Dalam perjalanan menghantar zati ke programme 'Easy learning' di Sime Darby Convention Centre pada cuti sek yg lepas, kami mendengar radio. Tak berapa ingat pula dari siaran mana ye tetapi topik yg dibincangkan pagi itu memang hot giler. "SINGLE WOMEN ARE MORE ATTRACTIVE TO TAKEN MAN" atau perempuan lebih tertarik dengan lelaki yg sudah berkahwin.
Rata2 pendengar yang menghubungi radio berkenaan sangat setuju dengan topik di atas. Jujurnya saya pun terpaksa mengakui yang saya juga setuju sama. Cuma saya berlakon seolah2 pendapat di atas tidak berapa benar sebab saya tak nak la menambah lagi KEPERASAANAN hubby yg ketika itu sudah pasti montotnya kembang kucup merasa bangga. Al-maklum la konon2 sahamnya sebagai taken man sedang dibincangkan dicorong radio. Asyik ehem ehem aje. Nyampah!!
Rata2 pendapat setiap individu yang memberi komentar di radio tersebut hampir sama. Alasan utama ialah lelaki yang terikat ini jauh lebih matang dari segi berfikir ataupun bertindak. Tidak gelojoh dan gentle dengan kaum perempuan. Sentiasa tenang bila berhadapan dengan masalah2, tidak melatah bila wanita disekelilingnya membuat perangai. Lebih berdiplomasi dengan kaum perempuan bila bercakap. Pengalaman berumah tangga diguna pakai dalam memikat hati org perempuan. Tu belum lagi bila membicarakan tentang jawatan dan ekonomi lelaki yg sudah berkahwin ni lebih stabil dan kukuh berbanding yg masih bujang sehingga menjadi lagi satu kelebihan dan rebutan para wanita.
Tapi tu semua bukan alasan untuk membenarkan wanita2 bujang menjalinkan apa2 hubungan dengan suami orang. Samaada hanya sekadar suka2 apatah lagi serius, jangan lah pula menjadi duri kepada kebahagiaan perempuan lain. Ramai lagi lelaki2 bujang yg tidak kurang hebatnya ada diluar sana untuk dipikat. Tak usahlah membina kebahagiaan dan kesenangan di atas penderitaan kaum sejenis. Tak berkat hidup!
Sakitnya mata tengok my Mr fix-a-lot senyum sampai ke telinga hari tu!Perasan la tu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
43 comments:
Setuju sesangat....
mmg x berkat!
Hello Ain, 'women more attractive than taken man'? Hmmm, something new to me that, ha ha.
I guess I am behind times, ha ha.
But what about other way round, *wink*? Ha ha.
You keepwell Ain, best regards, Lee.
betul kak ain...sokong.
jangan mengundang masalah...seronoknya sekejap, merana yang lebih.
Jika sudah ditakdirkan Allah jodoh dengan suami orang, bagaimana untuk menolak...hehehe..isteri2 orang nampaknya kena bersedia..dari segi mental, fizikal dan emosi..Hope for the best but prepare for the worst..supaya nanti tidak terkejut jika suami2 kita diambil orang.
Wah...ku tak rela berkongsi kasih...awas kepada gadis2 di luar sana...jgn cuba nak jeling2 suami ku...nanti mata tu kena cucuk dgn garfu..huhuhu...garangnya!
zureen, nek pp n shais...moga2 bukan suami kita le yang kena pikat.hehe
Lee..You are really left behind.hihi
The other way round huh..??why..?? Are u eyeing someone..??*wink*
Kak Tirana...klu dah mcm tu kak, kena le terima dlm rela dn tak nak.Huwaaaa!!!! Just hopefully amik le laki kita dengan jujur dn ikhlas.
salam...
betul tu... jangan suka ambil jalan mudah untuk kesenangan sendiri tanpa mengira hak orang lain... walau bagaimana pun sebagai seorang isteri kita harus bersedia menghadapinya dan kita tidak boleh menidakkannya.
ammvoiii abang mae tewwww.. koserr uu
sukalah suami2 ye, saham mrk tinggi. Kita pula yg risau...dahlah perempuan lagi ramai dr lelaki...
tapi mcm tirana ckp,'Hope for the best but prepare for the worst'...
p/s:kak ain, kalau hubby saya dgr ni...dia pun kembang semangkuk...
