Saturday, February 28, 2009
Thursday, February 26, 2009
Award lagi!!
Award dari Kak Inahar lagi..
Sorry kak..lambat pulak nak tepek..
'You are Sweet' tu memang le sesuai untuk saya..hihi..
Tapi yg 'super duper chef' tu mmg saya belum layak menerimanya..
Tp saya terima sebagai pembakar semangat utk rajin memasak..hehe
Anyway..thnx a million utk Kak Inahar..
So nice knowing you!
Monday, February 23, 2009
Award dari suzi
Thursday, February 19, 2009
Melalut pulakk!!
Tak tau kenapa ngan saya hari ni..
Nak katakan ada masalah...Alhamdulillah tak ada..
Nak katakan penat..tidak pulak..
Nak katakan mengantuk...mlm td tido kol 10..
Nak katakan jatuh cinta..anak dah empat..hubby yg tu gak..
Tapi kenapa hari ni saya macam melalut..
Buat teh terrletak garam...nasib baik sedar...so boleh le buat semula..
Yang tak sedar..masa msk lemak sayur kcg panjang, saya terrletak gulaa!!!
huwaaaaaaaaaaa!!!!
tu pun tak sedar sampai le anak yg komplen..
"ibu...kenapa sayur ibu manis"
"Whattt!!!"..
Bekas garam & gula punyalah berbeza warna dan rupa..
Astagfirullah!!
Monday, February 16, 2009
Tag from Qistina
tag ni dapat dari Qistina-Dubai
Thnx ye Qis sbb sudi tag I.
Since the rules is quite simple, so boleh buat cepat.
klu yg susah..alamat makan tahun gak nk buat.
Rulesnya very easy...
you just go to your photo folder in your comp..
Then go to the 6th folder of photos..then go to the 6th picture in that folder..
put the picture on your blog n description of it.
invite 6 frens to join the challenge.
link them in your blong n let them know they have been challenged.
Ni le gambar yg ke 6 dlm photo folder yg ke 6..
photo folder yg ini contains gambar bunga2 n ayam2..hihihi
gambar bunga orkid..cantik kan...
upsss...not in my garden..hehehehe..
orkid ni kat umah emak..so logiknya emak le yg tanam..
kalau saya yg tanam...alamat tak pernah berbunga la...
tangan panas gitu..
Now saya kena tag another six..bab ni yg ada malas sikit..hihihi..
kalau tag six frens...what about yg other six..n other six..n other six..
so saya open this tag to everybody yg sudi!!!
sudi sudikan lah ye!
Wednesday, February 11, 2009
Terbakar dah!!!
hubby tengah control api supaya tak naik ke atas kaw umah
lepas api padam...umah pun masih nmpak berasap lagi!!
Ahad kelmarin..tengah syok2 scrolling blogs, terdengar bunyi crackle. Agak kuat..saya pandang hubby..hubby pandang saya..meaning dua2 dengar benda yg sama. Hish..bunyi apa tu ya..???So suruh le hubby keluar cek apa2 benda yang berderap derap tu. Masyaallah..keluar je rumah..kawasan lapang sebelah umah dan depan rumah tengah terbakar. Panik sekejap kita orang.
Hubby terus call bomba. Mula2 tak ada orang angkat..biar betul bomba ni. Kali ke 2 cuba, baru lah berjawab. So hubby report le psl kebakaran tu. Si tukang sambut report ni minta we all try controll api sendiri. Whattt..!!!!! nak control macam mana..api merata rata...ada masa tu menjulang2 sebab angin bertiup kencang. Rupa2nya bomba2 lain tengah padamkan api kat beberapa tempat yang lain. Habis tu yang kat rumah saya ni siapa yang nak padamkan..???
Alahaiii....
Hubby dan nebor2 yang lain pun jadilah bomba tak bertauliah sekejap. Masing2 guna getah paip untuk memadamkan api. Pas tu jirus tanah supaya api tak naik merebak ke kawasan tempat tinggal. Tanah lapang depan umah TNB punya..yang sebelah umah saya pemaju punya.
Punyalah luas kawasan yang terbakar. Asap tebal pulak tu. Saya risaukan hubby takut dia terhidu asap berlebihan memandangkan dia kena cover dua kawasan..dpn umah dan sebelah umah. Nak ambil gambar pun x boleh...x nampak apa pun..asap memutih!! Melihat api yang sekali sekala menjulang2...terdetik dalam hati...nak kena kemas barang nk pindah ke. Hihihi..
Walaupun yakin api tak akan sampai ke rumah kerana dipisahkan oleh jalan raya, tapi takut percikan api yang dibawa angin boleh menyambar pokok2 dlm kawasan rumah. Maka sebab itu, suami memandikan semua pokok2 supaya basah. Anak lelaki saya lagi best..."ibu..ibu..kita azanlah supaya api ni padam..!"
