Tuesday, January 20, 2009

Panjangkanlah Umurnya...

Lebih kurang pukul 6.35 pagi tadi, kami mendapat berita yang mengejutkan. Jiran selang 4 buah rumah kami telah meninggal dunia. Dikhabarkan, Ungku Salleh meninggal dunia di dalam tidur. Isterinya memberitahu, arwah ada mengadu sakit dada sehari dua sebelum kematiannya. Saya belum pernah berbual dengan arwah, sekadar mengangguk dan mengangkat tangan ketika kereta arwah melintasi depan rumah untuk ke tempat kerja manakala saya pula sedang santai2 menyiram pokok bunga. Arwah pergi meninggalkan isteri tersayang dan 8 orang anak.

Sekembali dari melawat jenazah, saya termenung sebentar. Termenung mengenangkan bagaimana nanti isteri arwah Ungku, Kak Nor akan melalui hari2 tanpa suami dan si anak tanpa ayah di sisi. Pasti penuh airmata dan dugaan. Sebetulnya saya cuba meletakkan diri saya ditempat Kak Nor. Cuba merasai sama dugaan dan derita yang akan saya alami jika suami tiada lagi. Bagaimana saya dan anak2 akan menghadapi hari2 mendatang. Tanpa sedar saya menangis kerana teramat pasti yang saya tidak akan terdaya menghadapinya.

Rupa2nya tingkah saya diperhatikan suami. Lantas hubby datang ke arah saya dan berkata, "Come...give me a big hug..". Saya pasti suami boleh mengagak apa yang sedang saya rasa. Untuk seketika, masing2 hanya membisu. Kemudian hubby menyambung.."Jangan risau2 ekh, kalau abang dah tak de nanti, Nor (panggilan suami dirumah) jadi janda kaya..hehe". Papp!!!saya hadiahkan hubby penampar manja2 gitu. Ada ke boleh bergurau macam tu sekali walau pun saya tahu niatnya untuk menceriakan saya.


Saban pagi sambil melihat suami berlalu ke tempat kerja, saya menyelitkan sedikit doa untuk keselamatannya. Mendoakan agar dijauhkan dari kejahatan dan kecelakaan, dipermudahkan segala urusan kerjanya, dipanjangkan/diberkati umur dan dimurahkan/diberkati rezeki. Betapa takutnya saya jika sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Hanya suami tempat saya dan anak2 bergantung kasih dan hidup. Tambah2 lagi hubungan saya dan anak2 memang manja dengan suami. Terlalu manja. Sebab tu, saya selalu ingatkan suami jangan stress2 sangat pasal kerja. Takut kena heart attack.


Saya akur yang maut itu pasti. Dan saya tahu ia akan datang bila2 masa, tidak mengira umur, tidak mengira anak, suami, isteri, datuk atau nenek, juga tidak mengira jika belum puas untuk hidup bersama. Namun saya selalu berdoa semoga Allah memberi kesempatan yang lebih kepada kami suami isteri agar dapat bersama-sama sehingga ke usia senja. Kalau boleh kami nak melihat anak2 berjaya membina kerjaya dan keluarga. Dan yang paling penting memberi kami peluang meningkatkan iman dan amal soleh. Insyallah.


Untuk arwah Ungku, saya mendoakan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan sentiasa dicucuri rahmatNYA. Kenduri tahlil malam nanti, kami jiran2 telah sepakat untuk menyediakan juadah ringkas untuk para tamu. Saya ditugaskan untuk menyediakan sedikit roti jala bersama kari ayam. So...sat lagi nak pergi menjala la ni.

17 comments:

naz ilyn said...

salam...

betul tu kak ain... kita suri rumah ni memang bergantung sepenuhnya pada suami kalau apa-apa berlaku seolah-olah patah dahan untuk bergantung... rasanya amat berat untuk ditanggung.

p/s: selalu iringi pemergian suami ke tempat kerja dengan doa agar dipelihara segala-galanya

laily said...

Insyaallah Ain semoga allah panjangkan usia suami ko, Tapi siapalah kita untuk menghalang kalau maut sudah menjelang, sebelum suami aku meninggal aku tak pernah terfikir aku akan dapat survive tapi alhamdullilah dengan izin dan kekuatan yang diberi oleh Nya aku berjaya juga mengharungi hari-hari yang mendatang.

Suzi said...

saya sama mcm akak..rasanya mcm terdaya hadapi keadaan semcm itu...tapi semuanya ketentuan Allah SWT...kita hanya mampu beoa agar kita tabah hadapi dugaan sebegitu....

Tie said...

Ain ni betul2 fikir macam Tie laa..

Memang Tie selalu berdoa untuk keselamatannya. Biarlah Tie sorang yang sakit atau susah....kerana hanya hubby la satu2nya insan tempat Tie bergantung di dunia ni...

Anonymous said...

begitulah juga dgn saya ...setiap kali ada kematian ,saya akan merasakan kesedihannya...dan merasa begitu bersyukur dgn apa yg kita ada...begitu jugalah yg akan berlaku pada saya andai suami ku pergi dulu...tapi semuanya ketentuan dari yg maha esa.

zue said...

salam ain,
ajal maut itu semua ditentukan oleh tuhan. Kita yang hidup ni..berusahalah dan mengabdikan diri kita ni kepadaNYA.

Uncle Lee said...

Hi Ain, regret to read the sad news.
It is always sad to lose loved ones...

You keep well Ain...best regards, Lee.

ummi afifah said...

sy pun blm siap sedia menghadapi situasi mcm tu... ujian dr Allah yg Maha Hebat..

Mama Mya said...

sedih saya baca n3 nie.. Al-Fatihah untuk arwah Ungku

mama mya
http://www.quefamili.com

Anonymous said...

Sekadar ingat-mengingati.

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah Al-Baqarah, ayat 201)
View Profile: Rantong

Shais said...

salam kak ain,

bila baca cerita nie, teringat kisah arwah kakak ipar...cukup sukar utk saya melupakan, tapi semua tu sudah ditentukan

Intan Rosnitta said...

Kak Ain,

Terasa sebak baca entry ni. Mmg mati itu pasti tapi sejauh manakah kita bersedia esp bila kehilangan yg tersayang. Bukan saja setakat takut nak menghadapi situasi tu tapi nak fikir pun x berani.

Sama2lah kita berdoa utk kebaikan & kesejahteraan kita bersama...

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

Al-Fatihah untuk arwah Ungku

QiStinA's said...

salam ain... mmg kan... tak dapat digambarkan kalau tiba2 cam tu... hilang gitu... saya pun mcm ain... rase cam tak kuat nak hadapi...

fazemy said...

Haah..slalu tersentuh klw baca brita suami mati accident ke..lemas..sedih. tak dpt bygkan klw kita berada di tepat mereka. tak sanggup.

Al-fatihah unt arwah pak Ungku.

Salam kenal.

Tie said...

Salam....lama tak update..

Nanti datang ke blog Tie ambik award, ye...

maza said...

Sebagai suami juga rasanya tidak sanggup bersendirian tanpa isteri...

maza selalu menadah tangan lalu memohon dalam sendan
"Ya Allah, kau matikanlah daku sebelum sempat aku menderhaka kepada kedua ibu bapaku, dan jika kau anugerahiku isteri dan zuriat, kau matikanlah daku sebelum sempat mereka derhaka kepadaku.”

Begitu juga maza turut menukilkan kerisauan ini di dlm

http://mazaaida.blog.friendster.com/2008/07/aku-pohon/