Na...woiii garangnyaa!!!!
naz...betul tu..x de isteri suka bila hubby kena 'usik'.
Me...me pun kembang sama le montotnya tu!!!
su...moga2 rumahtangga kita aman selamanya kan.
ain,huwaaaa!!!!tak rela I nak berkongsi kasih...bukan tamak tapi takut si suami tak dapat berlaku adil...nauzubillah...
apa2 pun kita sebagai insan biasa kena redha dengan qada dan qadar yang telah ditetapkan.
hahahaha, your hubby sure sampai sekrang kembang semangkuk ye :-). My hubby pulaknya will say lebih kurang 'you sorang pun I tak terjaga and can't understand fully, lagilah 2-3 orang' :-)
ima...sape2 pun tak rela kan hubby kena kebas.hehe
LG...same lines gak LG..siap tambah lg..maintainance yg sorang ni pun x terlayan..hehe
Sbbnya laki org tu kan dh tua..dh smpai masa kehidupan dia lengkap segalanya...yg lelaki bujang ni baru bertatih nak hidup. pompuan zmn skrg mana nk hidup susah2 kak ain oiii. yang diorg tahu nak cuci tgn je..mintak apa smua dpt.
p/s: Kak Ain..better watch out ur husband..kekeke
Emy...betullah..pompuan sekrg main nak instant je semua. petik jari je dapat. sungguh tak aci..hihi
p/s..akak selalu gak warning2 laki akak jgn buat hal..nanti akak suuuunnaatttt kasi habis!!!hahahaha
sensitif tajuk ni... hmm... taknak komen panjang2... takut mcm2 benda yg tak patut2 terkeluar...
p/s: bersikap mendiamkan diri dari isu2 yg gini...
uiks....untuk menambahkan lebar lagi senyuman si suami ain....
maza hanya tertunduk malu... dengan perlahan dan mengenggam jari sambil berkata .."YES!!"
heheheheh
btul3x
ishk
sensitap la isu ni ..
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
Isu yg menakutkan semua wanita. Saya ada sorang kawan yg sanggup carikan suaminye istri baru,berkongsi kasih, borkongsi rumah,sama2 menjaga anak tiri.Dulu anak 3 sekarg dah jd 6,sanggup tanggung madu dan anak tiri.Sungguh mulia hatinye.Tabik spring. Saye n kekawan pulak yg tension dngar ceritanye.Siap tunjuk gambar perkahwinan suaminye.
wah2... hangat topik tu... tapi kalau dilihat sekarang nie...mmg yer... harus hati2.bilerlah slimming class nak setart nih:)
hahaha, tajuknya mcm lucu, tapi realitinya tak lucu langsung ek
sha..mmg isu sensitif, lg sensitif klu terkena kat diri sendiri tau.
maza...samalah montot awak mesti kembang kuncup kena jack.
nur...oleh itu jaga2 lah abe nur.
anak pendang...terima kasih bc blog akak. Insyaallah akak ziarah blog awak.
cikgu...klu saya pun mungkin tension sama. susah nak cari org yg mcm kwn cikgu tu.
shiela...meemangg isu hangat sehangat hati bila tengok hubby jongket2 kening perasan.hihi
mak su...betul tu..memang x leh le nak senyum langsung klu laki dh kena kebas.
Cuma maza nak pesan!
Berhati2lah....
Jangan sampai terlalu taksub, terbawa2 diri dan hati hingga membenci secara total poligami ini....
atau taksub nak berpoligami tak tentu pasal..
takut2 nanti tergolong dalam kalangan manusia MUNAFIK! KUFUR! atau KAFIR!!!
Walau bagaimana sensitif sekali pun ia, kita kena ingat disebaliknya ada Hukum Tuhan.
Terlanjur perbuatan boleh diundur, terlanjur AKIDAH! Tempatnya di neraka Jahanam bersekutu dgn syaitan dan Iblis...Dan seksaan Allah SWT amat pedih dan dahsyat, dgn api berwarna hitam pekat menjulang-julang.. dan ia sentiasa dikobarkan oleh Malaikat penjaga neraka!
Jangan disebabkan lazatnya di dunia hingga sanggup gadai nikmat akhirat...
Jangan sampai disebabkan terlalu benci, takut dan sensitif hingga sanggup mati bergalang neraka!
