Tuesday, September 23, 2008

Syawal....








Actually dah lama dpt tag ni dari suzi, tp sampai la ni le baru nak post kat blog. Kad raya tu pun dari suzi. Sori ye suzi, akak macam sibuk memanjang. Malas pun ye gak..hihi.

Insyaallah lagi seminggu, kita semua akan menyambut kedatangan syawal setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan yang sarat dan padat dengan keberkatan, nikmat serta pahala yang berlipat kali ganda. Semoga Allah menerima ibadah puasa kita semua.

Tentunya rata2 sekarang ini, semua orang sedang sibuk membuat persiapan menyambut syawal yang akan tiba minggu hadapan. Saya..???Hmmmm....bagi saya dan hubby biasa2 saja. Dari dulu hingga sekarang persiapan menyambut syawal sentiasa sederhana saja. Kalau 6 tahun yang lepas ketika kami berpindah ke rumah yang kami duduki sekarang, langsir pelmet warna kuning lembut corak bunga2 rose besar menghiasi tingkap rumah, sekarang ni pun masih langsir yang sama. Polisi suami, hayat langsir ke, sarung sofa ke paling kurang 5 tahun dan maksimum 10 years. Nasib baik le masa mula2 tempah langsir tu dulu guna material yang baik, kalau tak....mau reput langsir tu kat tingkap...hihi...Tu belum lagi polisi tentang perabut2 dalam rumah, lifetime.....huwaaaaaaaa...!!!!

Bab kuih muih pun tiada apa2 persediaan. Beli pun tidak apatah lagi membuatnya. Saya ni pun bukan lah terer atau rajin bab2 masak ni lagi2 la bab biskut2 ni. Paling2 pun saya pernah buat honey cornflakes dengan choc chips, tu pun dah penat semacam. Alhamdulillah, setiap tahun hubby dapat hamper yang salah satunya penuh dengan kuih raya yang bermutu baik. Hubby kata rezeki saya dan anak2 walaupun dia tidak berapa suka budaya subcontractor memberi hamper2 ni, conflict of interest katanye...hehehe...nasib lah yang ooiii.

Menyediakan baju raya untuk anak2 pun sederhana sahaja. Kami juga bukan lah jenis suka mencari dan membeli pakaian anak2 di saat2 akhir. Takut tak de masa dan malasnyeeeee nak bersesak2 ngan orang2 lain. Al maklum le, time ni la semua shopping complex penuh dengan manusia. Semuanya sudah diuruskan sebelum ramadhan lagi. Best part is, this year, saya dan hubby lansung tidak membeli baju baru sebab baju2 tahun2 yang sudah masih elok dan masih lagi baru. Wahhh....dah banyak berjimat ni..!!!Banyak le dapat duit raya nanti..hahaha.

Paling2 pun raya kali ini, saya minta hubby tolong repair fish pond yang tak pernah ada air dan ikannya kat laman rumah tu. Sejak pindah hingga sekarang, kolam tu memang x ada isi. Saya bimbang sebenarnya, takut kalau2 saya terleka dan anak yang masih kecil bermain lalu termasuk ke dalam kolam yang ada air dan tidak disedari, pasti something yang akan membuat saya menyesal seumur hidup akan berlaku. Walaupun sekarang ni pun saya masih ada seorang lagi anak yang masih kecil, saya akan minta hubby isi air cuma 6 inci dalamnya ngam2 untuk ikan bebas berenang. Tapi....cantik ke ekh kolam beso tapi air sikit...???

Bab2 mengemas, mengemop, mengelap semua tu dah jadi daily routine, so rasanya x de masalah. Bab garden pulak, memang setiap bulan saya akan panggil gardener to do the garden. Nak buat sendiri....maaf lah....tak terbuat dan tak larat.


Yang pasti, segalanya serba sederhana. Dan yang pasti lagi, pada hari raya ke 2, rumah saya selalunye menjadi spot untuk makan tengahari semua keluarga belah suami. Bayangkan lah saya kena menyediakan juadah tengahari untuk 7 psg suami isteri dan 27 orang anak2 sedara. Dan yang paling dasat....they all semua tak nak makan juadah2 hari raya. Adussss....kenalah saya memasak menu yang lain dari menu hari raya. This year tak tau nak masak apa pulak. Last year saya buat nasi lemak berlauk, jemput2 udang, jemput2 pisang dan minta hubby order pizza untuk budak2. Tahun ni apa pulak ye...????

Untuk teman yang membaca blog saya ni, saya nak ucapkan selamat menyambut aidilfitri, maaf zahir batin.






6 comments:

Suzi said...

salam kak ain...
saya pun sama sederhana aje baik kat tanahair dan lagilah kat perantau ni.
my hubby ni kedekut sikit nak keluar belanja utk benda2 nak hias menghias ni...guna selagi blh guna....tapi bab makan dia tak kisah...
lg pun raya meriahnya kat kg..kan? so rumah sendiri takdelah nak hias beria...
selamat hari raya, maaf zahir batin utk akak sekeluarga...

ain said...

salam suzi...

akak harap suzi dan fmly gembira menyambut raya walau pun di perantauan. Selamat hari raya maaf zahir batin utk suzi sekeluarga juga....

UmmuSarah said...

Ain,

Kita pun nak ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf zahir batin. Aku tak balik JB raya. Maybe minggu raya yg ke-2 baru balik. Itupun belumti. Tak dapatlah kita berjumpa lagi ...uwahh

ain said...

salam huda,

Nak sangat jumpa nko, lama tak jumpa kan, Insyaallah nanti ada rezeki kita jumpa n sembang2. Klu balik jb kim salam ngan mak kau ekh.

Selamat hari rayaaaaaaaaaaa....!!!!

cheryna zamrinor said...

selamat hari raya, maaf zahir batin.menanti gambo fish pond tuh:D

* tumpang lompat dlm blog nieh ek...harap tak kisah:D

ain said...

salam perkenalan cheryna pires...

Well....fish pond masih kosong mcm tahun yg sudah2..hihi..Hubby akak busy sgt2 to call somebody to install the pump. Raya tahun dpn le nmpaknye..

Anyway...what a nice name.