Monday, May 18, 2009

RISAU TIDAK BERTEMPATKAH SAYA!!

Bermula hari ini hinggalah jumaat ni, dua org anak saya sudah pun memulakan peperiksaan setengah tahun mereka. Dan sejak 2 minggu yg lepas, saya jadi risau, gelabah dan 1001 rasa mengingatkan anak2 nak periksa. Ada satu malam tu saya sampai tak boleh tido sebab risaukan persediaan anak2 bagi menghadapi exam. Yang bestnya, tuan badan yang nak pereksa relax aje, tak amik serius pun psl exam yg dah dekat sangat. Sebab ini juga saya tak dapat nak update blog.

Pagi tadi kertas BM 1 dan BM 2. Satu2nya kertas yang anak2 saya paling lemah, subjek paling sukar untuk diajar dan subjek paling mencabar kesabaran saya setiap kali melihat prestasi mereka yg agak mengecewakan terutama Ikram. Kalau Wani tu, saya tak la risau sangat sebab baru darjah 2. Dan bila dilihat pada kesalahan yang dibuat, semuanya kesalahan yg boleh dimaafkan. Yang betul2 buat saya selalu almost kena 'heart attack' si Ikram lah. Susah sangat nak cemerlang BM1 apatah lagi BM2. Betul2 buat saya tension.

Saya pun tak tahu la kenapa susah sangat mamat ni nak faham subjek BM. Kami hantar dia tution BM dah nak masuk 2 tahun dah, tapi masih suam2 kuku aje prestasinya. Setiap kali dapat kertas BM1, hati saya bagai dikoyak rabak melihat keputusannya. Tu belum lagi BM2. Ada satu tahap tu, saya cakap ngan Ikram penulisan dia tak ubah macam pendatang haram bangla yang baru sampai malaysia bercakap bahasa melayu. No point he did so good in his math, sci n eng when his BM was really dispointed us.

May be kelemahan Ikram yg 'membantu' kepada teruknya BM dia adalah kerana dia tdk suka membaca. Ikram memang tidak suka membaca. Penatlah saya suruh dia membaca, malah saya pernah memperuntukkan sessi 30 minit dalam jadual belajar harian just untuk pembacaan, but it still wont work. Mamat ni pun paling tak suka bila tiba latihan BM. Selalu aje berdalih untuk membuat subject lain. Kalau suruh buat BM, makan berjam nak siap, kalau maths tu tak sampai 30 mins dah habis 40 questions n to my surprise, every question is correct. Cuba BM, out of 20 questions, I can gtee you, 6 mesti salah. adoiiiii!!!!!

Saya dah berbincang juga dgn guru kelas dan guru tution tentang masalah Ikram ni. What did they say, they guarantee me Ikram will get A for BM in his UPSR. Sebab now ni markah yg dia dapat ada lah markah dari penandaan yang strict. Mereka kata, ada a group of students yang cara permarkahan adalah berbeza dari students yg lain. A bit strict and a bit lokek. Menci saya!!!

Tengahari tadi balik dari sekolah, saya tanya Ikram pasal BM dia, boleh buat ke tak. Dia kata BOLEH! dan untuk pertama kalinya dalam sejarah saya tidak melihat kertas soalan BM tersebut. Lebih baik saya tidak melihat jika ianya boleh buat saya tensen lalu menangis. Mr Fix-a-lot pun awal2 dah pujuk saya supaya jgn terlalu stress dengan BM Ikram. Insyaallah, dia pasti boleh. Dan saya sangat2 mengharap dan berdoa semoga dia boleh mengatasi lg satu kekurangannya iaitu takut setiap kali membuat kertas BM kerana dia tahu itu lah subjek yang paling dia lemah.

UPSR is coming very sooner. Sept 7th, 8th n 9th 2009. Semoga dalam waktu yang hanya tinggal sekangkang kera ni, saya dapat membantu Ikram memperbaiki subjek BM dengan lebih baik lagi. Saya yakin dia boleh masa UPSR nanti tapi tidak kah ianya lebih manis bagi seorang ibu melihat prestasi cemerlang anaknya sepanjang tahun. Mungkin ada yg akan berfikir saya terlalu keras, risau tdk bertempat psl peljaran anak2 saya sedangkan ianya hanya UPSR, masih jauh perjalanan. Tapi inilah saya. I always want the very best for my kids.

58 comments:

maza said...

awas jangan terlalu menekan sangat!

Dalam hal ini perlu berhemah banyak.. beristighfar.. jangan sampai sudu lebih dari kuah!

jangan sampai terlalu mengharap, tapi akhirnya punah!..

act just accordingly...

setiap anak2 ada keistimewaanya.. dan setiap insan ada rezeki dan bijaknya...

Ingat, program yg kita inginkan sesangat, tangih badly- bisa' (mampu) membunuh'anak itu sendiri..

tak salah mengharapkan yang terbaik dari anak2... tak salah memberi sedikit tekanan kepada mereka.. tetapi biarlah berhekmah! biarlah berpada-pada!

jangan sampai keinginan kita utk melihat subject (anak) kita itu hebat, cemerlang.. kita runtuhkan masa depan mereka dlm keadaan tidak sengaja, kita runtuhkan keremajaan mereka dlm tak sengaja.. bahkan kita membawa penyakit pula kepada anak2 kita dan diri kita sendiri!