Nauzubillah...
Maza teringat sebuah hadis Nabi ttg baginda israk mikraj, antara maksudnya, 'ramai penghuni di dalam neraka itu adalah wanita'
sebabnya ialah ringan tangungjawab, tetapi ghalit dgn perasaan (hanyut dgn perasaan lantaran itu terpedaya dgn tipu muslihat Iblis dan tenteranya, seperti Hawa yg tergoda dgn bisikan syaitan utk memakan buah Kholdi itu)
Ini ialah ujian kaum hawa dlm hidup ini..
ujian kaum adam di dalam bentuk lain pula...
kerana Allah SWT menjadikan setiap manusia itu dgn ujian yg mereka mampu tanggung di atas bahu mereka...
Allah SWT menjelaskan di dlm Al Kitab (Quran), 'ujian itu di datangkan untuk megetahui siapakah di antara kamu benar2 bertakwa,' (al baqarah, yasin dan beberapa surah yang lain)
selain itu Allah SWT mahu memperlihatkan kepada semua maklhuk2 ciptaan-Nya di alam semesta ini ttg Rahmat, Rahim dan Khalid serta Malik-Nya Allah SWT.
Wahai kaum hawa, janganlah terbawa2 emosi anda hingga lupa syahadah!
Ingat! Tidak kemana jodoh itu, kerana ia sentiasa di dlm genggaman Allah SWT. Allah SWT Tuhan Maha Sempurna, Kun Faya Kun..
Hidup kita pun tidak lama, hanya sedetik berbanding waktu sebenar di akhirat...
Jadi, jangan terlalu sensitip dgn isu poligami ini.. biarkan ia seperti semilir yg berlalu.. kalau ia singgah di perut, sapukan ia dgn minyak angin dan zikir, Insyallah ia akan hilang dan bertukar menjadi Rahmat..
salam sayang dari maza.
(maza: masih mencari dan meraba hendak sampai makam keredhaan Allah SWT. Menjadi manusia yang bersyukur, sebagaimana cita-cita Rasulullah SWT jua....
amin..)
Waaakakakah...!!
Dengar tu...ustat dah bagi ceramah..!!
Tapi, Ain.... married men memang pandai ambil hati, nampak loving sangat2 dan sedikit gatai, kih kih ..!!
Pokok pangkal, tanya selera laa... kalau dirasakan dia mampu, tak menjadi masalah. Asalkan first lady, eh...first wife tu tidak dizalimi...he he....
P/s: Rasa2nya semua isteri tahu citarasa suami masing2. Pandai2lah jaga, ek !!
salam maza...gembira dn terima kasih diatas ilmu sekaligus pesanan maza ttg poligami ni. Totalnya oden setuju dgn apa yg maza tulis. Tetapi terlalu byk kes dimana poligami tdk mengikut sunnah nabi apatah lg hukum tuhan. Kes2 sebegini lah yg mendapat 'liputan' meluas sehingga memberi kesan tanggapan negatif terhdp poligami. Dan inilah yg amat menakutkan isteri2. Mak cik oden dimadukan kemudian ditinggalkn tnpa nafkah sdgkan masa tu anak ke 2 masih berumur beberapa bulan. yg heran slps berbelas thn bila cousin oden balik bwk ijazah dr overseas, tau pulak jalan ke rumah mak cik oden dtg menjenguk. pas tu nebor oden pun dimadukan dgn pompuan sebaya umur ank dara dia. jrg balik ke rumah sampai bisnes pun lingkup sbb kemaruk ngan bini no 2. bini no 1 dr tembam terus kurus kering sekrg ni.sian oden tengok tau. tu datin tu. Ni kes yg berlaku dpn mata oden le..yg dgr dr mulut kwn2 lg le byk. Benda2 mcm ni yg buat kita marah dn tak nak dimadukan.
