saya dan anak2 bergantung kasih dan hidup. Tambah2 lagi hubungan saya dan anak2 memang manja dengan suami. Terlalu manja. Sebab tu, saya selalu ingatkan suami jangan stress2 sangat pasal kerja. Takut kena heart attack.


Saya akur yang maut itu pasti. Dan saya tahu ia akan datang bila2 masa, tidak mengira umur, tidak mengira anak, suami, isteri, datuk atau nenek, juga tidak mengira jika belum puas untuk hidup bersama. Namun saya selalu berdoa semoga Allah memberi kesempatan yang lebih kepada kami suami isteri agar dapat bersama-sama sehingga ke usia senja. Kalau boleh kami nak melihat anak2 berjaya membina kerjaya dan keluarga. Dan yang paling penting memberi kami peluang meningkatkan iman dan amal soleh. Insyallah.


Untuk arwah Ungku, saya mendoakan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan sentiasa dicucuri rahmatNYA. Kenduri tahlil malam nanti, kami jiran2 telah sepakat untuk menyediakan juadah ringkas untuk para tamu. Saya ditugaskan untuk menyediakan sedikit roti jala bersama kari ayam. So...sat lagi nak pergi menjala la ni.

Friday, January 16, 2009

Bahasa kiasan isteri...

Membaca artikel tentang 'Sejauh Mana Anda Memahami Isteri?' oleh saudara Abd Jalil di dalam majalah SDK Februari 2009 betul2 menggelikan hati. Rasa2nya terkena batang hidung sendiri. Dan saya rasa rata2 para isteri diluar sana pun jika membaca artikel ini akan setuju dengan pendapat saya.

Artikel tersebut bercerita tentang bahasa2 kiasan seorang isteri kepada suaminya. Makna tersirat untuk di surat oleh suami. Mengharapkan suami dapat mencerna maksud dari ayat2 kiasan tersebut. Saya antara isteri yang rajin menggunakan bahasa kiasan pada suami. Bukan apa...suka mendengar tafsiran suami yang jauh menyimpang dari yang saya harapkan..kelakar pun ye gak. Suami pulak memang suka meloyar dengan saya.

Contohnya kalau saya kehausan dan inginkan suami menggodak secawan nescafe untuk saya, saya akan kata.."yang..yang..mcm haus le tekak, best klu pekena nesc ni ", suami pulak akan jawab.." ah..ah lah...buatkan abang secawan gak ekh..!"

Kadang2 tu bila dah boring dok umah, nak ajak suami cuti2 malaysia, saya suka gak berkias, btau dia dlm bentuk soalan.."hish...lama betul tak bawak bdk2 gi holiday kan bang.." suami dengan senyum lebar menjawab.."okay...next week kita balik kampung ekh..!"

Masa kes minyak kete dok naik memanjang..berkias lg ngan hubby dengan harapan dia faham keperluan menaikkan allowance myk kete saya, suami akan membalas.."kurangkan merayap pas ni ye..!!"

Bila mengadu.."yang...sedar tak sedar, langsir ngan sofa kat umah ni dah nak masuk 7 tahun dah ekh..??", suami jawab.."Hmmm..ye la...x sangka masih boleh pakai utk 3 4 tahun lagi.."

Bila btau..."sorry ye...ari ni dapur tak berasap..!! memberi maksud nak ajak makan kat luar, suami akan menjawab.."okayyy...microwave kan ada.."

Dan banyak lagi lah yang saya suka kiaskan kepada suami untuk ditafsir. Makin banyak yang saya kiaskan, makin banyak loyar buruk yang keluar. Kalau saya banyak bahasa kiasan untuk suami, suami pulak hanya ada satu je bahasa kiasan utk saya.."ehem..ehem..malam ni khamis malam jumaat kan.."!!...Hishhh....tak kuasa..!!!!!