Selepas seketika..api pun semakin kurang marak..tinggal sikit2. Angin pun tiba2 berhenti bertiup kencang. Masa ni lah baru boleh nmpak kawasan yg terbakar. Habis pokok2 akasia, semak samun, pokok2 pisang yg ditanam jiran terbakar. Pokok ubi yang saya tanam (saya ke..??) pun sebahagiannya habis dimakan api. Kawasan jadi hitam dari hujung ke hujung. Bau pun dah bau abu je. Hanya selepas 2 jam..baru le pihak bomba datang memadamkan sisa2 api yg tinggal.
Dah masuk 4 hari dah...bau abu masih lagi kuat menyengat. Alhamdulillah semalam hujan turun dengan lebat. So yakin sangat tiada lagi lah api2 yang tertinggal di dalam tanah. Kalau tak masih boleh nmpak lagi asap sana sini. End of the day hubby cakap ada hikmahnya kebakaran yg berlaku. Kawasan semak jadi lapang selapang lapangnya dan nyamuk pun kurang. Yang tak bestnya asyik nak dok cuci porch yg kehitaman sebab abu. Kereta pun sama gak. Aduss..penatnyaaa!!! hubby le bukan saya. hehehehe...
Monday, February 9, 2009
Award dari Kak Tirana
Award ni Kak Tirana yg beri.
Suka baca blog beliau.
Dah lama follow, cuma lately ni je baru berani nak tinggalkan jejak.
Banyak pengajaran, panduan dan ilmu.
Blog yang penuh motivasi.
Setiap kali baca blog beliau, sejenak menelek diri.
Telek2 apa yg patut diperbaiki.
Apa yg patut dijadikan contoh.
Terima kasih ye kak atas awardnya tu.
Friday, February 6, 2009
Semoga Mereka berjaya
Tahun ini, dua orang anak saya akan menghadapi peperiksaan besar. Yang sulung akan menduduki PMR sementara yang no 2 akan mengambil UPSR. Maka tentulah tahun ini juga tahun yang mendebarkan hati saya sebagai seorang ibu. Ayah dia orang cool aje.
Ikutkan logik...saya sepatutnya lebih risaukan si kakak daripada si adik kerana Izzati akan menduduki peperiksaan yang lebih sukar dan lebih mencabar berbanding Ikram yang bakal menduduki UPSR. Tetapi saya lebih bimbangkan si adik berbanding kakaknya. Kenapa..??? saya pun tak tahu kenapa Ikram lebih penting. Mungkin masalah utama di sini ialah disiplin Ikram. Berbanding kakak, Ikram agak playful dan tidak berapa endah akan pelajarannya. Walaupun dia sentiasa berjaya mengekalkan kedudukan nombor 2 dalam kelas tetapi saya tidak berapa berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan.
Oleh itu, tahun ni saya agak keras dengan Ikram. Memastikan dia mematuhi jadual belajar yang saya sediakan. Mewajibkan dia mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan setiap hari. No tv during weekdays. Dan paling penting menanamkan semangat ke dalam dirinya bahawa dia boleh berjaya dengan cemerlang. Ya..cemerlang membawa maksud 5A yang berkualiti bukan 5A biasa2. Suami pula memastikan saya tidak terlalu memberi tekanan kepada satu2nya anak lelakinya. Sibukk je laa....
Dan sebagai seorang ibu yang ingin melihat kecemerlangan kakaknya diulangi si adik, saya mesti sama2 membantu Ikram. Membantunya dengan kasih sayang dan doa saya. Menemaninya menyiapkan homework sekolah hingga jauh mlm wlu pun mata dah tak boleh nak bukak dah. Memastikan dia menjaga kesihatannya selalu kerana dia mudah batuk/selsema/demam.
Namun saya tetap tak lupa anak dara saya yang nun jauh di Negeri Sembilan. Sentiasa menasihatkannya supaya terus berusaha dan berusaha. Selalu mengingatkan tidak mustahil untuk dia sekali lagi mencipta rekod UPSRnya antara pelajar terbaik peringkat Kebangsaan.
Doa saya untuk mereka berdua ini supaya Allah memberi mereka rezeki memahami setiap apa yang mereka pelajari. Melapangkan hati mereka ketika peperiksaan nanti. Dan semoga kejayaan akan berada di genggaman. Kebahagiaan yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Insyaallah..

Sunday, February 1, 2009
Award dari blogger Sri Sufi
Award ni pula saya terima dari blogger yg sungguh berbakat dan puitis Sri Sufi. Lama dah dapat, tapi disebabkan kekangan masa, tak dapat le nak post dlm blog. Award ni dianugerahkan kerana cuba menjawab teka teki yg diberi. Wlu pun salah meneka, tetap dapat award. Best kan!!
Terima kasih sufi atas award ini. Tag yg satu lagi tu, Insyaallah akan akak usahakan.
Award Dari Terengganu
Subscribe to:
Posts (Atom)