Cuma apabila bertindak, biarlah bersederhana....

Kita pun tak suka kena desak sentiasa.. atau dipaksa.. psikologi anak2 pun kena jaga.. jangan sampai demi kepentingan kita, kononnya demi masa depan anak2, kita lupa diri, lupa pada hakikat yg jadi!

Jaga kesihatan diri dan anak2 itu.. ia lebih penting.. kerana ibadah menjadi lebih sempurna dengan kesihatan dan kesejahteraan!

ain sudah pun mencuba sedaya upaya.. dgn tuition, bebelan, bantuan kepada anak pulus itu.. tetapi jgn sampai terlupa satu lagi perkara.. tawakal, dan ikhlas lilahitaala!

setiap perkara yg baik tanpa tawakal dan ikhlas tidak membawa kemana.. keberkataan tidak ada!

Lulus BM dgn cemerlang tetap akhlak tidak elok tidak guna juga.. Gagal BM sekali pun kalau diberkati insyallah menjadi manusia soleh..

mudah2an ain dan saya dan kita semua terhindar daripada penyakit kekecewaan dan penyakit hati!

(i)psst: maza lebih memilih utk miliki anak yg soleh! tetapi tidak pula menafikan mendambakan zuriat yg genius, cemerlang.. dan sentiasa diberkati oleh Tuhan..(/i)

(i)psst: maza bukanlah terbaik, tetapi memang nak jadi org yg baik lagi soleh! huhuhu (/i)

ain said...

huwaaaaaaaaaa mazaaaaaaaa!!!!mu buat aku lg tensen sehhhh!!!!

maza said...

uiks.. den terspam lah pulak. hehheeh

sorry ler tuan rumah...

maza said...

sabar ain sabar.. hehehhe

cuba bawa bertenang.. gunakan iman, gunakan doa..

doa ibukan paling mujarab...

Jangan putus harap...teruskan berdoa, tenang dan bertawakal..

heheheeh

satu sunah yg patut kita amalkan ialah bacakan ayat Qursi bebanyak kali dan hembuskan diumbun2 anak itu.. niatkan yg baik2 ...

insyallah..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam ain.
at last...ada jugak entry drp ain..
Ain...akak SANGAT bersetuju dgn pandangan maza.

Tak salah kita memberi tumpuan terhadap pelajaran anak kerana kita inginkan mereka berjaya.
But.. biarlah berpada2. Jangan terlampau menekan. Be moderate.. Sederhana dalam erti kata tidak memaksa dan mengambil kira kebolehan anak. Akak yakin Ikrampun kalau boleh nak score untuk subjek tu.

Seperkara lagi yang mungkin boleh membantu ain agar kurang stress ialah... wujudkan satu pertanyaan, adakah ain akan tension atau rasa nak marah kalau anak malas, lewat atau tinggal solat.
Kalau sekadar tak score dlm exam...akan ada lagi exam akan dtg.. after all it's just a begining...tapi kalau dia gagal menjadikan solat rutin hidupnya...?

Akak setuju sangat dengan maza... dan seperti maza akak lebih menghendaki anak yang soleh. Soleh dan pintar. Seperti maza jgk akak sentiasa berharap untuk menjadi muslimah yang baik dan solehah.

Satu lagi petua... setiap pagi sebelum ke sekolah, ain baca surah al-insyirah (alam nasyrah) dan hembus di ubun2 anak..mudah2an dia diterangkan hati dan yang penting dilindungi daripada godaan syaitan.
Allahu a'lam

Shada said...

sabar kak ain,

jangan tesion sangat...insyaallah Ikram boleh score.

Lee said...

Hello Ain, don't risau too much, they will be fine.
I'm sure they will exceed your expectations of them.
You stay easy and keep well, Lee.

Anonymous said...

Adoi......macam mana pulak boleh jauh tercicir ni...hu hu..

Alaaa.....biasalah Ain.. Anak2 Tie semua gitu. Subjek BM tak begitu cemerlang... malah semua subjek pun, hi hi... Dulu Tie risau sangat, macam Ain laa... Tapi bila dah exam, result ok pulak.

Si bujang tu lagi haru, masa trial , result ala kadar je, bila exam yang sebenarnya...huh..katanya kacang je... he he..

Insyaallah.... biasanya budak lelaki ni lembab sikit di awal persekolahan. Tapi bila naik menengah... Mereka lebih berjaya.

Umie said...

sabar kak..doa byk2..doa seorang ibu tu lebih mujarab untuk anak..

