Tuesday, October 28, 2008

Ikram...Ikram!!

Frust betul saya bila anak lelaki saya bawa balik kertas Bhs Msia peperiksaan akhir tahun minggu lepas. Berderet-deret salah, geramnya saya...aarrghhhhh!!!!!!Susah sangat ke subject Bhs Msia sampai simple2 question pun tak boleh nak jawab. Maka seperti yang telah dipersetujui bersama antara saya dan anak lelaki saya, dia kena satu das rotan untuk setiap satu stupid mistake. There were 6 stupid mistakes, so he got 6 rotan on his palm.

Kejam ke saya..???Entah le yek...jujurnya suami tak berapa setuju cara saya mengajar anak2. Dia kata terlampau keras. Ye ke..???Kdg2 marah gak bila hubby complaint the way I am teaching my children. So saya suruh dia take over tanggungjawab yang satu ni. Tak nak pulak. Alasannya....dia tak boleh sekomited saya . Tau pulak.

Saya ni agak popular di kalangan guru2 di sekolah bila masuk bab jumpa2 cikgu pasal kertas2 peperiksaan. Ops...bukannya saya gi dok serang2 cikgu cikgi. Takkkk....tak profesional langsung. Selalunya saya pergi untuk berbincang tentang kertas2 ujian atau peperiksaan. Tapi sebelum pergi tu, saya dah buat preparation la. Kena study betul2 perkara2 yang nak saya hujahkan dengan cikgu cikgi ni. Tak boleh main larung je. Hmm...siap bawa bahan rujukan atau print outs lagi. Saya kena jaga kredibiliti saya sebagai seorang ibu yang berilmu.Hahahaha...!!!

Dari mula sekolah anak saya dibuka sehingga ke hari ini, masalah utama selalu berkaitan dengan kesungguhan cikgu cikgi mendidik anak2 murid. Kebanyakan cikgu cikgi mengajar hanya untuk mendapat gaji sahaja. Ops....kebanyakkannya ye...bukan semua. Jarang saya jumpa cikgu yang betul betul komited dan ikhlas mendidik anak murid sehingga betul2 berjaya. Dan saya terpaksa akui kejayaan anak pertama saya dalam UPSR sehingga tersenarai antara pelajar terbaik peringkat kebangsaan adalah atas usaha gigih anak saya sendiri. Dan tentunya lah saya pun terbabit. Hihi

Tahun depan anak lelaki saya akan mengambil Upsr. Dan kertas bahasa malaysia anak saya sangat2 lah menyedihkan hati saya seorang ibu. Lebih membuat saya kecewa, guru untuk subjek bhs msia selalu tiada. pergi kursus lah...sambung belajar lah and bla..bla..bla. Guru gantian pun kadang2 malas nak mengajar. Bawa budak2 pergi perpustakaan and "murid2... buat kerja sendiri ye.."Alahaii....

Yang sangat saya peningkan bila bab bahasa msia ni ye tang hukum tatabahasanye tu. Ya Allah...payahnyeeee!!!totally out from our daily bahasa. Penggunaan setiap patah perkataan lari sungguh dari yang dituturkan dirumah. Setiap kali nak mengajar anak2, saya kena buat rujukan dulu, sediakan penerangan untuk setiap jawapan2. Kamus je ada sampai dua tiga. Tu pun kadang2 bengang gak.

Satu masalah lagi, anak lelaki saya ni lain benar dari yang perempuan. Susah sangat nak disuruh fokus bila bab belajar ni. Dia bukan tak pandai...cuma terrrrrlalu cuai. Cuai yang selalu mengundang kemarahan saya. Umur dah 11 tahun tapi mainnya mengalahkan budak umur 7, 8 tahun. Kalau bab2 naruto ke, Ben 10 ke, Gundam ke, Power Rangers ke, tanya lah apa saja, gerenti dia tahu segala. Siap boleh surf internet kalau nak cari info pasal benda2 ni. Tapi bila bab belajar, semuanya kena sediakan depan mata, nak cari sendiri...bye bye. Gerammmnyeeee!!!!
Nasib baik lah subjek2 lain seperti Maths, Sains dan English tak de masalah.

