

Pagi tadi sebelum Mr Fix-a-lot gi kerja, dia ada tinggalkan RM300 atas bedside table untuk bayaran service auto gate. Tak terfikir pulak nak simpan duit tu kat tempat yg selamat. Terus saja saya all out kemas umah, pas tu sidai baju. Tengah2 sidai baju, HONEY terjenggul depan pintu..senyum2..ketawa2. Heran gak saya. Selalunya klu bangun tidur mesti menangis klu tengok saya tak de. Wahh..ini sudah bagus!
Pas sidai baju, terus masuk bilik nak kemas katil. Tup..tup..terperasaan duit yg Mr Fix-a-lot tinggalkan dah hilang. Alamak!!!berderau darah saya. Di curi orang kah..?? Sebab tingkap bilik memang terbuka luas. Manalah tau kalau2 orang dok kait duit tu ke..??Tp rasanya tak mungkin sebab saya ada di luar, klu ada orang mesti saya perasan.
Saya terus tanya honey mana dia letak duit tu. Hihihi...tanya macam le honey faham kan. Tapi saya tau mesti dia yang main duit tu. Saya cari bawah katil, dalam laci bedside table, dalam chestdrawer, dalam robok baju, celah2 Ogawa smart chair, bawah treadmill. Semua saya selongkar. Tapi tak de..adoiii..dah nak geram dah ni. Tanya lagi si honey, minah tu just sengih2 je le. Lagi pun apa la yang dia paham. 22 months, what do you expect! Saya siap cek dlm kabinet bilik study, kabinet dapur, ruang makan, even ruang tamu. Pun tak jumpa!
I said to myself...relaxxxxx!!!bertenang dulu.. jgn kelam kabut. Saya fikir baik saya kemas dulu bilik, then cari semula mana honey letak duit tu. Sambil2 tu saya terus tanya mana dia letak duit tu. Saya yakin dia faham apa yg saya tanya.
Lepas tu saya mandikan honey, lepas mandi pakaikan dia pampers, pas tu bersihkan telinga dia dengan cotton bud. Masa nak buang cotton bud dlm tong sampah tu lah saya jumpa duit RM300 tu. Ya Allah dibuang dek minah ni dalam tong sampah rupanya. Siap dironyok ronyokkan lagi. Aduhai honeyyyy!!! tu duit la sayang bukan sampah. Mesti dia ingat benda tu sampah sebab style saya atas bedside table, there will be no other thing accept nite stand.hihi..klu ada benda bukan2 saya akan terus buang. Rupanya she observes apa yg saya buat. Alahai sayanggg!!!!
Alhamdulillah akhirnya jumpa gak duit tu. Terfikir sejenak betapa anak2 menjadikan kita sebagai contoh dalam proses pembelajarannya. Moga2 saya lebih banyak memberi contoh yang baik dari yang tidak baik.
Pas tu saya terus cium, peluk, gomol honey kerana geram dengan keletahnya. Mendengar gelak tawanya hati saya jadi bahagia sekali. Sungguh BAHAGIA!!!!