Thursday, May 28, 2009

SCHOOL HOLIDAY




BeTTeR HoMes AnD GaRdEn
is away for a few days!
will be back on TuEsDaY
see you then and HaPPy ScHooL hOliDaY guys!!!!

Monday, May 18, 2009

RISAU TIDAK BERTEMPATKAH SAYA!!

Bermula hari ini hinggalah jumaat ni, dua org anak saya sudah pun memulakan peperiksaan setengah tahun mereka. Dan sejak 2 minggu yg lepas, saya jadi risau, gelabah dan 1001 rasa mengingatkan anak2 nak periksa. Ada satu malam tu saya sampai tak boleh tido sebab risaukan persediaan anak2 bagi menghadapi exam. Yang bestnya, tuan badan yang nak pereksa relax aje, tak amik serius pun psl exam yg dah dekat sangat. Sebab ini juga saya tak dapat nak update blog.

Pagi tadi kertas BM 1 dan BM 2. Satu2nya kertas yang anak2 saya paling lemah, subjek paling sukar untuk diajar dan subjek paling mencabar kesabaran saya setiap kali melihat prestasi mereka yg agak mengecewakan terutama Ikram. Kalau Wani tu, saya tak la risau sangat sebab baru darjah 2. Dan bila dilihat pada kesalahan yang dibuat, semuanya kesalahan yg boleh dimaafkan. Yang betul2 buat saya selalu almost kena 'heart attack' si Ikram lah. Susah sangat nak cemerlang BM1 apatah lagi BM2. Betul2 buat saya tension.

Saya pun tak tahu la kenapa susah sangat mamat ni nak faham subjek BM. Kami hantar dia tution BM dah nak masuk 2 tahun dah, tapi masih suam2 kuku aje prestasinya. Setiap kali dapat kertas BM1, hati saya bagai dikoyak rabak melihat keputusannya. Tu belum lagi BM2. Ada satu tahap tu, saya cakap ngan Ikram penulisan dia tak ubah macam pendatang haram bangla yang baru sampai malaysia bercakap bahasa melayu. No point he did so good in his math, sci n eng when his BM was really dispointed us.

May be kelemahan Ikram yg 'membantu' kepada teruknya BM dia adalah kerana dia tdk suka membaca. Ikram memang tidak suka membaca. Penatlah saya suruh dia membaca, malah saya pernah memperuntukkan sessi 30 minit dalam jadual belajar harian just untuk pembacaan, but it still wont work. Mamat ni pun paling tak suka bila tiba latihan BM. Selalu aje berdalih untuk membuat subject lain. Kalau suruh buat BM, makan berjam nak siap, kalau maths tu tak sampai 30 mins dah habis 40 questions n to my surprise, every question is correct. Cuba BM, out of 20 questions, I can gtee you, 6 mesti salah. adoiiiii!!!!!

Saya dah berbincang juga dgn guru kelas dan guru tution tentang masalah Ikram ni. What did they say, they guarantee me Ikram will get A for BM in his UPSR. Sebab now ni markah yg dia dapat ada lah markah dari penandaan yang strict. Mereka kata, ada a group of students yang cara permarkahan adalah berbeza dari students yg lain. A bit strict and a bit lokek. Menci saya!!!

Tengahari tadi balik dari sekolah, saya tanya Ikram pasal BM dia, boleh buat ke tak. Dia kata BOLEH! dan untuk pertama kalinya dalam sejarah saya tidak melihat kertas soalan BM tersebut. Lebih baik saya tidak melihat jika ianya boleh buat saya tensen lalu menangis. Mr Fix-a-lot pun awal2 dah pujuk saya supaya jgn terlalu stress dengan BM Ikram. Insyaallah, dia pasti boleh. Dan saya sangat2 mengharap dan berdoa semoga dia boleh mengatasi lg satu kekurangannya iaitu takut setiap kali membuat kertas BM kerana dia tahu itu lah subjek yang paling dia lemah.

UPSR is coming very sooner. Sept 7th, 8th n 9th 2009. Semoga dalam waktu yang hanya tinggal sekangkang kera ni, saya dapat membantu Ikram memperbaiki subjek BM dengan lebih baik lagi. Saya yakin dia boleh masa UPSR nanti tapi tidak kah ianya lebih manis bagi seorang ibu melihat prestasi cemerlang anaknya sepanjang tahun. Mungkin ada yg akan berfikir saya terlalu keras, risau tdk bertempat psl peljaran anak2 saya sedangkan ianya hanya UPSR, masih jauh perjalanan. Tapi inilah saya. I always want the very best for my kids.

