Thursday, March 26, 2009

Sorry la sayang, bukannya tak nak....



Malam tadi lebih kurang pukul 11, anak dara saya yang kat N9 telephone. Untuk sekian kalinya dia bertanya lagi samaada saya dan suami akan hadir ke sekolahnya hari sabtu ni. Sabtu ni merupakan Hari mesyuarat Agung PIBG sekolah bersekali dengan Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2008. Alhamdulillah 2 tahun berturut2, Zati berjaya mengekalkan kedudukan top 3.

Tahun lepas, kami dapat menghadiri majlis anugerah tersebut. Tahun ni memang tidak boleh kerana ayah zati sedang sibuk yang teramat. Tambahan lagi cuti sekolah minggu lepas kami sekeluarga sudah berada di KL untuk beberapa hari. Tentulah penat masih belum hilang sepenuhnya. Kalau ikutkan rasa kasih seorang ibu, mahu saja saya memandu sendirian ke N9 untuk memberi sokongan serta pelukan tahniah. Tetapi mustahil hubby akan benarkan.

Walaupun zati sudah dimaklumkan tentang ketidak hadiran kami, dia tidak jemu memujuk kalau2 kami akan menukar fikiran disaat akhir atau saya berjaya memujuk ayahnya untuk ke sana. Kami yakin dia bukan kesah sangat tentang Hari Anugerah tu, yang dia mahu ialah kami datang untuk menjenguknya. Walaupun sudah masuk tahun ke 3, zati masih lagi homesick, setiap kali mahu pulang selepas menjenguknya, matanya pasti bergenang dengan airmata. Melihatkan begitu lagilah saya menangis.

Untuk anak ibu, tahniah dia atas kejayaan yg diperolehi. Kekalkan sehingga ke tahun akhir. Maafkan kami kerana tidak dapat bersama2 meraikan majlis tersebut. But one thing for sure, we love you very much. Congratulation!!!!

26 comments:

Suzi said...

betullah kak ain...ibu bapa mana yg tak nak bersama dihari meraikan kejayaan anaknya kan?...dah terpaksa. Takpe, rasanya zati akan faham...mungkin juga dia faham tapi masih mengharap...

tahniah buat zati...moga terus cemerlang jadi kebanggaan kedua ibu bapanya...

QiStinA's said...

congrats..zati.. k.ain share le sikit camana nak didik anak bagi sukses gitu..he..he.. eh..kat N9 zati sekolah mana yek?

ain said...

suzi...actually byk dah miss majlis dia. tau2 dia bawak balik piala je. zati ni aktif kat sekolah. nmpak je pendiam tp ligat. Bdn cekeding tp aktif cheerleading n hockey.yg x caya lari 4x400 tu.

Qis..akak rasa petuanya sama je ngan qis kot. sebab kita2 ni standard cikgu bedah.hehe. anak2 qis pun bagus2 kan especially ur 1st one. yg penting pastikan dia ulangkaji pelajaran w/out fail everyday. akak amalkan prinsip, klu 1 jam main, maka 1 jam le belajar. Mesti belajar dulu baru blh main. Now ni zati kat Kolej Tunku Kursiah.

Anonymous said...

salam ain,
kesian zati,mestilah dia nak bersama ibu bapanya dihari anugerah tu...tapi nak buat macam manakan?...dah keadaan tak mengizinkan...moga zati memahaminya

tahniah!!!buat zati...semoga cemerlang dan terus cemerlang...

Lee said...

Absence makes love grow fonder.
You keep well and have a nice day, Lee.

naz ilyn said...

salam...
tahniah untuk zati moga terus maju jaya dlm peajaran...

kesian dia... tpi ibubapa mane yang tak nak bersama meraikan kejayaan anak2... moga Dia mengizinkan...

maza said...

Den yg bosar panjang pun ghotie homesick gak!

huhuhuhhuhu

NekPP said...

CONGRATS ZATI! u and hubby as well beb!! have a very good friday..

bak ampam sekitttt...

ain said...

Ima...tu le pasal. dia tu more pd homesick je tu. pernah suruh saya tukarkan ke stf. tp x boleh pulak.

Lee..you are true. Absence makes love grow fonder. Actually this young lady is sooo manjaaaa!!!It happened one day, she called all the way from N9 just to ask us to post her tissue.Haiyaaa!!!

Naz...zati ni manja sikit, klu boleh everyweek dia suruh gi tengok dia. jauh yg tak tahan tu.

maza...org2 tua cam kita ni x de sape le nak layan homesick. Dah ganyut dah.hehe

Beb...alaa...nko pun sama gak. Congrats tu ur kids also. Apasal aku x leh masuk Apronnglove. Am I not invited..???hihi

zureen @ mama said...

Alahai kesian zati...merindu ibunya..(pernah duduk asrama,sentiasa berharap parent dtg berkunjung)

Sasha said...

kejayaan utk dikongsi dgn yg tersayang... Zati berusaha utk menjadi kebanggaan buat ayah ibu, so kalau dpt... cubalah kak Ain hadirkan diri... huhu... dilema jugak ni...

Tahniah utk Zati, semoga sentiasa cemerlang dalam pelajaran & hidup di dunia & akhirat... menjadi kebanggaan Ibubapa & umat Islam

Anonymous said...

tahniah.. moga terus cemerlang ghitewww

SRISUFI said...