Suzi said...

salam kak ain..
byk2 bersabar...bertenang dan berdoa...
saya setuju dgn maza tu...

pasal masalah iman dulu pun, saya tension juga...tapi hubby selalu ckp kita kena terima iman seadanya...hakikat yg saya kena terima iman memang ada masalah pemelajaran dan saya kena sabar bila ajar dia...biarlah dia tak cemerlang dlm akademik tapi dia anak yg taat dan moga ia jadi anak soleh.

insyaAllah ikram akan cemerlang...terus berdoa kak ain...

ain said...

maza, kak Nik...terima kasih byk2 atas pandangan dan nasihat. mungkin saya terlalu memperbesarkan masalah yg bukan masalah sebenarnya. Mungkin xpectation sy terlalu berlebihan kpd upsr ikram hingga membuatkan saya lupa hal2 lain. dan mungkin juga sebab sy membandingkan dia dan kakak nya dlm diam hingga saya gelabah tahap gaban. Dan yg pasti BM dia tdk lah seteruk seperti yg saya gambarkan hingga saya meluahkan berlebihan.

Cuma saya merasa sgt sedih dan kecewa bila he could not answer such very2 simple questions. soalan2 yg tak sepatutnya salah, soalan yg adik dia yg darjah 2 pun boleh jawab. penjodoh bilangan utk pisang pun dia tak tau, sapa yg tak hot atau mungkin sy saja yg lebih2 melenting bila dia buat stupid mistakes. mistakes he should not do!! May be dia tdk fokus semasa menjwb soalan. satu lg dia ada rasa takut setiap kali buat kertas BM. kertas2 lain tdk pulak. Subjek lain dia score termasuklah agama. Sekarang ini saya dan hubby byk tumpukan pada masalah BM fobianya itu. Tdkkah kasihan bila subjek2 lain dia xcellent, sdgkan BM dia mengecewakan. Dia kata dia nak masuk asrama mcm kakak dia. Dia tak nak masuk asrama lps pmr, dia sendiri kata it is too late. Dan saya kena pastikan BM dia tdk menghampakan impian dia. He is bright actually.

Kalau dia sendiri bergenang air mata lihat paper BM dia yg teruk, apatah lg hati saya seorang ibu yg selalu mendoakan semoga Allah lapangkan hatinya semasa pereksa. Malahan sewaktu anak2 sdg exam, saya menbacakan al-fatiha sepanjang masa supaya dipermudahkan Allah utk mereka menjawab pereksa. Jujur saya kata, saya hanya risaukan Ikram, tdk anak2 yg lain. Pdhal zati nak amik PMR juga tahun ni. By fact, I should worry her more than Ikram.

Alhamdulillah mmg sejak dulu saya amalkan surah Insyirah ketika memasak dan pd air minumam mereka. Infact selps solat saya dpt membaca certain2 ayat dn saya hembuskan pd air minuman mereka. May be saya bukanlah ibu yg cukup solehah hingga usaha saya lambat berkesan pd Ikram. sob..sob..sob

Bab hembus ubun2 tu kerja hubby saya sbb dia yg paling lambat tido. saya selalunya dh pengsan dulu sebelum anak2.hehe. buat x buat, tak tau lah saya, lupa pulak nak tanya.

So betullah n3 saya kali ni kan. Risau tdk bertempat!!

sekali lg maza n kak Nik.tq so much. terima ksih daun keladi. luv you two!!muaaahhhh!!!!

ain said...

shais...ye lah, may be akak tak perlu tensen sgt2. but I just couldn't dear.

Lee..tq so much for your support. May be I am too exaggerating things!
and may be I am a mother full of worries in her life. stay handsome Lee!!hihi

ain said...

kak Tie...hubby n kwn2 saya pun ckp cam tu gak. Lelaki is a bit slow mula2. Infact hubby saya kata Ikram akan more xcellent dr kakak dia bila time PMR nanti. sebab dia tdk sepemalu zati. Cikgu2 pun kata mcm tu. Cikgu2 semua suka dia sbb he is helpfull n harapan sekolah. Cuma tu lah, bila BM dia teruk, sy jd risau, kesian bila subjek lain ok tiba2 BM dia teruk. itu saja masalah dia.

apa2 pun kak tie, tq so muc. You understand me!!

ain said...

umie...Alhamdulillah, akak tak pernah lupa mendoakan mereka, may be tu lah akak mengharapkn perfection hingga risau tak bertempat. HUbby akak pun kata, I am worry too much setiap kali mereka nak peksa.

ain said...

Su...akak cuma risau bila time nak peksa je dear n akak cuma risaukan ikram hanya sbb BM dia sahaja.

Hubby akak pun ckp, akak kena terima kelemahan ikram dlm BM. hanya BM shj yg buat akak pening kepala ngan mamat ni. May be dia tak suka BM kot sbb dia ada ckp knp mesti ada subjek BM, kalau nak gi UK, US kena pandai BI, nak gi Saudi kena ada arab, nak masuk U local pun, BI mesti xcellent gak. betul gak. Infact masa UPSR zati hanya managed dpt 90 untuk BM1 dia, tu kakak dia yg rajin membaca tu.

