Friday, February 6, 2009

Semoga Mereka berjaya

Tahun ini, dua orang anak saya akan menghadapi peperiksaan besar. Yang sulung akan menduduki PMR sementara yang no 2 akan mengambil UPSR. Maka tentulah tahun ini juga tahun yang mendebarkan hati saya sebagai seorang ibu. Ayah dia orang cool aje.

Ikutkan logik...saya sepatutnya lebih risaukan si kakak daripada si adik kerana Izzati akan menduduki peperiksaan yang lebih sukar dan lebih mencabar berbanding Ikram yang bakal menduduki UPSR. Tetapi saya lebih bimbangkan si adik berbanding kakaknya. Kenapa..??? saya pun tak tahu kenapa Ikram lebih penting. Mungkin masalah utama di sini ialah disiplin Ikram. Berbanding kakak, Ikram agak playful dan tidak berapa endah akan pelajarannya. Walaupun dia sentiasa berjaya mengekalkan kedudukan nombor 2 dalam kelas tetapi saya tidak berapa berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan.

Oleh itu, tahun ni saya agak keras dengan Ikram. Memastikan dia mematuhi jadual belajar yang saya sediakan. Mewajibkan dia mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan setiap hari. No tv during weekdays. Dan paling penting menanamkan semangat ke dalam dirinya bahawa dia boleh berjaya dengan cemerlang. Ya..cemerlang membawa maksud 5A yang berkualiti bukan 5A biasa2. Suami pula memastikan saya tidak terlalu memberi tekanan kepada satu2nya anak lelakinya. Sibukk je laa....

Dan sebagai seorang ibu yang ingin melihat kecemerlangan kakaknya diulangi si adik, saya mesti sama2 membantu Ikram. Membantunya dengan kasih sayang dan doa saya. Menemaninya menyiapkan homework sekolah hingga jauh mlm wlu pun mata dah tak boleh nak bukak dah. Memastikan dia menjaga kesihatannya selalu kerana dia mudah batuk/selsema/demam.

Namun saya tetap tak lupa anak dara saya yang nun jauh di Negeri Sembilan. Sentiasa menasihatkannya supaya terus berusaha dan berusaha. Selalu mengingatkan tidak mustahil untuk dia sekali lagi mencipta rekod UPSRnya antara pelajar terbaik peringkat Kebangsaan.

Doa saya untuk mereka berdua ini supaya Allah memberi mereka rezeki memahami setiap apa yang mereka pelajari. Melapangkan hati mereka ketika peperiksaan nanti. Dan semoga kejayaan akan berada di genggaman. Kebahagiaan yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Insyaallah..

20 comments:

Tirana said...

Hehehe...kak tirana pun serupa...selalu menemani anak-anak belajar...dari dulu sehingga sekarang. sekarang ni lebih bagi tumpuan pada yang darjah satu tu..tahun ni tak ada yang nak amik exam besar.. last year ada dua..PMR dan SAM. Alhamdulillah dua-dua lepas..

Sasha said...

wah!! pandainya anak pompuan akak... pandai akak mendidik anak... betul tu... nak dpt 5A x susah... tp nak yg berkualiti tu yg susah...

p/s: Salam utk Ain... lama x jengok sini... Sha kena dtg sini slalu, nak belajar tips mendidik anak dr Ain... mintak tunjuk ajar yea...

lemongrass said...

Kak Ain,
dah besar2 ye anak2 Kak Ain :-). Memang lah bila exams, parents lah yg lagi nervous but InsyaAllah they'll do their best kan :-)

Lee said...

Hello Ain, here's wishing your kids the best of results in their exams.
I'm sure they will exceed your expectations.
You have a pleasant weekend, best regards, Lee.

SRISUFI said...

sis ain..

harap sis sehat2 ye..
good luck utk sis...pastinya ank2 sis akan berjaya...

kami doakan

Intan said...

Kak Ain,

Intan doakan dua2 anak Kak Ain cemerlang dlm exam mendatang. Intan pun byk kena belajar dgn Kak Ain ni...

;)

Tirana said...

Ain ada award untuk Ain di sini http://meniti-hari.blogspot.com/2009/02/tag-dan-award-lagi.html

ain said...

kak tirana...bukan senang nak jd ibu prihatin ni kan.