Salam akak,

Apa khabar kakak?
Simpati juga ngan anak tu, tapi nak buat cemana kan. Ada aral melintang. Nanti nak kenalah amik hati dia kak. Bagi hadiah ke... hehe


Menjadi anak remaja ni harus perhatian lebih. Saya percaya anak akak seorang yang baik. Saya doakan dia cemerlang dlm pelajaran, dlm kehidupan.

zue said...

alahai anak ngan ibu sama2 ikut nangis. jgn sedih...

tahniah...buat zati.

ain..ambik tag kat rumah kak zue.

NekPP said...

salam jumaat..

kahkahkah baru perasannnn... tungguuuu

kuIna said...

sbgai ibu kita mesti nk meraikn kejayaan anak kan. msyrat PIBG nk sy p hari tu pun bkn apa sj nk menggembirakn anak aje walhal bkn ada apapun.

Apapun sy harap dia faham keadaan ibubapa.

Mother of Two said...

anak2 mmg camtu..selagi boleh pujuk mak ngan bapak dtg..bukan tak paham..tapi rindu.hehehe apa2pun tahniah dari auntie kerana berjaya mengekalkan ranking kat sekolah.utk kak ain..nak tissue:)~

UmmuSarah said...

Sedih betul kalau kena pisah ngan anak2 yg duk asrama nie ekkk...Bukan anak je yg homesick...mak dia pun bukan main punya rinduuuu. Insya ALlah, bila anak2 kita dah duk jauh nie, depa lebih appreciate kasih sayang & masa2 bersama dgn keluarga. Tahniah buat AIn & Zati. Semoga ALlah beri kelapangan masa utk lebih selalu dapat berjumpa. AMin

Tie said...

Salam Ain...kak tie dah baca entry ni awal2 lagi..tapi tak komen kerana teringatkan anak bujang yang dok cuma 1 jam perjalanan dari rumah ni... Dia tu punyalah homesick, tiap minggu mesti nak balik. Naik risaulah...

Bila ain cerita yang anak ain dah 3 tahun dok asrama pun masih homesick lagi, terus kak tie rasa bimbang. Hu hu...tak larat nak layan budak bujang tu...

Moga2 anak2 kita terus tabah di asrama tu...jadi kita akan rasa lega...

P/s Tahniah utk anak Ain tu...

PenMerah said...

saya sampai sekarang fobia dgn asrama.Sbb dulu homesick teruk sampai tukar sekolah kat rumah. Baru2 ni hantar adik saya yg jadi warden kat SMKA Segamat.Masih terasa trauma.saya tak duduk lama sbb x boleh tahan. Terbayang masa2 dulu. eee..tension.
Tahniah utk zati

fazemy said...

Wahhh best nya dpt anak2 yang bijak..sejuk perut ibu yang mengandung..saya dulu malas belajar sbb parents tak pernah support pun. sedih tak? huhuhu.

p/s:klw tak result SPM saya 22A:-p

ain said...

zureen...akak dulu dok asrama gak. tp x kesah parents x dtg. jauh pun ye, susah pun ye gak.

sha...sah2 mmg x pergi pun. dh lepas dah. but semlm (sabtu) ayah dia ada tanya..tdy ke..???

Me...tq3...semoga dia terus cemerlang!!!

Sufi..alhamdulillah, akak sihat. Zati ni x pernah kesah psl hadiah. but kita selalu tanya nak aper..?? selalunya dia akan beli buku. x bestnyaaa!!!!

kak zue..saya ni gembeng kak. Kdg2 klu teringat dia blh menangis gak.

nekpp...bukak online je le blog nko, semua org ter2ggu2 ni ha.

kuina..tu lah, actually she more pd we all dtg utk dia bukan majlis tu.

sheila..dia rindu sbb manja sgt. kata ayah dia overprotected dulu2.
dia kata nk kekalkn ranking susah, u have to be good in every subject including pendidikan jasmani. then the percentage beza just 0.+++ je.

huda...aku selalu rindu kat dia sebenarnya lagi2 klu we all gi mkn2 mesti teringat fav dia. dia langsung x suka mkanan asrama. cerewet.

kak Tie...payahkan bila anak selalu homesick. pas tu terlalu bergantung pd kita in everything. ada baiknya dia x dpt tukar Tun Fatimah kat JB, klu tak mau2 everyweek saya kena dtg amik laundry dia.adusss!!

Cikgu...saya suka dia dok asrama supaya dia boleh belajar berdikari dan lebih bergaul sbb ank dara saya ni anti-sosial. klu gi amik report kad dr dulu sampai sekrg cikgu akan komplen masalah dia satu je, x bergaul, pendiam sbb cikgu needs her to help other frens yg lemah dlm maths.

emy baby...akak yakin awak dh berjaya sekrg kan. klu emy dpt 22A..gtee dpt masuk tv, paper, majalah, u-tube dn yg sewaktu dgnnya.

v said...

Bertuah badan! Sejuk perut ibu mengandung ... Tahniah!

fazemy said...

Kak Ain...i tak dpt 22A pun still blh masuk youtube lg tau..glemer u,. haha.

maza said...

uiks!

syhhh...

sapor cakap den dah tuo?! huhuhhu

mudo kini dulu dan selamo selagi tak mati laie....

wakakka

Mak Su said...

sian ek.... serbasalah. moga di lain kali boleh cover semula.