Monday, December 8, 2008

Tetamu Istimewa...

Ahad sehari sebelum Aidil Adha saya menerima kunjungan sahabat yang sudah lebih 10 tahun tak jumpa. Kali terakhir kami jumpa kalau tak silap tahun 1997..lama tu. Gembira betul rasa sebab memang nak sangat jumpa sahabat yg seorang ni. Kami kawan sekelas sewaktu form 4 & 5. Masih bertukar2 berita sekali sekala semasa beliau menyambung pelajaran di US dan Australia..tetapi selepas tu...kami terputus hubungan. Almaklum le masing2 sibuk..tambah2 lagi she was a working mum. Actually she lost my number....huwaaaa..!!!!

Alhamdulillah...sungguh tak di duga, awal tahun ni saya menerima panggilan darinya. Sahabat saya ni kata dia terjumpa semula no telephone saya semasa sedang mengemas. Allah itu Maha Kaya kan. Maka bertukar2 cerita lah kami tentang khabar2 terbaru masing masing. Bila dia kata dia dah lain dari yang dulu...teringinnnn nak jumpa dia. Rindu sebab lama tak jumpa pun ye gak.

So...Ahad tengahari tu, sahabat saya tiba dengan keluarganya. Allah sahaja yang tahu gembiranya saya waktu tu. Gembira melihat perubahan barunya pun ye gak. Perubahan yang sepatutnya saya contohi. Perubahan yang menuju ke jalan Allah. So...chit chat chit chat le kita orang...ingat2 zaman2 sekolah dulu. Dulu kami sama2 menuntut di Sek Men Sains Muar. Now ni masing2 sudah ada empat anak, masing2 dah jadi fulltime housewife.

Saya terkilan sedikit sebab tak dapat meyediakan hidangan yang sepatutnya semasa kunjungan sahabat saya sekeluarga. Ala kadar sahaja apa yang dapat saya sediakan. Insyaallah lain kali jika sahabat saya berkunjung lagi, saya akan sediakan yang lebih baik.

Walaupun kami jumpa tak lama tetapi saya sungguh puas. Moga2 satu hari nanti kami dapat berkumpul lagi, bertukar2 cerita lagi, berkongsi pengalaman dan berkongsi ilmu. Saya mendoakan semoga sahabat saya dan keluarganya sentiasa dilindungi Allah dan di dalam RahmatNya. Insyaallah.

14 comments:

Shais said...

salam Kak Ain,

seronok sungguh dapat jumpa teman lama. mesti banyak cerita yang nak diceritakan...

Suzi said...

salam kak ain..jumpa kak nurul(ummu sarah) ke?...jiran saya masa kat tronoh dulu tu....
sure seronok jumpa kawan yg dah lama tak jumpa ye...

ain said...

salam shais..memang seronok..lg2 kwn yg sorang ni.

salam suzi...pandaiii suzi. Kak nurul ada btau gak suzi nebor kat tronoh.

Intan Rosnitta said...

Salam Kak Ain,

Intan yg baca pun tumpang happy sama. Mesti byk borak2 & gelak2 sambil mengimbas nostalgia kan?

Hehehhe

:)

laily said...

salam ain,

seronokkan jumpe member lama. kekadang tu terasa rindu sangat nak jumpe kekawan lama, insyallah dengan izin allah semuanya mungkinkan.

Uncle Lee said...

Hi Ain, always wonderful meet old friends...
For me an ex-girlfriend called me.
Terperanjat baik ta'kena cardiac arrest, ha ha.
You have a great weekend, Lee.

ain said...

salam intan...betul la intan. lama x jumpa, byk le cerita.

salam laily...one day may be kita lak boleh jumpa n borak2...

hi lee...ur ex called you..??? bestnyeeeee....!!!hihihi...

Tie said...

Salam ain....

Kisah tetamu rupanya. Memang seronok bila dapat jumpa sahabat lama. Tie ni bila pulak dpt jumpa bestfriend tu...sedih gak...

QiStinA's said...

salam ain... sure seronok kan jumpa kawan lama... tak rase masa berjalan... sbb seronok brok-brek2 kan???? sure banyak yg nak diceritakan...

ain said...

salam tie...dont wory..kalau ada rezeki..jumpa le best fren tu.

salam qis..betul le..lupa waktu bila dh dok brok brek. Lapar pun tak..hihi

mother of two said...

salam..
mesti byk cerita ceriti tu..mmg seronokkan.. lagi2 kawan baik:)

naz ilyn said...

Salam...

terasa ingin ku berbicara
meluah apa yang dirasa
mana teman yang dulu bersama
merungkai yang terbuku dijiwa
bergurau senyum dan tawa
bilakah dapat bersua muka
oh... rindunya rasa
apa khabar agaknya di sana
mengapa sunyi tanpa berita
moga suatu hari nanti kita kan bersua
berbicara tentang masa silam ketika bersama

p/s: teringat sahabat lama... huhuhu.

maza said...

hmm bertuah betul dapat bertemu dgn teman2 lama nie..

hmm.. rasanya maza pun terinspirasi lah pulak nak kembara melawat kengkawan lama nie


http://mazaaida.blog.friendster.com

Tie said...

Salam maal hijrah...moga2 hidup kita terus diberkatiNya..