Ntah la su...may be akak exaggerating masalah BM ikram hingga jd too kronic this n3.

ain said...
This comment has been removed by the author.
Mak Su said...

jgn risau banget, adakalanya anak2 lelaki lambat sikit menonjol karisma mereka. bagi mereka masa untuk belajar ttg kehidupan yg mereka kena lalui. :)

ain said...

mak su...tu juga yg hubby btau saya. tp mungkin saya yg berlebihan. risau sgt2. tp saya akan terus berusaha membantu dia mengatasi kelemahan BM dia.

ain said...

mungkin silap saya dan suami juga bila anak2 lemah dalam BM. Anak2 tak pernah dengar radio melayu, ayah depa tak baca paper melayu, saya pulak lebih byk baca eng magazines, dan kami menapis cerita2 melayu yg anak2 nak tonton. Kalau cakap melayu kat umah pun, melayu pasar. cincai bocai punya bahasa. manalah anak2 nak tahu hukum tatabahasa yg betul dan menguasai ayat2 melayu yg bombastik! adoiii!!!!

maza said...

uiks.. ekau ado anak lelaki sorg jo lah yo.. huhuhu..

tak pe, macam den gak.. kat sekolah tadika hingga sekolah rendah, tak cemerlang langsung.. hehehhe

tapi kat sekolah mula meningkat dgn mendadak....hehheheeh

dan lebih mendadak lagi di U dgn extra curriculum..erk! ilmu gatal nak menikah! wakakakakka


elok lah tu berikan perhatian mendalam terhadap anak lelaki ini... tapi jgn terlebih dalam sangat.. karang semua kena high blood pressure.. hehehhe...

satu lagi, anak perempuan pun sama gak.. kena jengah2... jangan sampai ada yg berbunyi kendian hari.. huhuh

uiks! den dah merapu lak kat sini.. aderkk..

[i]sorry tuan tanah! den cabut nak panjat pokok mangga sat.. hehehehe [/i]

Sasha said...

Salam Kak Ain,

tawakkal lepas usaha yg bersungguh2... Kalau diizinkanNya, miracle can happen... just believe that after all that effort, something can be achieved... Maybe sooner or later...

p/s: Sha anak yg baru tadika pun dah gelabah tak tentu pasal... inikan pulak Kak Ain!! Teruskan momentum mengulangkaji anak2 walaupun selepas exam... takde ler stress sgt masa nak exam akan datang... That is exactly yg sha pun nak buat. I've learnt from my mistake...

ain said...

yo lah maza...tu je le anak satu2nya anak bujang oden maza ooi. dah x de layi dahhhh. kalu nak gak anak lelaki lagi, terpaksalah oden sainn surat permisi.huwaaaaaa!!!!

saya nak share ngan awak satu mimpi kita org laki bini. kita org nak ikram jd ustaz but ustaz yg ada ijazah bukan ustaz cikai2. kat sekolah dia selalu jd leader bc doa makan, doa balik, azan n byk lg. dia aktif cuma playfull. tu yg saya risau.

hubby selalu kata ngan saya, ikram lah nanti akan jd anak kesygan saya sbb dia lah yg selalu buat saya menangis. wlupun dia a bit degil, but it is normal for a boy at his age. cuma saya je yg terlebih2 lebihan.

saya suka bila maza atau kak nik berkongsi pendapat dari skop yg lebih meluas tentang hal ni. kdg2 saya terlps pandang benda2 lain yg lebih utama especially hal2 akhirat. almaklum lah saya ni hanya suam2 kuku bab2 agama ni. bukan ke ingat mengingati itu wajib!!!

ain said...

sha....akak always believe in him, but he tak ada that confident that he can!

yes..anak2 akak semua mmg akak asuh belajar adalah wajib wlupun selps peksa, no honeymoon time. always prepare ahead and in advance. looking at nowadays scenario of belajar, ramai sgt yg dah terlalu pandai, tu yg takut tu!!

zureen @ mama said...

Bagi zureen asalkan mereka dah berusaha dan buat terbaik semampu (mereka)dan tak lupa berdoa kepada Allah..Dahpun memadai..
Anak2 zureen plak lemah English..(zureen yg beri tuisyen pun jadi fening..huhuhu)..

ain said...

zu..akak setuju ngan zu, lps berusaha, berdoa maka tawakkal lah. tp akak selalu ingat belajar ini proses yg tiada henti, kalau hari ini result anak2 akak tak elok, akak akan gandakan usaha, buat post mortem, kat mana yg terlps pandang, have 1 to 1 talk ngan depa, tanya ada ke cara akak salah. keras sgt ke. Alhamdulillah they all lbh suka akak yg ajar wlupun akak grg. Infact ikram x nak gi tution, dia nak akak yg ajar. tp akak ada baby, susah nak tumpukn 100% kat dia.

Unknown said...

salam ain...mcm akak dulu..anak lelaki akak taklah pandai sangat..tak pun dapat 5A...terutama yang sulung.

bila sekolah menengah pun mcm tu ..oleh sebab tak dpt 5A..tak dapatlah masuk asrama..

akak masukkan ke sekolah agama swasta..yg lelaki tu akak masukkan ke sek al ain (skrg sek tu dah tak wujud lagi)..sampai tingkatan satu aje...lepas masukkan pula ke sekolah abim di seremban..alhamdulliah..kat situ memang jaga solat..bila pmr result dia okey ajelah..oleh sebab kat situ tak ada tingkatan 4 akak hantar pulak ke maahad al ummah di chemor perak...bila result spm keluar ..keputusan dia taklah mengecewakan...
oleh sebab dia minat dengan kemahiran akak suruh dia apply msk ikm..mintak ipta tak dapat..
alhamdulliah skrg ni ambil diploma pulak..semuga beliau dpt menghabiskan dip beliau..insyallah..

