Maal Hijrah 1430 baru sahaja membuka tirainya semalam. Memulakan edisi baru untuk semua umat Islam. Meninggalkan tahun sebelum ini yang entahkan terisi dengan perkara2 yang diredhai Allah atau masih sendat dengan kelalaian. Setiap tahun ada sahaja azam untuk memperbaiki diri, mempertingkatkan iman atau mendalami ilmu tetapi adakah setiap tahun juga semuanya hanya tinggal sekadar lafaz .
Dalam usia 36 tahun ini, masih banyak kelemahan2 dan kekurangan dalam diri saya yang perlu diperbaiki serta ditambahnilai. Iman yang masih setipis kulit bawang, ilmu yang hanya setebal buku tulis sekolah anak2 atau perlaksanaan tanggungjawab sebagai anak, isteri dan ibu yang masih jauh dari sempurna. Itu baru skop dalaman yang hanya melibatkan diri sendiri dan keluarga belum lagi yang membabitkan hal jiran dan masyarakat.
Semoga kehadiran hijrah kali ini membawa sekali semangat dan keikhlasan yg sebenar2nya utk saya memperbaiki mana2 yang telah rosak, menampal mana2 yang telah bocor dan mengubati mana2 penyakit hati yang jika dibiarkan boleh ketularan.
Semoga Allah mempermudahkan segala2nya. Lebih memberkati...menyayangi dan melindungi saya sekeluarga. Insyaallah...
But on top of those...I want to be a better mother. A mother with more sabar..sabar..dan sabar!!!
Payah betul nak sabar ngan kerenah anak2...lagi2 le cuti2 sekolah ni. Nasib baik le next week dah start sekolah. Kurang le dok terjerit2. Tapi hubby pun cakap...cerewet sangat...rigid sangat..always create unneccessary tension..hihihi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Hello Ain, wishing you and family the best of Seasons greetings and Selamat tahun Baru.
Wishing you lots of laughter and good health, best regards, HAPPY NEW YEAR, Ain, Lee.
salam maal hijrah 1430..
salam maal hijrah..
salam maal hijrah... biaselah kite ibu2 niekan... cepat tension... ayah mmg cool sentiasa..he..he
salam maal hijrah dan happy new ywera kak ain...semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Salam Maal Hijrah 1430 & Salam Tahun Baru 2009 buat Kak Ain & family...
salam akak...
insyaAllah sri akan muatkan di entri blog....kesah sahabat saya itu cukup membuatkan hati tersentuh....
salam maal hijrah...
semoga tahun ni lebih baik dari tahun yg lepas.
selamat tahun baru....
Salam maal hijrah...
begitu juga dengan harpan tahun baru sy moga lebih bersabar dengan karenah anak-anak... juga meningkatkan keimanan dalam diri agar hidup dilalui dengan tenang dan redha.
p/s: moga menjadi nyata...
salam maal hijrah, selamat tahun baru 2009 n salam perkenalan..
www.quefamili.com
Salam ain, memang kena byk2 sabar...tuhan saja yang tahu..
Kejahatan dan kebinatangan bangsa Yahudi terserlah dan terbukti apabila saban tahun mereka menceroboh Palestin, kali ini pada awal tahun (1430) mereka telah mula angkara.Di dalam al.Quran telah diceritakan hal ini berkali-kali, ini membuktikan al.Quran itu benar.
Marilah sama-sama kita doakan untuk kesejahteraan Palestin.
thanks singgah blog saya.. jemput singgah umah baru yer kat sini http://www.quefamili.com
salam ...
hehehe..
bila nak update blog...wawawa...cepatlah update..mau tunggu kisah baru ni
;)
uiks...
dah lama ain tak menulis gamaknya nie..
hmm...
apa citer terletas ain yea?
huhuhu
salam perkenalan...salam maal hijrah dan selamat tahun baru...biarpun dah terlewat sikit...semoga dirahmati allah selalu.
Post a Comment