Monday, March 30, 2009

Merajuk ke ..????



Saya ni tengah sedih campur risau. Anak dara saya yang kat N9 tak telepon2 sejak last call yg lalu. Sejak dia gagal nak pujuk saya dan ayahnya untuk menghadiri majlis sabtu yg lepas. Selalunya menjadi routine dia akan call kami setiap hujung minggu. Tapi kali ni x de pulak. Merajuk ke..??? Tapi tu bukan sifat dia.

Saya btau hubby anak dia tak call2. Hubby pun rasa bersalah. Tapi nak buat macam mana, dia sedang sibuk sangat2. Even Sunday pun kena gi site. Kalau tak pergi pun, asyik bergayut kat hp je, saya yg tengok pun naik lemas. Jgn kata pergi majlis zati, nak jenguk parents saya pun asyik cancell je. Lama sungguh x balik kampung, pdhal x sampai sejam pun drive.

Hopefully, zaty just sibuk dengan acivity2 hariannya sehingga tak sempat nak call kami. Hopefully juga dia akan call saya secepat mungkin. Please!!!!!

Awards

Award ni dapat dari suzi, sekali dpt 4 awards
lama dah dapat
tapi x sempat2 nak masuk blog, terlupa ye gak
Apa2 pun, terima kasih daun keladi ye su sbb tak jemu2 kasi akak award
rasa dihargai sangat2





Yang ni pulak dari kak Inahar
pun lama gak dah dapat, mcm su gak, kak Ina rajin kasi saya award
terharu gitu
terima kasih daun keladi juga untuk akak sbb sudi kasi awards



Yang ni pulak dapat dari Nazlyn..
lama gak perap..
terharu sungguh dpt award yg 1 ni..
belum layak lagi sebenarnya..jauh lg perjalanan seorg ibu..
actually it is a tag
ada a few questions nak kena answer
tapi tepek je le dulu..
Terima kasih ye Naz atas award ni..
terima kasih byk2..

Thursday, March 26, 2009

Sorry la sayang, bukannya tak nak....



Malam tadi lebih kurang pukul 11, anak dara saya yang kat N9 telephone. Untuk sekian kalinya dia bertanya lagi samaada saya dan suami akan hadir ke sekolahnya hari sabtu ni. Sabtu ni merupakan Hari mesyuarat Agung PIBG sekolah bersekali dengan Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2008. Alhamdulillah 2 tahun berturut2, Zati berjaya mengekalkan kedudukan top 3.

Tahun lepas, kami dapat menghadiri majlis anugerah tersebut. Tahun ni memang tidak boleh kerana ayah zati sedang sibuk yang teramat. Tambahan lagi cuti sekolah minggu lepas kami sekeluarga sudah berada di KL untuk beberapa hari. Tentulah penat masih belum hilang sepenuhnya. Kalau ikutkan rasa kasih seorang ibu, mahu saja saya memandu sendirian ke N9 untuk memberi sokongan serta pelukan tahniah. Tetapi mustahil hubby akan benarkan.

Walaupun zati sudah dimaklumkan tentang ketidak hadiran kami, dia tidak jemu memujuk kalau2 kami akan menukar fikiran disaat akhir atau saya berjaya memujuk ayahnya untuk ke sana. Kami yakin dia bukan kesah sangat tentang Hari Anugerah tu, yang dia mahu ialah kami datang untuk menjenguknya. Walaupun sudah masuk tahun ke 3, zati masih lagi homesick, setiap kali mahu pulang selepas menjenguknya, matanya pasti bergenang dengan airmata. Melihatkan begitu lagilah saya menangis.

Untuk anak ibu, tahniah dia atas kejayaan yg diperolehi. Kekalkan sehingga ke tahun akhir. Maafkan kami kerana tidak dapat bersama2 meraikan majlis tersebut. But one thing for sure, we love you very much. Congratulation!!!!

Tuesday, March 17, 2009

New Mixer..????



Hari ni plan nak buat Vanilla Marble Muffin. Pas tu ingat nak buat cookies nak bawa gi KL esok sebab anak yg tua ada Summer Camp untuk PMR anjuran Sime Darby selama 2 hari bermula Khamis hingga Jumaat. So kita orang stay KL sampai le Ahad. Lepas hantar Izzati balik kolej, baru lah we all balik JB semula. Malas nak berpatah balik JB-KL-JB-N9.