yang kedua..akak mskkan ke sek abim di bangi..tapi tingkatan 1 aje..sebab tak ada asrama...beliau msk ke maahad jugak..upsr dia dpt 4A 1B. masa pmr result dia bolehlah tahan..lepas spm result dia memuaskan...tapi bila apply kat ipta tak dpt..suruh dia msk ipts..skrg ni nak habis dip dah..

memang anak lelaki dan perempuan ni lain cabaran nak membesarkan mereka...

kuIna said...

jgn risau sngat ain... perkembangan budak2 kekadang x menentu & pasti...

anak dara sy pun x brapa suka membaca sbb tu sy selalu suruh dia menulis. tulis mcm2 kadang2 rencana kat surat khabar suruh dia salin balik...

wlpun jauh teklogi mendekatkan kami.. ada masalh homework colling2...

PenMerah said...

saya pun kekadang risau ngan anak2 tapi tak de lah sampai tension. Anak perempuan biasenye lebih berminat buat excercise. Anak2 lelaki lebih playfull.Ikut kata kaunselor mmg perkembangan bdk lelaki camtu. Bila dah peringkt men. baru mereka menonjol.Anak sulong saye lelaki djh 5,no 2 lelaki darjah 3..tak minat belajar .terpaksa disuruh. Tu mak dia ari2 ngadap buku.Yg pompuan ok,tak perlu disuruh, rajin n result pun ok semua. Ingat saye tahun depan anak yg sulung baru nak antar tusyen.Suami pula lebih tekan kan agar tak tinggal solat...
Janganlah tension sgt ain....

ain said...

kak Ina...saya pun ada plan gak, kalau2 dia tak score upsr, saya akan hantar dia sekolah agama. Kat johor Jaya ada satu, and it is a good school. mmg betullah kak, susah betul nak tackle anak lelaki ni. asyik ikut kepala dia aje. tensen!!

KuIna...pompuan sng sikit kan. they all pun suka nak share everything n anything. yg boy ni ha payah sikit, asyik dia aje yg betul. Saya juga buat mcm KuIna, suruh dia salin balik apa2 petikan. Salin mmg lah dia salin, tp tak masuk otak maaa. adoiiii!!!!

cikgu...ntah la ye..saya ni cpt tensen bila masuk bab2 pelajaran bdk. sbb tu lh seminggu dua nak peksa, saya yg risau. depa relax aje. may be bila anak no 1 pompuan, rajin dan tak perlu disuruh2 bila yg boy ni malas dan liat bila disuruh, tu yg jadi angin je. Ikram pun hanya ada masalah kat BM aje. td saya dpt tahu maths 2 dia 40, maths 1 dia 37. mlm ni dia ada discussion psl paper BM1 dia ngan tutor. so very soon, I will know his result. ayoooo!!!!

maza said...

hmm

kata jiran kat sebelah sini..
untung juga anak lelaki ini lambat sikit.. lambat matang pun yea..

kalau cepat matang, sama naik macam anak perempuan, alamat ramai jugalah anak2 gadis membuncit tak sempat bersuami.. wakakakka

tapikan, sungguh pun anak lelaki ini nampak lambat meningkat, tetapi hasil proses tertentu yg ditentukan oleh Tuhan, akhirnya dia lebih endurance dan mampu memimpin..

kalau tak leh memimpin dan jadi macam ponda tu namanya salah mak bapak dan diri sendirik.. huhuhuhu...

erk! sorry terlari tajuk lak.. hehehhe

kasik suka2 sikit, hilangkan tension.. waakakkaa

ain said...

betul tu maza. kita setuju apa yg awak ckp. Tp kita nk share ngan awak psl bujang kita tu. Dia ni lain dr boys lain. tak lasak, naik basikal pun lum mahir lagi. pas tu dia lebih rapat ngan kwn pompuan dr lelaki dan pompuan pulak lebih suka kat dia. dia ni mcm jiwang sikit la. pas tu suka lagu jiwang2 especially westlife. dia masih guna saya awak bila berckp ngan rakan2 sdgkan rkn2 dia sudah guna aku engkau. pas tu dia btau ngan kwn2 dia..'mak kita marah tau guna aku engkau'.hehehe

ain said...

sonang citer..bujang kita tu anak mak!! masih dok bwh ketiak mak!

QiStinA's said...

sama la kite k.ain... bile anak2 nak exam, kite yg pressure terlebih... rileks..k.ain..insyaAllah ikram boleh buat tu...

Mother of Two said...

sabar kak... sy pun duk risau gak nie. kakak nak exam.. ntahler camner. mommy dia langsung takde masa nak ngajor. 100% kat cikgu kelas dan cikgu tuition..tapi bila ada masa terluang sy ajar dia jugak. tapi.. kalau anak lelaki nie.. mmg lagu tu kot..to IKRAM good luck ok

INTAN RH said...

salam kak Ain, awalnya peksa setengah tahun. Ank2 sy peksa next week, sebelum cuti..kena buka kelas tuisyen kat umah.. :)

fazemy said...