Sasha...sebab nak dpt kan kualiti 5A ni lah kena dok garang2 sikit.hihi

LG...anak2 dah besar sbb akak kawin muda.21 dah gatal nak kawin..hihi. thnx for d wish.

Lee...thnx for the best wishes. Really appreciate it. U too have a very wonderful weeknd.

Sufi...thnx utk doanya. Wish you good luck too.

Intan...Akak yakin Intan juga seorg ibu yg concern ttg pelajaran anak2.

Kak Tirana...tq so so much for d award. sukaaaaa!!!!

Tie said...

Ain, jangan tension sangat...

Budak2 lebih mudah dapat jika mereka rasa seronok belajar... Kak tie biasa duduk sama2...bincang dan tolonglah sikit2...

Siapkan makanan kegemaran mereka, buat minum petang...layan macam anak raja lak..hi hi...bila tengok mereka study atau buat homework, kak tie saja puji melambung, biar kembang kempis idung tu...ha ha...

Anonymous said...

salam ain...begitulah saya masa anak2 nak exam besar... Tension!!!tapi kesabaran tu penting dalam mendidik anak.anyway semoga anak2 ain berjaya dengan cermelang...

laily said...

Ain, tahun ni samalah aku pun kecut perut anak sulung aku nak UPSR. sama-sama lah kita doakan anak-anak kita supaya berjaya, Insyallah

ain said...

salam kak tie...hubby pun nasihatkan bnda yg sama gak. Jgn sampai bdk2 yg stress.sian depa2.

salam Ima..mmg betullah. tension memanjang. Klu hari peksa tu, kita kat umah yg gelabah.mcm mak dia pulak yg peksa..hihi

salam laily...aku pun masa mula2 zati upsr..bimbang sgt2. Waktu dia peksa aku buat solat hajat kat umah. Alhamdulillah. Aku doakan anak nko berjaya dgn cemerlang upsr nanti. take care!

ummi afifah said...

smg cemerlang ke2 nya.. dulu sy ditrain ayah mcm tu.. lg tegas.. Alhamdulillah..bila kakak dah jd role model utk adik2 dah tak susah.. hrp akak share lg tips mendidik anak ala akak..tq

naz ilyn said...

salam...

pandai akak mendidik anak-anak... nak juga tip bagaimana mendidik anak-anak agar cemerlang dalam pelajaran...

p/s: tiada yang lebih membanggakan selain melihat anak berjaya dalam pelajaran dan kehidupan terbalas segala jasa dan pengorbanan.

QiStinA's said...

salam ain.. amboi..dah ada anak dara lagi..he..he.. mmg le kan.. kalau anak exam, kite yg susah hati.. mcm kite yg nak pi buat exam.. sama la kite ain.. ayah mmg gitu...cool sepjg masa..he..he

ain said...

salam ummi..kakak dia dh jd role model..tp adik dia x kisah pun!!! tu yg nk kena brainwash tu..hehe

salam Naz...tips tu sama je ngan ibu2 yg concern psl anak2 ni. cuma mcmmana nak make sure dia org ikut tu ha yg jd masalah.

salam qis...betul la qis...dia org peksa..kita yg tak tido. bapak dia org relax je..infact tak igt pun anak tgh peksa.

Shada said...

seronok bila dengar anak-anak kak ain cemerlang.

saya pun sering ingatkan diri ni.. dlm bab pelajaran kena tegas.

ain said...

salam shais...akak selalu pesan kat they all..kalau nak anak2 they all rasa hidup seperti yg they rasa, maka belajar lah rajin2. Now ni bdk pandai dah terlalu ramai, so you have to be xtra.

zue said...

Tahniah kerana mempunyai anak2 yg cemerlang dlm pelajaran.
anak bujang kak zue yg thn 1 ni..nampak mcm slow sikit. Garang sikit dah meleleh air mata.

ain said...

salam kak zue..anak lelaki saya pun cam tu gak. sampai la ni masih cengeng lagi..kalau saya terlebih marah ke..terrrrcubit ke..mula lah dia menangis..makin tensen saya.