Nak hantar tution, hubby tak berapa setuju. Pun lagi saya rasa guru terbaik adalah ibu bapa tu sendiri. Lainlah kalau saya boleh dapat one to one tutor which is so hard to get a good one nowadays. Cerewet..???mungkin..almaklum la sekarang ni fee untuk tution je boleh jejak ratus2. So pelaburan tu mesti la berbaloi. Confidence tu belum ada lagi to hand over my son to any tutor.

For now, saya sedang merangka satu pelan yang lebih mesra belajar untuk anak lelaki saya. Apa dia..??Dont know yet. But I have to come out with the solution very soon because time is running out. No more to waste.

Any tips form anyone out there..???

8 comments:

Suzi said...

salam akak...
wah akak ni tegasnya ye...
patut anak akak yg sulung cemerlang...
saya ket sini..entahlah...iman dah year 3 blm ada periksa lagi(mungkin juga sbb dia masih NAP prog utk student dr luar negara)...tak tahu apa sistem kat sini nak nilai perkembangan murid...adalah cikgu panggil jumpa n cakap perkembang...tu je..
nak share dgn akak pun saya takde pengalamn...my hubby pun sama dgn hubby akak...tak berkeras sgt dlm hal ni...dia ckp tak kisahlah tak cemerlang pun asal jadi anak taat...hihihi...
moga akak jumpa plan utk anak akak...nanti blh share...

Shada said...

best la akak nie tegas bersebab demi kecemerlangan anak-anak.

beza sungguh antara pelajaran anak perempuan dengan anak lelaki, saya pun mengalami perkara yg sama. sakit rasa tekak nie kalau suruh bab belajar, kepalanya mengangguk tapi belum tentu dia buat.

pengalaman masih cetek lagi, bg saya dalam bab mengajar anak perempuan nie masih boleh berkeras tapi dgn anak lelaki tidak. dia nie tak suka kita serius kena ada gurauan dan dia suka kita mengajar seperti bercerita, kadang-kadang tu saya masukkan sekali karektor kartun yg dia suka. berkesan juga.

seronok dengar anak sulung akak berjaya.

Emi Farez said...

hehehe saya ada 2 orang adik lelaki yang agak malas waktu sekolah dulu. TV, TV itu je keje diorang. Tapi pada satu tahap dia sedar sendiri dan alhamdulillah!..

Emi Farez said...
This comment has been removed by the author.
ain said...

salam suzi...
memang betul apa yg hubby suzi ckp, tak xcellent asal blh jd anak soleh/soleha dah cukup baik.hubby akak pun fikir cam tu gak. Insyaallah selamat dunia akhirat.

salam shais..
akak suka cara awk ajar anak2,ada selitkan cerita/kartun.method yg baik sebenarnya.mesti penyabar orgnya ni.

ain said...

salam ibu kumbang..

hubby akak pun ckp boys masa2 umur 11thn ke 12 thn ke masih lg main2. nanti bila dah menengah 3 baru le they all seriuos bab belajar.malah hubby siap bet lg yg ikram akan lbh baik dr kakak dia nanti.yo lah tu...

Lee said...

Hello Ain, wa...chepat minum ayer sejuk, ha ha. Can see blood pressure ada naik tu, ha ha.
Maybe you stop their TV watching or computer games unless all homework done?

Maybe you can call a meeting with your kids...sit at the makan table and turn by turn tanya dia what they want to be when they grow up?
Try motivate them....encourage, explain why they need to study, do homework. Stay cool.

I'm sure there are young University guys willing to give tuition to your kids...ask around, or put an advert in the papers?
Anyway Ain, you not the only one this problems, most parents have it too...

You stay easy and keep well, best regards, Lee.

ain said...

hello Lee...
thanx for the advices.Really appreciated it.Yes, I have stopped his tv,playstation n internet until sometimes.Infact we had our post mortem on his papers and detected his weaknesses.

U wanna know what they want to be in future???My 1st doter wants to pursue study at Cambridge Uni to become a mathematician.My son pulak berangan nak jadi inventor. hehe..So I tell them in order to achive all these dreams, they have to start study smart from now on.No main main.

We met his teachers yest n discuss about this young boy. Since the school have so many academic programmes for nxt year, we decided to hold any tution plan for him. Got to see his 1st test result, then baru shift to ealier plan, one to one tutor.

Thanx again and have a great weeknd