Biasalah kalau saya nak buat kek ke, cookies ke, anak yg no 3 Iwani mesti dengan suka rianya nak menolong. Tolong keluarkan segala barang yg saya perlukan untuk membuat kek termasuk lah mixer saya yg nun duduk di kabinet paling atas. Apalah nasib masa dia nak bawa turun mixer tu boleh terjatuh. Alahai...menjerit gak saya. Belek2 mcm tak de yg pecah, so proceed le ngan niat nak buat muffin n cookies.

Mula2 okay je mixer tu, tiba2 mcm keluar api pulak. Terkejut saya. Pas tu terus jammed mixer tu. Alamakkk...tgh syok2 beat butter n sugar..boleh rosak. Ingat mcm nak humban je mixer ngan adunan muffin dlm tong sampah. Sian pulakk...so proceed le buat muffin cara manual. Penatnya tangan dok pukul telur. Dalam dok membebel marahkan si mixer tu, siap gak le muffin.

Masa hubby balik lunch, konon2 ngadu le ngan dia wani terjatuhkan mixer dan terus rosak. Hubby ketawa sambil cakap.."ni le yg Nor dok tunggu2 kan..mixer rosak..nak yg baru kan..".
hehehe..tau tak pe. Sebenarnya 2 minggu lepas ada dok merengek2 ngan hubby nak Kitchenaid mixer. Hubby kata buat kuih sekali sekala, takkan le nak mixer mahal2. Pakai mixer murah2 pun boleh jadi kuih gak. Betul gak...all this while pun pakai mixer murah2 je. Jadi gak kuih, sedap pun sedap. Tapi kalau boleh dapat mixer idaman..lagi le seronok. Betul tak..????

So cancel le plan nak buat cookies petang ni. Terpaksa le tutup kedai kek sampai dah dapat mixer baru. Mixer apa ye..??? Kitchenaid..??Kenwood..??Panasonic..??atau..Takada Brand je.
Tapi kan muffin saya tak sedap sangat la..mungkin merajuk sebab kena bebel.Hehehe

Thursday, March 12, 2009

Happy Bday Mr Fix-a-Lot




Hari ni bday hubby
Macam biasa hubby x pernah kesah pun
malah tak pernah ingat bila bday dia
Yg kecoh bini ngan anak2 dia je
kecoh nk makan malam kat mana..??
nk kasi hadiah aper..??
nak kek ke..???


yg pasti mkn malam kali ni semua ahli keluarga ada
anak yg sulung akan sampai ptg nanti
lps ambik dia kat train station, terus gi makan

untuk suami tersayang
Happy bithday n we love you so very very very much
thnx for everything


Wednesday, March 11, 2009

Award dr Kak Inahar dn Kad dr Suzi

Saya dapat award lagi
Dari kak Inahar
Suka award ni...rugged!!!
Terima kasih sekali lagi kak Ina atas award yg di beri
Semoga persahabatan di alam cyber ini akan berkekalan selama2nya




Yang ini pulak kad dari suzi nun jauh di Adelaide....
ucapan terima ksih atas award yg diberikan kepadanya...
sepatutnya saya yg berterima kasih pd su..
dia lah org pertama yg singgah blog saya masa mula berblogging dulu..
terima kasih su..saayangg su!!!



Tuesday, March 10, 2009

Jawab Tag




TAG ni saya terima dari Kak Inahar. Belum pun sempat buat, Yatt (finland) pulak tag. Kena buat cpt2 ni..nanti jadi pekasam pulak. Ada byk lg tag yg tak terbuat.


1)Make a list of what u want on your birthday

2)The list should be 10 numbers

3)post the image of this award to your posting

4)give it to 10 frens of yours


10 perkara yang sangat saya harap utk birthday adalah:

1) Dipanjangkan umur, so dpt le saya menymbut bday yg akan dtg.

2) Kesihatan yg baik, so dpt le saya enjoy gila2 mkn malam mcm tahun2 yg lps.

4) Dimurahkan rezeki suami saya, so dpt le dia belikan saya kitchenaid mixer as bday gift.