Kalau suami jenis pergi masjid antara org yg pertama, sentiasa berada di saf hadapan, sentiasa membimbing isteri ke jalan Allah, mengajar isteri tentang hal2 agama, mendidik anak2 menjadi manusia berilmu, sedar sesedar sedarnya ttg tanggungjawab seorang suami, Insyaallah poligami akan jadi INDAH. Insyaallah oden pun sanggup dimadukan. Tetapi kalau diri sendiri pun masih terkial2 ttg hukum Allah..bak kata samy velu..'sendri mau ingat la'.hihihi
Oden ni pun cetek sgt bab2 agama ni. masih terkial2..teraba2 gak. Lg la bab2 poligami ni, mmg x amik pot langsung sbb tak terfikir pulak klu2 1 hari nanti dimadukan. Kwn2 hubby yg ada 2 isteri semuanya menasihatkan antara satu sama lain jgn le sampai terkahwin dua. Terrrrlalu berat tanggungjwb terutama nak melayan emosi isteri2.
salah bawak rumahtangga takut ke neraka juga. kang kat akhirat berterik2 isteri2 tgn suami ke pintu neraka. Nauzubillah.
Apa2 pun maza...berjutaan terima kasih kerana berkongsi ilmu Allah dengan oden. Kawan yg baik adalah kawan yg sentiasa ingat mengingati antara 1 sama lain.betul tak..???
Salam sayang dari oden jugaaaaa!!!
Kak Tie....tu lah kan, sesekali ustaz maza berkhutbah..seronokkk!!!
betul apa kak tie ckp married man is more loving sbb ada pengalaman. Masa dgr radio tu, single women mmg suka ngan laki org. mungkin x de le sampai serius nk kawin ke, tp klu dpt ditanggung mkn, bill hp, baju2 ke, sapa yg tak nak. betul tak..???
maksud kat sini, perempuan2 ni nk amik kesempatan le. pompuan x elok le tu.hehe
Nak share juga dkt tmpat Kak Ain nie..suka sgt baca citer2 akak...so sincere...
Anyway not all married man loving enough..but yet still find true love outside...kadang x tahu apa org lelaki nie mahukan...mmmm....
salam dianna...thnx sudi singgah blog akak. klu nk citer psl lelaki ni, sebulan pun x abis kan!
yup kite sokong.. kite pun ade jugak yg berminat..entah pe la istimewanya sy nie
memang betul le ain..dah byk terjadi.
apa kata kita psg cctv kat suami kita..hehehe
syukri...wah!!ada secret admire ye?? x marah ke buah hati pengarang jantung awak tu..???
p/s..keistimewaan awak hanya si peminat tu je yg tau. cuba le tanya.
kak zue...psg cctv ekh..??psg kat opis dia kan. dah le dia berdua je ngan PA dia dlm 1 bilik.huwaaaaa!!!!
hahahaha.
framestone tuh perasan nyee...hahaha..rajion juga masuk blog mama-mama yek..bagus framestone..
wah ain hangat banget topik ni!
teringat satu joke kawan..
mcmmana perempuan tak terus membujang, sbb lelaki bujang ada yg selesa dengan kaum sejenis, tak pun sibuk duk jadi doktor tak bertauliah, ataupun klu ada yang availabel cari yang pucuk muda yang tinggal taken man..
so klu nak kawin gak.. kenalah amik taken man?? hah apa nak kata??
kak Nik...betul gak tu. hopefully mana2 perempuan yg hanya ada peluang pd taken man je, ambil le secara baik2, cara yg dituntut agama, elakkan dr menambah luka isteri pertama. Chewahhh...cas pandai je saya ni kan.hihi
Women are more attracted to taken men? Kih kih kih ... Nak tergelok den. Setakat attracted je kot, tak lebih dari itu. Tak kan nak jadi yang kedua, ketiga .... ? Soram!
Saya dlm proses nak wat isu cam gini...tp masih blum sempat...hehehe ..salam ziarah....
lili..klu setakat attracted tu je ok le, jgn le dok sampai nak tackle pulak.hihihi
Jamilah...awak penulis ke mcm kak Nik?? klu mcm tu, tulis le isu ni secara details, lihat dr segi positif n negatifnya serta kesan2 isu ini. semoga berjaya!!!
Salam kakak,
aduhai saya orang last koemn ke ni. Maafkan saya terlalu sibuk bila menjelang April ni.
hehehe
kirim salam kat Zati
sufi...Insyaallah...kebetulan dia ada kat umah ni, sat lg nk hantar dia balik N9.
p/s...take care n enjoy the weeknd!
setuju "tak usahlah membina kebahagiaan dan kesenangan di atas penderitaan kaum sejenis. Tak berkat hidup!"
mama mya
http://www.quefamili.com
Post a Comment