Wahhh IQ tinggi arr anak kak ain tu klw teror math. Mak2 mmg cenggitu la..anak yg nak ambik peksa..dia yg rungsing yer. Ha sila buat pulut kuning jamu2 bg diorg dpt A smua subjek. Haha. Sronok kan tgk anak membesar. Lepas ambik UPSR..PMR plak..tup2 dh hbs skolah..

M4M4 MY4 said...

semoga anak2 akak lulus dengan cemerlang :)

Anonymous said...

Laaa.... Maza tak rasa lagi, anak dia masih kecik, baru darjah satu... tu pun kecoh satu blog bila dibuli, ekekekee....

Tie ni dah ada anak bujang. Dah kering air mata ni. Macam2 perangai... sabor je laaa.....Ni pun tak termasuk 2 dara sunti tu....

Sibujang tu masa kecik bukan main nakal, sampai kalau dia dok diam orang kat kampung pulak tanya...'tak nakal lagi ke?' Ish,tak tahu nak kata apa...

Bila di sekolah, belajar lebih kurang je, namun nasib baik otaknya cepat tangkap. (ikut mama dia kot, kih kih !)

Kita ni sebagai ibu, memang tak putus2 berdoa... berjela2 dok sebut nama dia, supaya hatinya lembut dan dengar kata ibu. Ada ke bapa berdoa gitu?? Tak pernah gak tengok... hu hu.. (agaknya kaum bapa doa sorok2, kot) Rasa naik serak suara ni... suara dalam hati pun serak tau...

Budak2 ni kena selalu diingatkan, betapa kita sayang dan hargai mereka. Kak tie taklah terlalu tekankan result tu (walaupun selalu upah RM1 bila dapat markah 90% ke atas....(macam kedekut je,ekekekeke...). Janji mereka ada usaha. Kekadang result ujian ni tak menunjukkan pencapaian yang sebenarnya.

Ooopps.... berjela lagi komen kak tie.. hehehehe.....

Maza ooii.... Tie nak tunggu cerita anak maza bila besar nanti... budak lelaki mesti ada kisahnya, ekekeke.....

NekPP said...

wowowooooo IBU!!!relekkkkkk..kang BP naikk kangggg..insyAllah Ikram will do it very well!! no worriesss maa;p

take care!!

ain said...

qis...akak rasa every mother will feel the same way. u know, tense bila anak2 nak peksa. may be akak ni tergolong dlm mothers yg too worry kot!!hehe

shiela...kalau pompuan sng sikit nak bentuk. and naturally pompuan mmg suka kat buku2 ni. mamat ni je yg susah sikit nak suruh ikut rentak akak. hopefully ur angel berjaya.

Intan...supposed peksa early may lg. ni kira dah lambat dah. all the beast utk anak2 intan nxt week!

emy dear..hihihi...mmg akak ada niat gak, kalu mamat ni dpt A je BM dia, mmg akak nak buat pulut kuning hantar surau. hihi

Kak Tie...akak mcm saya lah, everytime kalu anak2 dpt 90 n above, musti dpt RM5..kalu dpt 100 dpt RM10. hihihi, saya lbh sikit le dr akak sbb ayah dia yg bagi.
kak tie, nanti kita tengok pulak mcm mana maza handle anak dia bila masuk tahap 2 nanti. musti kelam kabut gak..hehehe

beb..relax ekh??selagi x dpt kertas BM, selagi tu le aku pns bontottttt!!!!!

maza said...

wakakakaka..

korang memang jahat.. wah, sudah main komplot pulak yea.. heheheh

Maza akui memang ada rasa gubra dan rasa tertekan apabila anak2 lambat membaca atau tidak dapat seperti apa yang kita hajati!

Tetapi, itulah lelaki lebih rasional sebagaimana dijadikan Tuhan!

Dia pemimpin...

Kalau semua pakat satu rumah dgn ibu sekali emosi dlm mendidik anak2, siapa lak nak kawal dan kemudi arah tujuan objektif keluarga?

bapa2 semuanya mendoakan anak2 mereka.. sama seperti kaum ibu.. cuma ia tidak ternampak dek mata ibu.. (buat apa tunjuk2, tak ikhlas dan tak baik.. Tuhan marah!)

Bahkan bukan sahaja kesejahteraan anak2 tetapi turut si isteri tersayang!

kami sengaja tidak mahu menunjuk2 di hadapan isteri masing2.. Lantaran itu membayangkan kami ini adalah bahu untuk ditumpang, dan payung untuk melindungi!

sayangnya sikap skeptikal dan sangsi selalu membuat tuduhan negatif.. tak baik tau! huhuhu

Insyallah. apa yg penting ialah perjuangan hidup untuk mencapai keredhaan Allah SWT dan doa kalian untuk anak2 maza amatlah dialu2kan.. bukannya menjatuhkan hukuman kepada anak2 kecil yang tidak berdosa.. huhuhu..

Kali ini maza teringin membawa satu lagi Al Quranm, surah dari Taha : 132

[b]"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat (ilmu) dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu,

Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa." [/b]

makna kata secara ringkasnya... suruhlah kaum keluarga dan diri kita untuk menuntut ilmu serta bersabarlah dalam menuntut ilmu.