5) Semoga Allah tingkat iman saya yg setipis kulit bwg ni.

6) Semoga saya jadi isteri mithali, sekrg ni mithali yg suam2 kuku je..hihi

7) Semoga saya jadi ibu yg penuh sabar mendidik anak2, sian depa dok asyik kena marah je.

8) Semoga Allah memberkati perjalanan hidup saya dunia dan akhirat.

9) Semoga Allah menjauhkn saya dpd segala bentuk kejahatan dan kecelakaan. Sekrg ni byk sgt penyangak.

10) Semoga apa2 kebahagian dan kesenangan yg saya rasa/kecapi selama ini tidak akan ditarik Allah atas kelalaian dn kecuaian saya kepadaNYA.




Minta maaf lah klu birthday wish saya ni lain bebeno dr yg lain. Alhamdulillah dn Insyaallah saya sudah merasa sgt bahagia dgn apa yg saya ada sekrg..oleh itu DOA saya semoga segala2nya berkekalan hingga ke akhir hayat.

Macam biasa....pada semua kawan2..adik2..kakak2...sudi2kan lah ya ambil tag ni.












Wednesday, March 4, 2009

Kantoi

Saya ada seorang sahabat baik. Namanya Sri, Puan Sri. Umurnya lebih kurang sama tua je ngan saya, 37. Rumahnya selang sebuah dr rumah saya. Yang ni rumah tinggal la. Sekarang kawan saya tu dok kat dubai..lama dah..5 6 tahun kot. Ikut hubby dia kerja sana. Saya diberi kepercayaan utk memegang kunci rumah dn kunci keretanya. Walau terpisah beribu2 batu, kami rasa mcm dok sebelah2 je sebab selalu email, berkongsi cerita suka duka, kongsi minat yg sama, benda yg sama. Senang citer saya ngan dia memang satu kepala lah. Klu dah berdua, saya yang ala2 ayu dan sopan ni pun boleh bertukar jadi gila2..hahaha. Dia yg sentiasa control rupawan pun boleh jadi brutal gak.
Masa mula2 saya blogging, tak de seorang pun dr kawan2 saya di sini yg tahu psl blog saya. Konon2 macam malu gitu. Terrrrmasuk le Puan Sri ni. Hubby suruh saya beritahu ngan Pn Sri ni, ye lah dah nama kawan baik kan...tak baik rahsia rahsia tau. Tapi saya tak nak, segan ada, takut dia ketawakn pun ada..hehehe.
Sepanjang saya berblogging, saya pasti akan teringat Pn Sri. Terfikir gak klu le minah tu dpt trace blog saya ni. Tambah2 lg Pn Sri pun suka baca blog gak. Di tambah2 lg saya pun ada cyber fren dr Dubai. Tak Tahu kenapa 2 3 hari ni instinct saya kuat mengatakan Pn Sri dah tau blog saya. Dan memang betul punnnn!!!!

Semingu lepas saya ada terima satu message di shoutmix. Message dr Nek PP. Bila baca salam kenal dr Nek PP, hati saya terus tangkap..this must be her. So ingat nak btau le dlm sehari dua ni. Rupa2nya minah tu pun dh tak tahan nak simpan sampai june . Normally June dia balik bercuti. So dia ingat nak surprisekn saya june nanti. Mlm tadi segala2nya sudah bukan rahsia lagi. Berjam gak bergayut kat YM citer psl benda ni. ketawa sana ketawa sini. Hubby pun tumpang sekaki ketawakn saya kekantoian. Kata Pn Sri dia dpt tangkap saya melalui nama blog "Better homes n garden" sebab kami minat gila bab2 decor ni. Rumah Pn Sri cantik tau. Dan rupa2nya saya tertangkap sejak awal2 lagi. Ai say men...silap pulak saya letak nama blog.hehehe...

Now ni dia jd pengikut setia blog saya. Ada yg saya dah citer ngan dia, dia baca semula kat blog. Especially apa yg saya masak. Nasib baik le blog saya bukan jenis merapu..kalau tak mau bertahun kena ketawa ngan dia. Untuk Pn Sri atau nama glamenya Nek PP, very sorry and Welcome to the blog. Sorry ye..no red carpet..hihi. Kena nko balik june nanti.