Saturday, May 9, 2009

HAPPY MOTHERS DAY

SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU HARI INI

SAYA INGIN MENGUCAPKAN

' HAPPY MOTHERS DAY '

untuk semua ibu-ibu dan bakal ibu yang sudi mengunjungi blog saya ini

semoga ALLAH akan sentiasa m
emberkati perjalan hidup semua IBU

terima kasih juga diucapkan kepada mereka2 yg sudi menghulurkan kad dan awards kpd saya sempena HARI IBU!!!

buah tangan ini diberi oleh Nazilyn
seorang ibu yang rasa2nya hampir serupa cara didikannya seperti saya
untuk naz...terima kasih akak ucapkan
muahhhhhh!!!!!




dua awards ni saya terima dari KAK ZAI
untuk kak zai terima kasih banyak banyakkkkk!!!!
sayanggg akakk!!!!












kad dan awards yang berderet2 ni KAK INA yg beri
banyak sungguh...saya main kaut je semua
untuk kak Ina cayanggg....thankk youuuuuuuuu!!!!!..muahhhh!!!!



yang ni pulak saya terima dari KAK INA LD
baru je berkenalan ngan KAK INA LD ni
dah dapat award
tq so muccchhhhh kak Ina



teaset ni pulak saya terima dpd kwn istimewa saya Nekpp
saya menganggap ada maksud disebalik pemberian ni
our 1st morning coffee is coming very soon!!!!
beb....mucho gracias....luv ya..muahhhhhhhh!!!!!

Monday, May 4, 2009

ADA LAGI 2 TAHUN SETENGAH TUU!!!

Ahad semlm hantar zati balik N9. Bertolak dari rumah pukul 10 pagi. Singgah sekejap dulu di Bangi, gi umah adik ipo n kakak ipo. Ada discussion sikit pasal majlis perkahwinan nephew Mr Fix-a-lot hujung Mei ni. Pas solat zuhur baru hantar minah sorang tu balik TKC. Sampai Seremban dah pukul 5.15 ptg. Gebebak gebeduk, peluk cium, pesan itu ini ngan minah tu, dah nak kol 6 ptg. Keluar je tol seremban...traffic slow but moving. Pas tu dekat area senawang..jem giler. Merangkak macam tortoise tua. Uper2nya ada accident..4 buah kereta main cium2 bontot. Aduhai...kesian gak tengok.

Sampai umah dah kol 9. Masa ni lah baru terasa penatnya badan. Macam nak tanggal segala skru2. Memang lepak giler. Tengok muka Mr Fix-a-lot lagi lah kesian. Dah le he drove all the way to n fro, pas tu client memanjang call aje dr pg sampai petang. Heii!!mat2 salleh ni tak tau ke WEEKEND!!! Awal2 saya dah cakap ngan Mr Fix-a-lot, saya tak leh nak urutkan badan dia yg kepenatan tu sebab saya pun dah macam nak tumbang kepenatan sama. Wlu pun kami ada Mr Ogawa the smart chair, Mr Fix-a-lot lebih suka saya yg megurutnya. Ngelat kan!

Bila dah macam ni, baru le terfikir balik kenapa tak usaha pindahkan zati ke Sekolah Tun Fatimah saja. Lebih dekat jadi tak le penat travell bila jenguk dia. Dulu masa mula2 tau dia dapat Kolej Tunku Kursiah, kami ada juga minta supaya ditukarkan ke STF tetapi bo layaannn!!!! Pas tu lepas setahun, cuba try minta sekali lagi, pun tak boleh, lagi2 le bila melihat prestasi pelajaran minah ni dan keaktifannya dgn aktiviti2 luar kelas seperti hoki, cheerleading dan science robotic, lagi le sekolah tak akan lepaskan. Segalanya seperti sudah terlambat.

Tapi bila fikir balik semula, bagus gak tak dok dekat2. Kalau tak mau setiap minggu saya kena datang pungut laundry dia, bawakan ration dia, melayan kerenah dia dan mungkin perbelanjaan bulanan untuk dia meningkat 2 kali ganda daripada sekarang ni. Yang sekarang ni pun bapak dia dah pening kepala, boros!!!

Lagi satu, dulu2 ada terfikir gak, kalau dapat Sekolah Sri Putri kat Putrajaya tu kan bagus. Gleme sikit lokasinya, sekolah pun cantik giler. Ada Alamanda shopping centre lagi. Lagi le syok. Pas tu dekat sikit ngan KL. Lagi le best untuk mak dia. hihihi. Kat Seremban, balik2 Jusco 2 tu je le. Sekali pergi, asyik2 muka bdk2 TKC je. Depa sesama sendiri pun naik muak tengok muka yang sama je. Tapi bila ingat she goes to the best school (sori le ye..terperasan pulak saya ni..hihi), tak jadi le berangan benda2 yg kat atas tu.

Ada dua tahun setengah lagi sehingga dia habis SPM. Selama itulah kami harus berulang alik setiap bulan demi dia. Nak lepaskan dia naik bas pulang sendirian ke N9, it is a big no no pulak. Kalau balik dari TKC, ok lah gak sebab sek menyediakan bas untuk ke stesen keretapi atau bas. Dan selalunya ada group. Lagipun dgn segala jenis brg yg nak di bawa balik semula ke sekolah selps tu, mcm tak patut pulak nak biarkan dia naik bas. Anak..anakkkk!!!

Terfikir balik pulak, saya yang ada anak kat N9 yang tak le terlalu jauh pun dah merungut2 kepenatan, apatah lagi mereka2 yg ada anak bersekolah nun jauh di Utara, mesti lagi kesian. Gtee tak berdaya untuk berulang alik setiap bulan seperti kami. Ini lah dia pengorbanan ibu bapa. Saya habaq kat Zati kalau tak dapat 8A1 with flying colors, siapppp!!!!hehe