Kemudian Allah SWT bukannya meminta balasan kebaikan daripada kita dari ilmu tersebut (atau ilmu yang kita terapkan kepada anak2 itu),

Bahkan Allah SWT yang memberikan balasan kebaikan (rezeki - termasuklah kecemerlangan keputusan peperiksaan anak2!)...

Namun balasan yang baik itu adalah untuk mereka yang bertakwa! (yang bertawakal kepada Allah SWT setelah berusaha... pendek kata tidak berputus asa dan mengadu domba atau terlalu emosi - tapi tenang, sabar, tekun & rasional)

..nampak senang, atau susah.. tetapi itulah ujian kita di dlm hidup ini!

Pendek kata, setiap perbuatan dan ilmu yg dituntut.. mulakan dengan Tuhanmu, kerana Tuhanmu, kemudian bersabar, takwa dan tawakal!

Ingatkan Tuhan itu lebih utama daripada yang lain!.... (yang mana kita juga sebagai individu dan emakbapa kekadang lupa)


psst: hambek kau. hehehe.. panjang berjela lak kat sini.. wakakak

minta maaf bebanyak jika pandangan maza ini kurang menyenangkan.. tetapi ia ikhlas dari hati maza yg mengharapkan keredhaan Tuhan yg utama daripada keredhaan manusia yg belum tahu betulnya.. huuhuhu..

salam....

Anonymous said...

Huuaaaaaa.........

Bapaknya sudah mari...ekekekee......

Terima kasih, atas pandangan bapak Maza... baru tahu rupa2nya bapak2 ni sorok2 berdoa, hi hi.. baguslah tu..

Syukur, alhamdulillah.... punya bapak sebegitu.

Errk..... tapi....

Hari tu.....

Masa anak bapak kena buli tu....

Kenapa macam tak boleh kawal perasaan je....?? Marah sangat?

Anak Tie pun pernah kena tolak jatuh dari tangga, balik sekolah bibirnya bengkak dan berdarah... Tie pulak yang menangis hiba, sampai hati budak tu buat gitu. Rasa nak tolak balik budak gemuk tu... hu hu...

ain said...

kak tieeeeeeeeee...maza tak nak kalahhhhhh!!!meh kita lawan diaaaa!!!

apa2 pun maza.mmg betul kata awak, laki kita pun ckp yg sama, kalau dia pun sama angin ngan saya, teruk le ikram. dia lebih byk guna reverse psikology kerana dia lebih sabar dari kita. dia lebih suka kaedah mencari jln penyelesaian drp menghukum.

dia juga selalu ingatkn bini dia yg asyik nak angin je ni supaya istigfar byk2 sebelum nak naik angin. laki kita pun lbh byk tekan kan pd wajibnya solat. sonang citer dia jadi cikgu sek agama, kita jd cikgu sek keb yg mengajar subjek bukan agama. hehe

psst...kita ada good news!! Alhamdulillah ikram dpt BM1 A wlu pun betul2 paras hidung. baruuu je tau 5 min yg lepas. tq Allah!!

hmmm..awak tau tak BM1 n BM2 tu apa?hihi

maza said...

hehehe

cerita anak kena buli itu cerita dlm reality. .

bukan betul mana pun.. ada unsur2 metaphor dan boombastik.. hehehhe

Ia cuma nak kisahkan betapa kita hari ini tidak menghiraukan bab2 ilmu mempertahankan diri.. macam silat, kung fu, silambam, tandoripayat dan sebagainya..

juga ttg persoalan tindakan yg harus kita lakukan untuk mendidik anak2 supaya jaga adap, jaga sopan santun,...

soal emosi marah anak kena buli itu ialah soal adat kepada sesiapa pun jua.. Manusia mana tak marah apabila melihat anaknya dibuli?! huhuhuhu...

tetapi apakah kita perhatin ttg kaedah mengawal emosi, bertenang dan ambil tindakan sewajarnya dlm rasional di dlm cerita atau saranan kengkawan yg lain?

adakah kita ambil cerita itu sebagai satu pengajaran untuk mengatasi masalah seperti itu, kalau tidak pun untuk masa depan anak2 kita?!

(ehem! ehem! erk bukan niat penulis nak eksyen tau! huhuhu.. cuma nak bagi sedikiitttt jerk penjelasan)..

maza said...

Tahniah Ain.. hehehe tumpang bangga gak!

yahooo.. boleh ler budak ikram tu dapat RM5 dari ibunya.. wakkakaa

erk! entah macam mana perangai suami ain lebih kurang sama goal macam maza nyer lah.. hehehhe

erk! dah dah, lapkan airmata gembira, airmata letih, airmata penat, airmata bebelan ain itu, dan nikmatilah kecemerlangan ini dengan kesyukuran.. dan jangan lupa gak, perjuangan kita belum berakhir sehinggalah menutup mata..

hehehehhe

SRISUFI said...

kanda Ain..


akak sihat kah?

semoga baik2 ye kakak

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

memang...semua perasaan itu ada pd setiap ibu...it's normal tp tak dinafikan ia mmg mengganggu emosi kita! Bg saya, mengharapkan mrk score lbh utk menempatkan diri mrrk di sekolah yg majoriti studentnya ulat buku spy ia blh merangsang mrk...jika keputusan suam2 kuku mngkin terbatas sdikit utk mrk menempatkan diri di sekolah sebegitu....

Anonymous said...

muger2 sumernyerr selamat berjaya.. aminnn

zue said...

salam ain,
wah terlalu pjg lepar berjela2 memperkatakan dlm mendidik anak2 terutama anak lelaki.

hingga perdebatan telah bermula he3
apa2 pun syabas krn ain telah menjadi seorg ibu yg betul2 mengambil berat ttng anak2...yg lebihnya berserah kpd Allah.

Mak Su said...

wow! kek sarang semut itu ada saranglah!

ain said...

maza...tq for all the advices n support. semoga kita sama2 jd parents yg diberkati Allah.

dinda sri..kanda ain sihat dear. hopefully si pemilik nama puteri bangsawan jawa pun sihat dan ceria!

milah...akak just buat apa yg akak rasa patut. bila jd fulltime housewife ni, masa mmg pd anak2 aje. lg pun surrounding menyumbang pd apa yg akak rasa. persaingan!

me...Insyaallah, doa2 kan lah ye!

kak zue...sudah bagus mereka2 yg lebih pengalaman dan ilmu nak berkongsi pendapat dan pandangan. dan perspektif mereka jauh lebih meluas dan lebih terperinci. lg2 kak nik.

mak su...mintak2 jgn semut dtg numpang sudah le.hihi

ain said...

watie ...akak pun mengharapkan yg terbaik mungkin dr mereka.Insyaallah.

Anonymous said...

ain, sori terlepas pandang....
ain dalam mendidik ni anak perlu ada kesabaran,keikhlasan dan kekuatan mental juga...

macam ima perlu berhadapan dgn 5 anak lelaki...memang banyak dugaannya...dulu masa anak sulung dan kedua sek ren tension cam ain lah juga setiap kali anak nak exam...
anak sulung ima lemah sangat dlm semua subjek...kuat main tp bila
masuk drjh 6 setelah bnyk menghadiri motivasi alhamdulillah dia semakin rajin berusaha...setiap mlm surah al-insyirah juga dihembus ke ubun2..sewaktu anak tidur.dan syukur upsr dia dpt 5A.tp sebaliknya dgn adik dia...dari tadika hingga dekat upsr menjadi kebanggaan cikgu.setiap tahun menjadi pelajar terbaik math...itulah masalahnya hanya seronok buat latihan math....sebab penyakit malas lebih menebal yg lain tu cukup2 makan je...masa saya jumpa cikgu,guru kelas kata dia dlm target kami...
dia juga cuai dlm menjawab soalan...soalan yg salah selalu yg tak masuk akal...itulah yg selalu buat ima geram sgt...suamilah yg akan gosok belakang ni bila ima naik marah...supaya bersabar dan
terima ketentuanNYA...Dan anak kedua ima hanya dpt 4A1B.Subjek yg tak diduga...sebelum ni yg risau bm dn bi tp sebaliknya...itulah kita kena terima takdir yg tertulis pdny...
sebelum ni dia juga nk masuk asrama mcm abgny...
skrg bila difikirkan ada baiknya dia tk msk asrama...sbb dia seorg yg krng berdisiplin.bab2 solat nk kena ingatkan selalu...tak mcm abg dia...dn skrg sek pg1,kami mskkn aliran agama(kaa).moga menjadi anak soleh.

sebenarnya apa yg telah ditakdirkan pada setiap org tu ada sebabnya...aduh!pnjg pulak bercelotehnya...maaflah ain,
semoga ikram berjaya dgn cemerlang...ikram mesti boleh!!!

ain said...

Ima...agaknya kan ma, anak no 2 ni mmg mencabar sikit kot cara mendidik. tambah2 lg kalau lelaki, mmg buat sesak nafas.hihihi

Ain harapkan BM dia akan bertambah baik sebelum upsr. Semoga dia dapat atasi masalah takut dia pd paper BM. dan semoga dia fokus!!

umi_e said...

ain... berusaha yang terbaik, berdoa dengan penuh harapan kepada Allah SWT dan selebihnya serahkan kepada-NYA kerana DIA lebih mengetahui dan DIA pasti berikan yang terbaik kepada hambaNYA :)

ain said...

kak umie...tq so much. Kita berusaha, berdoa dan tawakal. kdg2 saya rasa usaha saya untuk ikram belum sampai tahap yg saya harus tawakal. kat sini lah timbul rasa frust.

Bro Framestone said...

kak honestly la sy cakap..saya punay BM sampai SPM pun teruk kak.. tp yg len sume ok he..23x

kate org la kan... mane2 yg lemah tue mesti ade yg die teror... sebab otak manusia mmg cam tue... kekdg susah nk bagi sama rata

ain said...

syukri...betul tu!! dan akak sungguh frust, nape le BM susah sgt nak belajar... kalau tengok jawapan, semuanya betul, mana lah kita nak tau yg paling tepat. contohnya ekh, kita selalu kata ekonomi mantap dan kukuh. tp kalau kat kertas mantap tu salah. adoiiiii!!!!!